Cara Sujud Sajadah Tilawah



Bagaimana cara melakukan sujud sajadah?
Sujud sajadah atau tilawah ini biasanya dilakukan pada solat subuh berjemaah pada hari jumaat.
Oleh itu, artikel ini akan memberi panduan secara lengkap dan mudah tentang bagaimana untuk melaksanakan sujud sajadah ini.
Jika ini adalah topik yang anda perlukan, jom kita mulakan..

Isi kandungan panduan ini: Pengenalan Hukum sujud sajadah Ayat-ayat yang disunatkan untuk sujud Bacaan sujud sajadah  
Pengenalan Sujud sajadah juga turut dikenali sebagai sujud tilawah.
Perkataan tilawah disini bermaksud bacaan.
Sujud tilawah bermaksud sujud yang dilakukan apabila kita membaca ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran.
Sujud sajadah terbahagi kepada kepada dua iaitu:
Sujud sajadah di dalam solat Sujud sajadah di luar solat  
Hukum Sujud Sajadah Hukum sujud sajadah adalah sunat.
Di dalam solat, sekiranya sujud tilawah dilakukan sebelum atau bukan pada ayat sujud sajadah, maka terbatal solat tersebut.
Di dalam solat jemaah, sekiranya imam melakukan sujud tilawah, maka makmum wajib untuk turut melakukan sujud tilawah
Batal solat makmum sekiranya tidak turut melakukan sujud tilawah.
Namun jika dalam solat jemaah, imam tidak melakukannya, maka makmum tidak perlu sujud tilawah kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.
 
Ayat Yang Disunatkan Untuk Sujud Ayat-ayat al-Quran yang disunatkan sujud tilawah (sajadah) padanya ada 15 tempat.
Di dalam al-Quran, ayat-ayat ini diberikan tanda kubah masjid atau ditulis perkataan sajadah.
Ayat-ayat sujud sajadah ialah:
1. Surah al-A’raf, ayat 206  

Maksudnya:
Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.
 
2. Surah Ar-R’ad, ayat 15  

Maksudnya:
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.
 
3. Surah an-Nahl, ayat 50  

Maksudnya:
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.
 
4. Surah Isra’, ayat 109  

Maksudnya:
Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.
 
5. Surah Maryam, ayat 58  

Maksudnya:
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
 
6. Surah al-Hajj 18  

Maksudnya:
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
 
7. Surah al-Hajj, ayat 77  

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
 
8. Surah al-Furqan, ayat 60  

Maksudnya:
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): “Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!” Mereka bertanya: “Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?” Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.
 
9. Surah an-Naml, ayat 26  

Maksudnya:
“Allah! – Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar “.
10. Surah As-Sajdah, ayat 15  

Maksudnya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
 
11. Surah Saad, ayat 24
Maksudnya:
Nabi Daud berkata: ” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
 
12. Surah Fussilat, ayat 38  

Maksudnya:
Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.
 
13. Surah an-Najm, ayat 62  

Maksudnya:
Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).
 
14. Surah al-Insyiqaq, ayat 21  

Maksudnya:
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
 
15. Surah al-‘Alaq, ayat 19  

Maksudnya:
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
 
Cara Melakukan Sujud Sajadah Dalam Solat Cara-cara melakukan sujud tilawah didalam solat adalah apabila selesai membaca ayat al-Quran yang disunatkan sujud sajadah padanya, maka disunatkan terus sujud dan membaca tasbih sujud sajadah.
Bacaan tasbih ketika sujud sajadah ialah:

Dalam rumi:
Sa-ja-da  waj-Hi-ya  lil-la-dziy  kho-la-qo-hu  wa-shaw-wa-ra-Hu  wa-syaq-qo  sam-‘a-Hu  wa-ba-sho-ro-Hu  bi-hau-li-hi  wa-quw-wa-ti-Hi  fa-ta-baa-ro-kaL  Laa-Hu  ah-san-ul  khoo-li-qiyn .
Maksudnya:
Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.
Seterusnya kembali semula berdiri tanpa perlu mengangkat tangan dan meneruskan bacaan sambungan ayat al-Quran tadi.
Diluar Solat Cara melakukan sujud tilawah di luar solat pula adalah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca tasbih sujud tilawah (seperti di atas ↑).
Kemudian kembali duduk dan memberi salam.
 
Penutup Semoga panduan ini dapat membantu anda.
Jika anda ada sebarang pandangan atau pertanyaan berkenaan dengan topik ini, sila tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.
InsyaaAllah saya akan cuba membantu anda.
The post Cara Sujud Sajadah / Tilawah (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/sujud-sajadah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mengajar Bayi Kenal Rutin Siang Malam Baru Tak Meragam

Cara Mengajar Bayi Kenal Rutin Siang Malam Baru Tak Meragam

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 273 hits
Setiap hari bayi anda belajar perkara baru Biasanya bila sudah melepasi tempoh berpantang bayi akan mempunyai pola tidur yang berubah Ketika berusia sebulan bayi anda akan lebih kerap tidur berbanding berjaga Apabila mencecah usia dua bulan...
Begini Loh 5 Cara Pandai Pedagang Jago Jualan

Begini Loh 5 Cara Pandai Pedagang Jago Jualan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 305 hits
Topik kita kali ini adalah Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya pendapatan tambahan mak...
Cara Nak Survive Kat Matrik

Cara Nak Survive Kat Matrik

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 538 hits
Assalamualaikum dan Hai Matrik susah Matrik kena struggle Matrik itu ini Haaaa mesti korang anggap matrik macam tu kan Btw 90 anggapan saya sebelum matrik salah Sebenarnya matrik ni tak susah kalau korang tahu cara nak survive Meh akak nak ...
Cara Mudah Singkir Toksin

Cara Mudah Singkir Toksin

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 670 hits
Cara Mudah Singkir ToksinDETOKS senang kata keluarkan racun toksin dari badan Kita mudah je terkena toksin dari makanan yang kita makan udara yang tercemar sisa metabolisme aktiviti tubuh kita sendiri Badan kita sebenarnya Allah dah buat bo...
Cara Unik Ruben Onsu Ajari Sang Putri Ngaku Jadi Teman Aladdin

Cara Unik Ruben Onsu Ajari Sang Putri Ngaku Jadi Teman Aladdin

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 250 hits
Setiap orangtua punya cara tersendiri dalam mendidik anak mereka Begitu pula Ruben Onsu Artis yang juga berprofesi sebagai pengusaha itu punya cara unik dalam mendidik anak pertamanya Thalia Putri Onsu
Soal Wanita Bawa Anjing Ke Masjid Masyarakat Perlu Tahu Tata Cara Beragama Umat Lain

Soal Wanita Bawa Anjing Ke Masjid Masyarakat Perlu Tahu Tata Cara Beragama Umat Lain

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 305 hits
Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin menilai masyarakat untuk mengetahui tata cara beragama agar kasus wanita bawa anjing ke dalam masjid di Bogor tidak terulang
Jangan Lagi Bikin Susu Formula Bayi Dari Air Dispenser Ketahui Bahaya Dan Cara Menyiapkan Susu Yang Benar

Jangan Lagi Bikin Susu Formula Bayi Dari Air Dispenser Ketahui Bahaya Dan Cara Menyiapkan Susu Yang Benar

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 286 hits
Mungkin banyak orang yang menganggap menyiapkan susu formula untuk bayi adalah perkara mudah Susu formula tinggal dimasukkan di dalam botol dot dan masukkan air ke dalamnya Bahkan masih banyak yang masih menggunakan air panas dari dispenser...
Cara Halang Blog Dari Kena Copy Paste Oleh Pembaca

Cara Halang Blog Dari Kena Copy Paste Oleh Pembaca

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 388 hits
Cara halang blog dari kena copy paste Nak block blog dari kena copy paste Boleh je ada caranya Terutama kepada peniaga di luar sana di mana artikel blog masing masing ada hakcipta terhadap produk dan juga content Kalau setakat blogger picis...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti

Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China