Cara Sujud Sahwi Yang Betul



Cara Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Terlupa Doa Qunut.
Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya. Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu.

HUKUM SUJUD SAHWI

Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sesuai dengan namanya, sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. 

Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut.

Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi)”. (Riwayat Ahmad)

Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat. 
Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.”

(Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)

Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.

CARA SUJUD SAHWI YANG LENGKAP
Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila perlu. Ini kerana, cara sujud sahwi sebenarnya amat mudah, iaitu seperti berikut:

1. NIAT
Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi.

Menurut kuliah Ustaz Don Daniyal, jika kita sudah berniat mahu melakukan sujud sahwi, duduk tahiyat akhir seeloknya dalam keadaan duduk antara dua sujud.
2. SUJUD

Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ

Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu
Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa

3. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat. Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.

4. SUJUD SEKALI LAGI
Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).

BAGAIMANA KALAU TERTINGGAL PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM RUKUN SOLAT?

Setakat ini, kita dijelaskan bahawa kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13 rukun solat.

Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita terlupa melakukan perkara yang termasuk dalam rukun (contohnya membaca al-fatihah atau rukuk)?

kita tidak boleh menggantikan perkara yang tertinggal tadi dengan sujud sahwi semata-mata. Contohnya, kita terlupa membaca al-fatihah pada rakaat ketiga dalam solat maghrib. 

Maka, kita perlu membaca al-fatihah yang tertinggal tadi dengan cara mengulang rakaat ketiga secara keseluruhannya (kerana rakaat ketiga tadi tidak dikira sempurna). Sebelum mengakhiri solat, barulah kita melakukan sujud sahwi.

HIKMAH SUJUD SAHWI
Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang cela. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya.
Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba banyak kekurangannya.

Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita.

Kita sebagai hamba perlu segera memohon keampunan kepada Allah jika khilaf. Hanya kepada Allah tempat kita bersujud dan memohon keampunan atas kealpaan kita.
Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah...AAMIIN
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/08/cara-sujud-sahwi-yang-betul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Kongsi Cara Betul Goreng Roti Canai Segera Kena Celup Air Dulu Baru Jadi Lembut

Peniaga Kongsi Cara Betul Goreng Roti Canai Segera Kena Celup Air Dulu Baru Jadi Lembut

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 168 hits
Selain makan di kedai ramai juga yang gemar membeli stok roti canai segera atau frozen Senang bila terasa nak makan boleh goreng saja sendiri Panaskan sedikit minyak dan goreng Tapi kalau ini yang dipraktikkan selama ini bermakna cara anda ...
Cara Tempah Rumah Peranginan Persekutuan

Cara Tempah Rumah Peranginan Persekutuan

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 322 hits
Cara Tempah Rumah Peranginan Persekutuan I Rumah Peranginan Persekutuan adalah kemudahan penginapan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia khususnya untuk penjawat awam RPP ini terletak di lokasi lokasi pelancongan popular di seluruh Malays...
Begini Cara Kawal Berat Badan Waktu Hamil Tak Perlu Makan Untuk Dua Orang

Begini Cara Kawal Berat Badan Waktu Hamil Tak Perlu Makan Untuk Dua Orang

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 315 hits
Semua sedap sedap belaka Ketika hamil semua makanan dirasakan cukup enak apatah lagi selera makin bertambah selepas melalui trimester pertama Pun begitu kena beringat jangan makan terlampau banyak dan cubalah kawal kenaikan berat badan agar...
Cara Buat Dan Resepi Wantan Di Rumah

Cara Buat Dan Resepi Wantan Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 226 hits
Cara Buat dan Resepi Wantan di Rumah Jom cuba resepi wantan Wantan adalah salah satu hidangan yang popular dalam masakan Cina dan sering menjadi pilihan di restoran tempatan serta gerai makanan Dengan tekstur kulit yang rangup dan inti yang...
Anak Kidal Begini Cara Ibu Nak Latih Guna Tangan Kanan Kalau Tak Berjaya Jangan Paksa

Anak Kidal Begini Cara Ibu Nak Latih Guna Tangan Kanan Kalau Tak Berjaya Jangan Paksa

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 192 hits
Anak kidal begini cara ibu nak latih guna tangan kanan kalau tak berjaya jangan paksa Anak anda cenderung mengambil barang dan melakukan pelbagai aktiviti dengan tangan kirinya Mungkin itu petanda bahawa anak anda kidal Anak Kidal Begini Ca...
Cara Mudah Mengeluarkan Duit Tunai Menggunakan Ewallet Touch N Go

Cara Mudah Mengeluarkan Duit Tunai Menggunakan Ewallet Touch N Go

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 549 hits
Untuk mengeluarkan wang tunai melalui Touch n Go eWallet anda boleh menggunakan fungsi GO atau DuitNow Transfer Berikut adalah langkah langkahnya Melalui GO 1 Buka aplikasi Touch n Go eWallet 2 Klik ikon GO 3 Pilih Pengeluaran Wang 4 Pilih ...
13 Cara Untuk Membetulkan Isteri Anda Tanpa Menyakitkan Perasaannya

13 Cara Untuk Membetulkan Isteri Anda Tanpa Menyakitkan Perasaannya

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 198 hits
13 CARA UNTUK MEMBETULKAN ISTERI ANDA TANPA MENYAKITKAN PERASAANNYA1 RENDAHKAN SUARA ANDAJangan menjerit kepadanya dia bukan anak anda Anda boleh membetulkannya ya tetapi mengapa menjerit 2 LAKUKANNYA DENGAN CINTAPembetulan harus dilakukan ...
Pkh Tahap 3 Cair Agustus 2024 Ini Cara Cek Daftar Penerima Dengan Mudah

Pkh Tahap 3 Cair Agustus 2024 Ini Cara Cek Daftar Penerima Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 491 hits
Program Keluarga Harapan merupakan salah satu program bantuan sosial yang diberikan oleh pemerintah Indonesia untuk membantu masyarakat yang membutuhkan Pada bulan Agustus 2024 pemerintah kembali mencairkan bantuan untuk PKH Tahap 3 Pencair...
Anak Lagi Cepat Tangkap Belajar Dengan Mak Ayah Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

Anak Lagi Cepat Tangkap Belajar Dengan Mak Ayah Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 355 hits
Didikan awal sememangnya bermula dari rumah bukan di sekolah bersama guru guru Maka jadilah ibu ayah yang sentiasa mendidik malah sentiasa kreatif merangsang minda anak Pun begitu ada waktunya dek kerana hambatan tugas yang tak pernah habis...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Gerak Solo

Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah