Cara Buat Dan Resepi Wantan Di Rumah
Cara Buat dan Resepi Wantan di Rumah
Jom cuba resepi wantan! Wantan adalah salah satu hidangan yang popular dalam masakan Cina dan sering menjadi pilihan di restoran tempatan serta gerai makanan. Dengan tekstur kulit yang rangup dan inti yang lazat, wantan bukan sahaja memikat selera tetapi juga mudah dibuat di rumah.
Bagi anda yang ingin mencuba membuat wantan sendiri, berikut adalah panduan lengkap tentang cara membuat wantan dari awal, termasuk resipi kulit, inti, dan cili oil yang akan menambah kelezatan hidangan anda. Dengan langkah-langkah yang jelas dan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh menikmati hidangan ini dalam keselesaan rumah anda sendiri.
Cara Buat dan Resepi Wantan di Rumah
Berikut adalah merupakan senarai bahan serta cara penyediaan mengikut resepi wantan:
Bahan Kulit:
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
½ cawan air panas
Cara Buat dan Resepi Wantan di Rumah
Cara Penyediaan Kulit:
Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dalam satu mangkuk.
Tambahkan air panas sedikit demi sedikit sambil menguli adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
Genggam doh menjadi bola kecil dan gelek nipis menggunakan penggelek.
Tekap doh mengikut saiz yang diinginkan untuk membuat kulit wantan.
Bahan Inti:
Dada ayam kisar
Isi udang kisar
2 ulas bawang putih, dicincang dan digoreng hingga wangi
1 bawang besar, dipotong kecil
1 karot, dipotong dadu
Daun bawang secukup rasa
Perasa dan garam secukup rasa
1 biji telur
1-2 sudu besar tepung jagung
Cara Penyediaan Inti:
Campurkan dada ayam kisar, isi udang kisar, bawang putih goreng, bawang besar, karot, daun bawang, perasa, dan garam dalam satu mangkuk besar.
Tambahkan telur dan tepung jagung, kemudian adun semua bahan hingga sebati.
Ambil sedikit campuran inti dan letakkan di tengah kulit wantan. Lipat dan rapatkan tepi kulit untuk membentuk wantan.
Bahan Chilli Oil:
3 ulas bawang putih
Udang kering (pilihan)
3 sudu besar cili flakes
¾ cawan minyak
Garam secukup rasa
Gula (pilihan)
1 sudu kecil minyak bijan
Cara Penyediaan Chilli Oil:
Tumis bawang putih dan udang kering (jika digunakan) dalam minyak hingga naik bau.
Masukkan cili flakes dan goreng sehingga garing.
Tambahkan garam, gula (jika suka), dan minyak bijan. Kacau hingga rata dan angkat.
Sumber: AelmaHusna
Review Rasa Wantan
Hasil dari resepi ini adalah wantan yang sangat memuaskan dengan kulit yang rangup dan inti yang penuh rasa. Kulit wantan yang dibuat sendiri adalah lebih segar dan tidak kalah dengan yang dibeli di kedai. Intinya yang terdiri daripada campuran daging ayam dan udang memberikan rasa yang lazat dan tekstur yang lembut, sementara chilli oil memberikan sentuhan pedas dan aroma yang memikat. Dengan resipi ini, anda boleh menikmati hidangan wantan yang berkualiti dan penuh rasa di rumah. Selamat mencuba dan menikmati!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/08/resepi-wantan.html