Cara Solat Witir


Bagaimana melakukan solat witir?
Solat witir adalah solat sunat yang istimewa dan sangat digalakkan Islam.
Oleh itu, artikel ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat witir secara mudah, langkah-demi-langkah dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang terbaik:
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Isi Kandungan: Pengenalan Solat Sunat Witir Waktu Solat Sunat Witir Jumlah Rakaat Lafaz Niat Solat Witir Surah Yang Boleh Dibaca & Cara Melaksanakan Solat Sunat Witir Bacaan Selepas Salam Rakaat Terakhir Doa Selepas Solat Sunat Witir Kelebihan Solat Sunat Witir  
Pengenalan Solat Sunat Witir Solat witir dilakukan selepas solat isyak.
Solat sunat witir hukumnya muakkad, iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.
Solat ini disebut witir kerana ganjil – bersesuaian dengan bilangan rakaat solat sunat ini iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat.
(Sekurang-kurangnya satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat)
 
Waktu Solat Sunat Witir Solat sunat witir dilakukan pada waktu bila?
Waktu mengerjakan solat witir ialah selepas menunaikan solat fardu Isyak dan menjelang sebelum masuk waktu solat fardu Subuh.
Sebaiknya dikerjakan sebagai pelengkap dan penutup solat tahajjud atau solat tarawikh.
Nota Pada bulan Ramadhan, solat witir ini dikerjakan secara berjamaah dan pada rakaat yang ketiga disunatkan pula membaca doa qunut pada pertengahan bulan, iaitu bermula malam ke-16 sehingga malam terakhir bulan Ramadhan
 
Jumlah Rakaat Cara mengerjakan solat witir ialah satu salam bagi setiap dua rakaat dan ditambah satu rakaat dihujungnya berserta satu salam.
Maksudnya ialah:
Satu rakaat – sekali satu rakaat Tiga rakaat – sekali dua rakaat dan sekali satu rakaat. Lima rakaat – Dua kali dua rakaat dan sekali satu rakaat. Tujuh rakaat – Tiga kali dua rakaat dan sekali satu rakaat. Sembilan rakaat – Empat kali dua rakaat dan sekali satu rakaat. Sebelas rakaat – Lima kali dua rakaat dan sekali satu rakaat.  
Lafaz Niat Solat Witir 1.Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.
2. Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:
Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala
 
Surah Yang Boleh Dibaca & Cara Melaksanakan Solat Sunat Witir Pada rakaat pertama, bacalah surah al-Fatihah. Kemudian bacalah surah Al-A’la.

https://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2018/11/surah_al_ala.mp3 Maksudnya:
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya); Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak, Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering – (berubah warnanya) kehitam-hitaman. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa, Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang. Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
 
Pada rakaat kedua, bacalah surah al-Fatihah dan diikuti surah Al-Kafirun:
https://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2018/11/surah_al_kafirun.mp3 Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Bahagian Solat Rakaat Yang Satu (Terakhir) Untuk bahagian solat sunat witir yang satu itu (terakhir), bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan surah An-Nas.
Bacaan surah Al-Ikhlas:

https://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2018/10/surah_al_ikhlas.mp3 Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
 
Bacaan surah Al-Falaq:

https://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2018/11/surah_al_falaq.mp3 Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
 
Bacaan surah An-Nas:

https://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2018/10/surah_an_nas.mp3 Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
 
 
Bacaan Selepas Salam Rakaat Terakhir Selepas salam rakaat yang terakhir, disunatkan kita membaca sebanyak tiga kali:

Subhaa nal malikil quddus
Maksudnya:
Maha Suci Tuhan yang Maha Suci
 
Doa Selepas Solat Sunat Witir Selepas selesai solat, bacalah doa solat sunat witir.
Pilih diantara dua doa dibawah:
Doa 1
Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.
Doa 2
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati).
Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut).
Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya.
Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan.
Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.
Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya.
Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.
 
Kelebihan Solat Sunat Witir Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw.
Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.”
— Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.”
— Hadis riwayat at-Thabran
Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!”
— Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.”
— Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Gambaran masyarakat Arab ketika itu ialah sesiapa yang memiliki unta yang terbaik akan dianggap sebagai orang yang berharta dan kaya.
Boleh diibaratkan seperti zaman sekarang ialah orang ynag berstatuskan jutawan, memiliki kekayaan.
Bayangkan berapa lama untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi jutawan dan memiliki kekayaan, adakala kita cuma perlu lakukan selama 10 tahun? 30 tahun untuk menjadi seorang jutawan?
Tetapi dengan mengerjakan solat witir dengan hanya satu rakaat sahaja, melebihi daripada apa yang kita idamkan iaitu menjadi jutawan dan miliki harta yang berlimpah luah.
Bayangkan pula jika solat witir itu dilakukan 3 rakaat atau 5 rakaat.
Berapa kali ganda kekayaan yang boleh dibayangkan dengan hanya mengerjakan solat witir.
Tetapi ini hanyalah satu perumpamaan, apa yang diterangkan oleh Rasulullah SAW adalah untuk memudahkan fahaman kita kepada gambaran kebendaan, sedangkan di Akhirat nanti balasan yang diterima adalah berkali ganda di dalam syurga.
Ia seolah-olah mengambarkan betapa mudahnya kita boleh menjadi kaya-raya iaitu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Ternyata hadiah ini sememangnya bernilai diberikan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Terlalu mudah untuk hamba-hamba-Nya memasuki syurga tetapi hanya segelintir sahaja yang mengambil manafaatnya,
Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan.
Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah SWT.
The post Cara Solat Witir (Panduan Lengkap & Mudah Difahami) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-witir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Paling Senang Buat Inai Homemade Warnanya Lebih Tahan Lama Dan Paling Penting Boleh Bawa Ketika Solat

Cara Paling Senang Buat Inai Homemade Warnanya Lebih Tahan Lama Dan Paling Penting Boleh Bawa Ketika Solat

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 721 hits
buat anda yang tidak lama lagi akan menjadi pengantin atau yang memang suka pakai inai boleh cuba cara buat inai homemade yang semestinya tahan lama warnanya 3 BAHAN BAHAN ASAS BUAT INAIHi semua Mak nak share inai homemade yang mak buat sia...
Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 583 hits
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam Walaupun sakit dan masih sedar serta waras solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa...
Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa

Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 525 hits
Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa Cara Solat Dhuha Yang Mudah Ringkas Betul Dengan Doa
Cara Cara Solat Jenazah Lelaki Dan Perempuan

Cara Cara Solat Jenazah Lelaki Dan Perempuan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 762 hits
Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya mendapat rahmat dan keredaan Allah swt Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid Menurut Imam Syafie...
Cara Solat Jamak Qasar

Cara Solat Jamak Qasar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 1089 hits
Bagaimana cara solat jamak dan qasar Solat jamak dan qasar dilakukan oleh mereka yang bermusafir Namun tidak ramai yang ingat kaedah solat ini lantaran ia jarang jarang dilaksanakan Oleh itu panduan ini akan membimbing anda melakukan solat ...
Cara Buat Cucur Kentang Yang Mudah Sedap

Cara Buat Cucur Kentang Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 459 hits
Terasa nak makan something tapi tak ada idea nak masak apa Ha Ini ada resipi Cucur Kentang perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan Sangat mudah untuk dibuat dan kanak kanak pasti suka Jika nak pedas boleh tambahkan hirisan cili padi Sesuai ...
Cara Mudah Dan Sedap Buat Kuih Abuk Abuk Legend Tak Perlu Modal Banyak

Cara Mudah Dan Sedap Buat Kuih Abuk Abuk Legend Tak Perlu Modal Banyak

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 603 hits
Kuih abuk abuk antara kuih tradisional melayu lama dan legend yang semakin pupus jika tiada lagi peminat dan pencinta resipi kuih kuih lama Bahan yang digunakan sangatlah mudah dan memerlukan modal yang sedikit dan ditambahkan dengan sediki...
Cara Membuat Puding Marie Tiga Lapis Cocok Untuk Camilan Dan Hantaran

Cara Membuat Puding Marie Tiga Lapis Cocok Untuk Camilan Dan Hantaran

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 283 hits
Cara membuat puding marie tiga lapis Menggunakan lapisan cokelat puding butter dan puding marie yang gurih dan creamy Lapisan cokelat dan puding butter bisa dimodifikasi menjadi puding jenis lain
Terkena Minyak Atau Air Panas Ini Cara Paling Berkesan Untuk Hilangkan Gelembung Kulit Melepuh Dan Merah

Terkena Minyak Atau Air Panas Ini Cara Paling Berkesan Untuk Hilangkan Gelembung Kulit Melepuh Dan Merah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 2429 hits
Ketika tersiram dengan air atau minyak panas segeralah gunakan benda ini Kulit yang melepuh dan bergelembung pun akan hilang Jauh lebih mujarab daripada hanya sekadar disiram dengan air dan benda ini ada di setiap dapur rumah tangga Suatu k...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya