Cara Solat Taubat Dan Doa Taubat


Solat Sunat Taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.


Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan khilaf dan dosa. Sebaik-baik orang yang berbuat salah atau pendosa adalah mereka yang bertaubat kepada Allah. Ikuti cara solat taubat dan doa taubat yang dikongsikan oleh Cikgu Dah

Baca Juga : Antara Amalan Dan Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Syarat-Syarat TaubatSolat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.

Antara syarat taubat adalah :
Betul-betul menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang telah dilakukanMeninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebutBercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
Sekiranya dosa tersebut dilakukan terhadap manusia yang lain, sebaiknya memulangkan barang tersebut jika mencuri atau memberi tahunya jika melakukan apa-apa kesalah seperti mengumpat, memukul dan sebagainya. alert-info
Waktu Sesuai Solat TaubatWaktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa. Walaupunbagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu qiamulillai.


Cara Lakukan Solat Sunat Tubat
#1. Jumlah RakaatTidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci. Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak 2, 4 dan 6 rakaat. Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain

#2. Lafaz Niat Solat Sunat TaubatLafaf niat solat sunat taubat adalah seperti berikut :


Maksudnya : Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala
#3. Surah Yang Boleh Di BacaRakaat PertamaPada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti oleh surah Al-Ikhlas atau surah lain yang
dikehendaki.

Rakaat KeduaPada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah An-Nas atau surah lain yang dikehendaki.


Bacaan Dalam Sujud AkhirSemasa sujud akhir sebelum tahiyat akhir, ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali :


Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.
Bacaan Selepas Memberi SalamSesudah salam, perbanyakkan istigfar dan memohon keampunan kepada Allah (sambil menyesali dosa-dosa yang dilakukan). Maka ucapkanlah istigfar berulang kali :


Maksudnya : Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya dan aku memohon  keampunan daripadaNya.
Amalan ini sesuai dengan firman Allah melalui surah Aali Imraan : 135

"Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui."
Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz "Astaghfirullah", ataupun istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah SWT iaitu seseorang itu benar-benar menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.

Doa Taubat
Akhir sekali adalah berdoa. Berdoalah mengikut luahan hari mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah. Namun jika anda buntu, anda boleh membaca doa khusus seperti dibawah ini untuk memohon keampunan Allah.


Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar dariapda sisiMu. Sesungguhnya Enkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Selepas selesai berdoa, maka lakukan sujud dengan membaca penghulu istighfar:


Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah  menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang  mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.
PenutupYakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin. Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2020/03/cara-solat-taubat-dan-doa-taubat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Solat Ajak Anak Buat Usrah Anak Lebih Mudah Dengar Kata Minta Anak Doa Untuk Kita Sekali

Lepas Solat Ajak Anak Buat Usrah Anak Lebih Mudah Dengar Kata Minta Anak Doa Untuk Kita Sekali

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 497 hits
Setiap hari kita pasti sibuk dengan urusan kerja malah mungkin ada hari yang kita langsung tak sempat bersama anak anak Ambilah peluang sewaktu solat ajak keluarga kita berjemaah Seusai solat luangkan masa bersama anak anak Hidup berkeluarg...
Cara Menghilangkan Rasa Was Was Dlm Solat

Cara Menghilangkan Rasa Was Was Dlm Solat

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 344 hits
Bagaimana menghilangkan was was dlm solat Artikel ini akan berkongsi tips menghilangkan was was spt yg diajarkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll dlm bukunya yg berjudul Praktikal
Cara Solat Sunat Hajat

Cara Solat Sunat Hajat

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 3251 hits
Cara Solat Sunat Hajat Hanya kepadaNYA kita berserah Memohon keredhaan di dunia dan di akhirat Munajat memohon dilimpahkan dengan kesihatan yang baik Solat sunat hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah Sama ada in...
Boleh Ke Tangguh Solat Jumaat Ini Cara Buat Ibadat Ketika Wabak

Boleh Ke Tangguh Solat Jumaat Ini Cara Buat Ibadat Ketika Wabak

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 639 hits
Kenapa batal solat jumaat kerana Covid19 Adakah kita tidak tawakkal kepada Allah SWT 1 Pertama sekali mari kita lihat apa arahan Rasulullah SAW ketika sesuatu negeri itu ditimpa wabak Rasulullah SAW bersabda Apabila kamu mendengar bahawa ta...
Cara Solat Istikharah Memohon Petunjuk Drpd Allah

Cara Solat Istikharah Memohon Petunjuk Drpd Allah

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 476 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 05 27 PM Islam adalah agama universal dan menyeluruh dlm setiap aspek
Doa Iftitah Di Dalam Solat

Doa Iftitah Di Dalam Solat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 290 hits
Kita sedia maklum bahawa solat merupakan tiang agama dan terdiri daripada 13 rukun dalam Mazhab Syafie Di samping itu ia juga disertai dengan perkara perkara sunat yang merangkumi perbuatan dan perkataan Takrif bagi sunat ialah perbuatan ya...
Tips Elak Dan Cara Hilangkan Kesan Gatal Gigitan Pacat

Tips Elak Dan Cara Hilangkan Kesan Gatal Gigitan Pacat

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 5479 hits
Tips Elak Dan Cara Hilangkan Kesan Gatal Gigitan Pacat Pernah kena gigit pacat tak Memang geli bila lihat pacat ataupun lintah kan tapi apakan daya Kalau pergi ke kawasan semak sikit mulalah pacat ni naik dan gigit sana sini Daku sendiri pe...
Cara Cari List Facebook Group Anda

Cara Cari List Facebook Group Anda

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 456 hits
Anda mungkin seorang peniaga online mahupun offline dan sedang menyusun strategi untuk mendapatkan prospek yang lebih ramai ataupun targetted Jika anda sudah lama mempunyai akaun Facebook saya yakin anda akan punyai banyak facebook group ta...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain