Cara Solat Jenazah



Bagaimana cara mengerjakan solat jenazah?
Artikel ini akan memberikan panduan lengkap berkaitan cara melakukan solat jenazah,
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Apa yang menarik:
Panduan ini juga dipermudahkan dengan bacaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Isi Kandungan Panduan Ini: 1. Pengenalan 
2. Orang yang layak menjadi imam
3. Rukun Solat 
4. Niat Solat Jenazah
5. Cara Mengerjakan 
6. Kedudukan Saf Jemaah Mengikut Bilangan
7. Perkara Sunat Dalam Solat  
8. Soal Jawab Berkaitan 
Bagaimana Niat Jika Tidak Tahu Jenazah Lelaki atau Perempuan? Jenazah Mesti Seorang Muslim Jenazah Orang yang Mati Syahid Jenazah Pernah Hidup Sebelumnya Masbuk Dalam Solat Jenazah Bilakah Waktu Solat Jenazah? Hukum Wanita Solat Jenazah Solat Jenazah Selepas Mayat Dikebumikan Solat Jenazah Ghaib Mengapa Tiada Rukuk dan Sujud? 9. Hukum Menyebut Kebaikan & Keburukan Jenazah
10. Sumber Rujukan
11. Penutup
 
Pengenalan Solat Jenazah Jenazah orang Islam yang telah sempurna dimandikan dan dikafankan wajib disolatkan sebelum dikebumikan.
Rasulullah SAW pernah mengarahkan sahabat-sahabatnya untuk solat jenazah apabila ada kematian. Berkata Salamah bin Al-Akwa’ RA:
Pada suatu ketika kami sedang duduk di sisi Nabi SAW, lalu ketika itu dibawa jenazah. Baginda berkata: Solatlah sahabat kamu itu”
— Riwayat Bukhari
Solat jenazah dilakukan oleh orang hidup ke atas orang yang meninggal dunia untuk meringankan bebanannya.
Ini kerana dalam solat ini mengandungi banyak doa-doa yang ke semuanya kembali untuk kebaikan si mati.
Oleh sebab itu, seharusnya kepada mereka yang mendirikan solat sembahyang mayat ini dirikanlah dengan ikhlas, penuh khusyuk serta berharap pengampunan Allah SWT kepada si mati.
Inilah tujuan terbesar solat jenazah yang kita lakukan.
Hukum mendirikan solat Jenazah adalah fardu kifayah (WAJIB) untuk umat Islam di sesuatu kawasan.
Ia sunat dilakukan secara berjemaah namun sah apabila dibuat seorang diri.
 
Orang Yang Layak Menjadi Imam   Menurut mazhab Syafi’e, wali kepada jenazah lebih aula (utama) mensolatkan jenazah, kerana solat jenazah adalah doa untuk si mati.
Doa kaum kerabat dab waris adalah lebih mudah dimakbulkan Allah Taala.
Susunannya seperti berikut:
Bapa Datuk dan ke atas Anak lelaki Cucu dan ke bawah Saudara lelaki seibu sebapa Saudara lelaki sebapa Anak lelaki saudara seibu sebapa Anak lelaki saudara seibu. Seterusnya mengikut tertib ‘asobah dalam ilmu faraid.  
Rukun Solat Jenazah Niat Berdiri Tegak. Solat Jenazah dilakukan dalam keadaan berdiri sahaja. Tidak ada rukuk dan sujud. Tidak ada azan dan iqamah sebelum memulakan solat. Takbir empat kali termasuk takbiratulihram. Membaca al-Fatihah selepas takbir yang pertama Selawat kepada Nabi SAW selepas takbir kedua. Berdoa untuk jenazah selepas takbir yang ketiga. Memberi salam selepas takbir keempat.  
Niat Solat Jenazah Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki adalah seperti berikut:

Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah Taala.
 
Lafaz niat untuk solat jenazah perempuan pula adalah:

Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah Taala.
 
Cara Mengerjakan Solat Jenazah 1. Jenazah perlu diletakkan melintang di hadapan Imam. Manakala imam dan makmum menghadap kiblat dan kepala jenazah itu di sebelah kanan bagi jenazah perempuan.
Jika jenazah lelaki, kepalanya diletakkan disebelah kiri imam.
Sekiranya jenazah itu lelaki, imam perlu berdiri setentang dengan kepalanya dan sekiranya jenazah itu perempuan, imam perlu berdiri  sententang dengan pinggangnya.

2. Mulakan dengan takbiratul ihram serta niat. 3. kemudian baca surah al-Fatihah. 4. Selepas itu angkat takbir yang kedua. 5. Baca selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya: Lebih sempurna membaca selawat seperti berikut:

6. Selesai selawat, angkat takbir yang ketiga. 7. Membaca doa untuk jenazah sekurang-kurangnya:
Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya.
Lebih sempurna membaca doa seperti berikut:

Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia, dan maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedudukannya, luaskan pintu masuknya (kuburnya) mandikanlah dia dengan air yang bersih, salji dan air batu yang menyegar dan sejuk. Bersihkan kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih daripada kekotoran. Gantikan untuknya dengan rumah yang lebih baik daripada rumahnya; keluarga yang lebih baik daripada keluarganya; pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Dan masukkannya ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan fitnahnya dan daripada azab api neraka.
Apabila jenazah kanak-kanak, baca doa berikut:

Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan yang menguntungkan untuk ibu bapanya juga pelaburan pendahuluan, simpanan untuk masa depan, sekaligus menjadi pengajaran, pedoman serta pertolongan kepada ibu bapanya. Dan beratkanlah dengannya timbangan untuk kedua-duanya. Limpahkan kesabaran ke dalam hati kedua-duanya (kerana kematian ini) dan janganlah timbulkan keresahan di hati kedua-duanya sesudahnya dan janganlah Engkau mencegah keduanya daripada mendapat pahalanya.
8. Selepas itu takbir yang keempat. 9. Kemudian baca doa berikut:
Ya Allah janganlah Engkau mencegah kami mendapatkan pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati.
 
Lebih sempurna dan lengkap, baca doa berikut:

Ya Allah janganlah Engkau mencegah kami daripada mendapat pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati dan juga saudara-mara kami yang telah beriman terdahulu daripada kami. Dan janganlah Engkau jadikan di dalam hati kami kedengkian untuk orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
10. Diakhiri dengan memberi salam dan membaca doa ini.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia rasul dan ke atas kaum keluarga serta para Sahabat sekalian. Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi Muhammad dan ahli keluarganya, janganlah Engkau siksa jenazah ini. Ya Allah jadikan kuburnya sebagai taman daripada taman-taman syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai lubang daripada lubang neraka. Selawat dan salam Allah ke atas Junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
 
Kedudukan Saf Jemaah Mengikut Bilangan Berikut adalah kedudukan saf solat sunat jenazah mengikut bilangan makmum yang hadir

 
 
Perkara Sunat  Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika bertakbir Membaca semua bacaan dengan suara rendah. Membahagikan ahli jemaah sekurang-kurangnya kepada tiga saf.  
Soal Jawab Berkaitan Solat Jenazah Berikut adalah beberapa persoalan yang berkaitan solat ini:
1. Bagaimana Niat Jika Tidak Tahu Jenazah Lelaki atau Perempuan? Seumpama seseorang yang berada di masjid, kemudian diumumkan meminta para jemaah untuk solat jenazah.
Sedangkan dia tidak kenal jenazah, bahkan dia tidak mengetahui adakah jenazah itu lelaki atau perempuan.
Dalam keadaan begini, tunaikanlah hajat mereka dan niatkan dalam hati:
Sahaja aku solat ke atas jenazah yang disolatkan imam, 4 takbir fardu kifayah sebagai makmum kerana Allah Taala.
2. Jenazah Mesti Seorang Muslim Jenazah yang wajib disolatkan adalah jenazah orang Islam sekalipun keislamannya hanya dilihat daripada ibu bapanya yang Islam atau salah seorang daripada mereka Islam.
Boleh juga dilihat dari negeri tempat tinggalnya.
Begitu juga wajib didirikan solat ke atas orang Islam yang melakukan dosa besar dan orang yang dihukum mati oleh pemerintahh.
3. Jenazah Orang yang Mati Syahid Orang yang mati syahid dalam peperangan tidak perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan.
Jenazah itu perlu dikebumikan bersama pakaiannya sesudah diambil senjata yang ada pada tubuhnya.
4. Jenazah Pernah Hidup Sebelumnya Jenazah yang hendak disolatkan mesti seorang yang diketahui pernah hidup sebelum disolatkan.
Oleh itu, tidak wajib disolatkan ke atas janin yang tidak berbentuk atau bernyawa (tiada tanda-tanda hidup) ketika dilahirkan atau keguguran.
Hanya apabila sudah nyata berbentuk manusia, janin wajib dimandi, dikafan dan dikebumikan (tidak wajib disolatkan).
Apabila semasa keguguran, bayi tersebut ada tanda-tanda hidup walaupun sebentar seperti bersuara, bergerak atau menangis, maka perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan jenazahnya.
5. Masbuk Dalam Solat Jenazah Makmum yang masuk lewat ketika imam sudah melakukan takbir sekali atau lebih daripada sekali takbir, makmum perlu bertakbir dan terus membaca al-Fatihah walaupun ketika itu imam bukan dalam takbir pertama.
Apabila imam memulakan takbir berikutnya sedangkan makmum belum sempat membaca al-fatihah, maka makmum perlu mengikut imam mengangkat takbir dan tidak perlu membaca al-Fatihah.
Apabila imam selesai dan memberi salam, makmum masbuk tadi perlu menambah bilangan takbir dan bacaan-bacaannya.
6. Bilakah Waktu Solat Jenazah? Diharuskan solat jenazah pada semua waktu kerana solat ini adalah solat yang mempunyai sebab.
7. Hukum Wanita Solat Jenazah Harus untuk wanita mendirikan solat jenazah.
Tetapi tidak memadai (tidak tergugur kefarduan) apabila hanya orang perempuan yang melakukannya sedangkan terdapat orang lelaki ketika itu.
8. Solat Jenazah Selepas Mayat Dikebumikan Apabila jenazah sudah dikebumikan sedangkan jenazah belum disolatkan lagi, maka harus disolatkannya di atas kubur.
Akan tetapi apabila jenazah yang belum disolatkan itu sudah dimasukkan ke dalam kubur tetapi belum ditimbus lagi, maka perlu dikeluarkan jenazah dan disolatkan.
9. Solat Jenazah Ghaib Solat Ghaib ialah solat ke atas jenazah yang tidak ditemui atau jauh tempatnya serta sukar untuk pergi ke sana.
Solat Ghaib dilakukan sama seperti solat jenazah biasa.
Menurut ulama mazhab asy-syafi’e seperti Imam an-Nawawi, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang itu masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya melakukan solat ghaib untuk mayat tersebut.
Tetapi adalah makruh jika dilakukan solat ghaib itu di atas kubur, melainkan jika kubur itu adalah kubur para nabi dan orang yang mati syahid dalam peperangan.
Ibnu Qudamah (ulama mazhab Hanbali) mengatakan hukumnya adalah harus melakukan solat ghaib di atas kubur mayat tersebut.
Hujahnya:
Abdullah bin ‘Abbas melaporkan, “Pada suatu hari Nabi Muhamad berhenti pada sebuah kubur, lalu para sahabat menyusun saf di belakang Baginda dan mereka menunaikan solat ghaib untuk mayat dalam kubur tersebut
— Riwayat Bukhari dan Muslim
10. Mengapa Tiada Rukuk dan Sujud? Solat jenazah adalah satu-satunya solat yang tiada rukuk dan sujud.
Hikmah tidak disyariatkan rukuk dan sujud padanya adalah supaya orang yang jahil tidak menyangka rukuk dan sujud itu untuk jenazah disebabkan kedudukan jenazah berada di hadapan orang yang solat.
 
Hukum Menyebut Kebaikan & Keburukan Jenazah Menjadi amalan kebanyakkan orang yang solat jenazah, apabila selesai solat, mereka memberi kesaksian mayat dengan kebaikan.
Misalnya, seorang daripada mereka berkata kepada yang lain: “Apa kata kamu kepada jenazah ini?”
Mereka menjawab:”Baik atau ahli kebaikan.”
Diulang-ulang penyaksian itu sebanyak tiga kali.
Pertanyaan akan timbul di kalangan kita, bolehkah penyaksian seperti ini dilakukan lebih-lebih lagi jika si mati terkenal dengan kefasikan dan kejahatannya semasa hidup.
Menurut al-Allamah Saiyid Muhammad Abdullah al-Jardani dalam kitab Fathu al-Allah, perkara ini ada asasnya daripada sunnah Nabi.
Tetapi kebanyakkan orang awam menolak penyaksian kebaikan kepada setiap mayat.
Mereka enggan menyaksikan kebaikan kepada mayat yang terkenal melakukan maksiat kerana dia tidak layak mendapat penyaksian tersebut.
Malah mereka lebih suka menyebut kejahatan mereka supaya menjadi peringatan kepada orang yang hidup supaya tidak melakukan kejahatan sepertinya.
Sebenarnya setiap mayat berhak mendapat penyaksian kebaikan walau apa pun keadaannya sama ada dia seorang yang diketahui baik atau jahat semasa hayatnya.
Bahkan dilarang menyebut kejahatannya.
Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang maksudnya:
Janganlah kamu sebutkan perihal orang yang mati di kalangan kamu kecuali yang baik-baik sahaja 
— Riwayat Nasa’i
Sabda baginda lagi:
Sebutkanlah kebaikan-kebaikan orang-orang yang mati di kalangan kamu dan tutuplah kejahatan-kejahatan mereka
— Riwayat Abu Dawud
 
Sumber Rujukan Untuk memastikan panduan ini tepat, berikut adalah beberapa buku yang menjadi panduan saya:
Praktik Solat Jenazah & Pengurusannya, Zul Aimran Omar Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.  
Penutup Ambillah pengajaran daripada setiap kematian yang berlaku.
Jangan hanya melihat dengan pandangan kosong, pandanglah dengan penuh keinsafan dan carilah hikmah disebaliknya.
Adakah kita bersedia mengikut jejaknya? Adakah kita boleh berasa lega dengan anak cucu yang ditinggalkan? Adakah ada dalam kalangan mereka yang boleh alirkan pahala jika kita meninggal dunia? Selain itu apabila berlaku kematian dituntut kepada kita untuk menguruskannya.
Lebih-lebih lagi kepada saudara-mara terdekat.
Berterima kasihlah kerana kita masih dikurniakan orang ‘masjid’ yang sudi menjadi pengurus kepada sesuatu kematian, biarpun bukan daripada kaum kerabatnya.
Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua.
The post Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/cara-solat-jenazah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaduh Macam Mana Pun Makan Kena Setalam Solat Kena Berjemaah Hebat Cara Ibu Ni Leraikan Lima Anaknya Bila Bergaduh

Gaduh Macam Mana Pun Makan Kena Setalam Solat Kena Berjemaah Hebat Cara Ibu Ni Leraikan Lima Anaknya Bila Bergaduh

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 482 hits
Punya anak ramai dan jumlah adik beradik yang ramai pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan pergaduhan adalah satu hal yang dianggap biasa Namun pergaduhan kadang kala buat ibu bertambah pening Makin buntu bila setiap hari ...
Niat Solat Jenazah Dewasa Kanak Kanak Dan Ramai

Niat Solat Jenazah Dewasa Kanak Kanak Dan Ramai

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 1543 hits
Koleksi niat solat jenazah dalam tulisan rumi dan jawi untuk panduan kita semua Ejaan rumi membantu kita memahami lafaznya tetapi lebih baik berniat dalam Bahasa Melayu jika kita benar benar tak arif perihal niat dalam Bahasa Arab Niat Sola...
Cara Beli Dekoder Mytv Dengan Mudah

Cara Beli Dekoder Mytv Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 1128 hits
Beli dekoder MYTV sebelum siaran analog ditutupDiam tak diam siaran TV analog di Malaysia akan ditamatkan pada 30 September 2019 nanti Bagaimana dengan persediaan anda sudah membeli dekoder MYTV atau IDTV Kalau masih belum memilikinya anda ...
Remember Everyday Is Holiday Ini Cara Untuk Menikmatinya

Remember Everyday Is Holiday Ini Cara Untuk Menikmatinya

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 413 hits
Remember everyday is holiday Bila aku terbaca saja ayat ini melalui website ARBA Travel Tours aku jadi makin tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang ARBA Ya aku tahu yang ARBA ini adalah sebuah syarikat berkaitan dengan pakej perlancongan ...
Cara Buat Mee Bayam Homemade Sesuai Untuk Anak Anak Tak Makan Sayur

Cara Buat Mee Bayam Homemade Sesuai Untuk Anak Anak Tak Makan Sayur

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 718 hits
Resepi mee homemade yang dikongsikan oleh Puan Fatin Hidayah Bahan Ayam rebus Bayam celur Nasi lembik Air rebusan ayam Tepung gandumCara 1 Kisarkan semua bahan bertanda menggunakan blender 2 Masukkan tepung dalam bekas besar supaya senang d...
Cara Memasak Stik Ayam Daging Dengan Mudah

Cara Memasak Stik Ayam Daging Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 612 hits
Daging Stik Panggang Resepi Grilled Steak goreng 12 keping daging Steak saya ketuk2 tumbuk bagi urat2nya putus supaya kurang liat 4 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos cili atau sos tomato1 sudu makan lada hitam 2 ulas bawang putih Satukan...
Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 774 hits
Sedapnya Nasi Kerabu Golok perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam sambal dan ayam bakar Malah resipinya juga diolah supaya lebih sihat dan sesuai untuk orang yang sedap diet Nak cuba Jom lihat bahan bahan...
Cara Dan Doa Mustajab Nak Kuatkan Kasih Sayang Mak Dan Anak Kita Jaga 2 Perkara Ni Je

Cara Dan Doa Mustajab Nak Kuatkan Kasih Sayang Mak Dan Anak Kita Jaga 2 Perkara Ni Je

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 497 hits
Anak yang mendengar kata sopan santun dan baik akhlaknya sudah semestinya membuatkan mak ayah berlapang dada Namun cabaran mak ayah hari ini sudah pastinya kala berdepan dengan masalah tingkahlaku anak anak yang membuatkan mak ayah pening k...
Cara Mendirikan Travel Umroh Sesuai Persyaratan

Cara Mendirikan Travel Umroh Sesuai Persyaratan

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 348 hits
Peluang meraup untung hingga miliaran rupiah sudah bukan wacana bagi pemilik biro travel umroh dan haji Jelas saja pangsa pasar usaha ini adalah umat Muslim Dan Indonesia adalah negara dengan populasi umat Muslim terbesar di dunia Selain me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi