Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet
Sedapnya Nasi Kerabu Golok perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal dan ayam bakar. Malah resipinya juga diolah supaya lebih sihat dan sesuai untuk orang yang sedap diet. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI NASI KERABU GOLOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi berherba @ nasi biru1 sudu makan sambal kelapa parut1 sudu makan sambal isi ikan2 genggam ulam1 sudu teh (sudu kfc) sambal jantan1 sudu teh (sudu kfc) budu1 keping dada ayam bakar blackpepperCARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan di atas di dalam pinggan. Gaul rata dan nikmati segera bersama ayam bakar.
2. Boleh juga tambah keropok ikan goreng untuk menaikkan lagi keenakan nasi kerabu.
CARA MENYEDIAKAN BAHAN SAMPINGAN NASI KERABU
1. SAMBAL NYIUR @ KELAPA PARUT
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris nipis halia
1 batang serai1 sudu makan gula perang rendah GI – boleh ganti dengan gula melaka1/2 sudu makan garam bukit1 sudu makan serbuk lada hitamCARA MEMASAK:
1. Sangai kelapa parut hingga kekuningan.
2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin blender.
3. Kisar semua bahan tanpa menggunakan air atau boleh juga ditumbuk.
4. Satukan bahan yang telah dikisar dalam kelapa parut tadi. Gaul sekata.
5. Sangai semula bahan yang digaul tadi menggunakan api perlahan untuk mengelakkan kelapa cepat rosak. Biarkan 2-3 minit sebelum ditutup apinya.
6. Sambal Kelapa siap disediakan.
2. SAMBAL ISI IKAN
BAHAN-BAHAN:
7-8 ekor ikan sardin @ selayang1 sudu makan cuka2 keping asam gelugur2 hiris lengkuas1/2 sudu makan garam bukit1/2 inci nise @ manisanAir secukupnya1/2 sudu makan serbuk lada hitam1/2 sudu makan serbuk lada putihSecubit garam bukitCARA MEMASAK:
1. Rebus ikan sardin / selayang. Caranya, susun ikan dalam periuk. Masukkan cuka, asam gelugur, lengkuas, garam bukit dan ‘nise’.
2. Tambahkan sedikit air. Rebus sehingga air ikan sedikit kering.
3. Kemudian, asingkan tulang dan isi ikan. Tumbuk isi ikan sedikit lumat.
4. Masukkan isi ikan ke dalam kuali. Tambah serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam. Gaul sekata.
5. Sangai selama 5-6 minit atau sehingga isi ikan jadi kering. Padamkan api dan ketepikan.
3. AYAM BAKAR BLACKPEPPER
BAHAN-BAHAN:
4 ketul isi ayam1 sudu teh serbuk kunyit1 sudu teh serbuk lada hitam3 ulas bawang putih – tumbuk lumatSedikit serbuk lada hitam1 sudu teh garam bukitCARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 30 minit.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Kemudian bakar ayam hingga masak.
4. NASI BERHERBA ( NASI KERABU BUNGA TELANG)
BAHAN-BAHAN:
10 kuntum bunga telangBeras secukupnya – ikut jumlah yang anda hendak masakAir yang telah disukat ikut jumlah beras yang dimasak1 helai daun kunyit1 batang serai – dititik2 hiris halia2 helai daun limau purutCARA MEMASAK:
1. Buang tangkai bunga telang.Kemudian kisar dengan air hingga lumat.
2. Cuci beras hingga bersih kemudian masukkan air bunga telang tadi.
3. Masukkan juga daun kunyit, serai, halia dan daun limau purut.
4. Masak nasi seperti biasa.
5. SAMBAL JANTAN VERSI DIET
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi merah1 biji lemon – ambil jusnya1/2 sudu teh garam bukit1/2 sudu teh gula perang @ brown sugarSedikit airCARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan sehingga sedikit lumat. Masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk digunakan.
( INFO: untuk menghasilkan rasa sambal yang sedap dan kurang pedas, seeloknya sambal dibuat lebih awal.)
6. BUDU ( Campur rata)
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk budu – apa-apa jenamaPerahan jus lemon atau limau nipis secukupnya7. ULAM-ULAMAN NASI KERABU
BAHAN-BAHAN:
Daun kesumDaun selomDaun ulam rajaDaun kunyitBunga kantanSeraiTimun jepunTaugeCARA-CARA:
1. Semua bahan ulam ( kecuali tauge) dihiris halus.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/cara-masak-nasi-kerabu-golok-ayam-bakar.html