Bakal Berakhir Pengguna Simpan Memori Feri Pulau Pinang




Susulan pengumuman penamatan perkhidmatan feri yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar Pulau Pinang bermula 1 Januari ini, jumlah pengguna, khususnya pemandu kenderaan empat roda yang menggunakan perkhidmatan itu dilihat bertambah agak ketara semalam.
Tinjauan Bernama mendapati bilangan kenderaan jenis itu di atas feri kekal banyak berbanding sebelum ini, sekalipun bukan pada waktu puncak.
Seorang pengguna, Mohd Rizikam Milan Md Hasbullah, 35, berkata dia mahu memberi peluang kepada anak-anaknya merasai sendiri pengalaman menaiki feri yang sememangnya sinonim dengan Pulau Pinang selepas mengetahui perkhidmatan tersebut bakal ditamatkan.
“Saya menetap di Selangor, namun saya dan isteri berasal dari negeri ini, jadi sejak kecil memang selalu naik feri. Bila dapat tahu akan dihentikan, rasa sedikit kecewa.
“Sebab itu hari ini saya pilih naik feri untuk balik ke Selangor walaupun sebelum ini kami gunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,” katanya kepada Bernama.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan dihentikan bermula 1 Januari depan dan digantikan dengan bot penumpang laju yang hanya membawa pejalan kaki serta penunggang basikal dan motosikal.
Seorang pemandu lori, Tan Kean Meng, 70, berkata dia menggunakan feri hampir setiap hari untuk berulang-alik menghantar barangan sejak 10 tahun lalu dan penamatan perkhidmatan itu akan meningkatkan kos antara RM8 dan RM10 bagi setiap perjalanannya kerana menggunakan jambatan.
“Sedih dengar orang beritahu feri sudah tidak bawa kenderaan lagi tahun depan. Pengangkutan ini lebih mudah, senang dan jimat untuk saya berulang-alik dari tanah besar ke sini (bahagian pulau).
“Feri adalah lambang negeri ini, tapi apa boleh buat, kita kena ikutlah kerana itu keputusan mereka,” katanya.
Seorang pekerja hotel di Batu Feringghi yang tinggal di Teluk Bahang, Norida Rosli, 33, pula berkata dia mengambil cuti semalam untuk membawa keluarga menaiki feri ke Butterworth kerana tidak mahu melepaskan peluang menaiki perkhidmatan itu buat kali terakhir.
“Rasa kehilangan bila dapat tahu feri akan dihentikan, kami akan rindulah. Jadi hari ini ambil peluang untuk bawa keluarga naik feri,” katanya yang terpaksa menunggu lebih sejam untuk menaiki feri semalam.
Seorang pejalan kaki, Ani Wahab, 67, berkata dia menggunakan perkhidmatan itu sejak 30 tahun lepas untuk berulang-alik ke tempat kerja di Pangkalan Raja Tun Uda di sini.
Menurut wanita yang tinggal di Sungai Petani, Kedah itu, menaiki feri merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan berharap dapat merasai pengalaman serupa apabila menggunakan perkhidmatan bot laju kelak. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/bakal-berakhir-pengguna-simpan-memori.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember 2020

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember 2020

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 446 hits
Agak menyedihkan juga bila baca berita tentang Feri Pulau Pinang hari ini Mengikut sumber sumber di media sosial Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember 2020 ini Salah satu ikon pelancongan di Pulau Pinang akan ditamatkan dan ...
Khidmat Feri Pulau Pinang Diganti Selepas 126 Tahun Berbakti

Khidmat Feri Pulau Pinang Diganti Selepas 126 Tahun Berbakti

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 346 hits
Feri Pulau Pinang adalah perkhidmatan feri tertua di Malaysia menghubungkan antara terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Georgetown GEORGETOWN Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubu...
Kerajaan Jamin Khidmat Feri Pulau Pinang Diteruskan

Kerajaan Jamin Khidmat Feri Pulau Pinang Diteruskan

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 280 hits
December 17 2020 KUALA LUMPUR Kerajaan berkata Penang Port Sdn Bhd akan disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang sudah menjadi ikonik dan warisan di negeri itu buat masa ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdu...
Feri Pulau Pinang Tingkatkan Kualiti Bukan Hentikan Perkhidmatan

Feri Pulau Pinang Tingkatkan Kualiti Bukan Hentikan Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 333 hits
Oleh Zuhainy ZulkiffliDisember 13 2020 bhnews bh com myGEORGETOWN Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbang semula cadangan bagi menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan bot katamaran Malah perkhidmatan pengangkutan awam laut yan...
Tedia A Feri Pulau Pinang Yang Lagend Akan Di Berhentikan Sehingga 31 12 2020

Tedia A Feri Pulau Pinang Yang Lagend Akan Di Berhentikan Sehingga 31 12 2020

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 367 hits
Perkhimatan Feri Akan BerakhirUtk makluman semua bulan ni bulan terakhir feri pulau pinang akan beroperasi dan mulai tahun hadapan akan gantikan dengan feri laju seperti yang digunakan di Pulau Langkawi sementara atau lama tak pasti terlalu...
Bot Laju Ganti Feri Pulau Pinang Bermula 1 Januari 2021

Bot Laju Ganti Feri Pulau Pinang Bermula 1 Januari 2021

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 459 hits
GEORGE TOWN Selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang perkhidmatan ikonik feri sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya akan digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021 ...
Pulau Pinang Sambut Baik Keputusan Kekal Perkhidmatan Feri

Pulau Pinang Sambut Baik Keputusan Kekal Perkhidmatan Feri

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 405 hits
17 12 2020 07 09 PMGEORGE TOWN 17 Dis Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan perkhidmatan feri di negeri itu Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan itu adalah selari dengan pendir...
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terkejut Putrajaya Mahu Teruskan Feri Ikonik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terkejut Putrajaya Mahu Teruskan Feri Ikonik

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 351 hits
Foto oleh Sayuti ZainudinKerajaan negeri masih belum jelas sama ada perkhidmatan feri Pulau Pinang akan terus beroperasi atau ditamatkan perkhidmatannya tahun depan kata ketua menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata kerajaan negeri berharap me...
Asean S Economic Future Not A Decline But A Strategic Realignment Led By Malaysia

Nga Reports Scammers Using His Image For Dating Apps Financial Courses

Bunker Kecil Di Hanoi Semasa Perang Vietnam

Lirik Lagu Salahkan Aku Fimie Don

How True Is Muhyiddin S Claim That A Snap Election Will Be Called By The End Of 2025

It Just Gets Lower For Manchester United Fans Perodua Chairman Reveals It Rejected Club S Request For Sponsorship

Narsis Bila Dia Rasa Dunia Ni Dia Punya

Nenek Dapat Rm53 000 Selepas Terpijak Bawang


echo '';
AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis


Cuaca Panas Kering Hingga Mei 2025

Sejinjang Sayang

Hilangkan Dahaga Dengan Abc

Mana Milik Kita Kita Tidak Punya Apa Apa

Kia S Electric Future Teaser Images Of Three New Models

Mau Ikut Tren Kaburajadulu Eits 5 Hal Ini Harus Kamu Persiapkan