Cara Senang Daftar Akaun Baru Spa9


 

Cara Senang Daftar Akaun Baru SPA9  .
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah subhanahu wataala telah memberi kita kesihatan dan kekuatan untuk membaca perkongsian kali ini.Hari ini,admin nak kongsikan sedikit cara bagaimana nak buka akaun SPA9 dengan kaedah paling senang dan mudah kepada semua pengguna dan pemohon.
Majoriti dan kebanyakan dari kita telah mengetahui  untuk menjawat jawatan seorang kakitangan awam atau bekerja dibawah sektor kerajaan, pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan (SPA9), sistem di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang merupakan satu platform saluran antara rakyat dengan kerajaan yang mana sesiapa berminat dan layak untuk bekerja bawah kerajaan mestilah mengisi permohonan di (SPA9).
SPA kini menggunakan SPA9 sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) bermula 28 September lalu.
Jika anda berminat untuk  mengetahui berkaitan info-info bantuan atau info kerjaya terkini atau berkaitan maklumat maklumat daripada kerajaan anda boleh ikuti telegram terpantas kami dibawah:
Sertai PERCUMA Sekarang Untuk Dapatkan Info Jawatan Kosong Terkini! Cara Senang Daftar Akaun Baru SPA9 Pengetahuan Umum Untuk Semua
Apa itu SPA? Bagaimana pula cara memohon SPA, SPA merupakan singkatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sebuah portal kerajaan yang memberi peluang kepada pemohon yang layak bermula daripada lulusan SPM untuk berkhidmat di bawah kerajaan. Sebahagian pengguna mungkin sudah maklum berkaitan SPA tersebut.
Namun begitu, masih ramai lagi pengguna yang tidak mengetahui kewujudan portal ini. Sementalah lagi soalan seperti “Apa itu SPA?” “Tak pernah tahu.” masih berada di benak pengguna.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan sebuah portal kerajaan yang berfungsi dalam melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib. Malah, rata-rata pengguna berpendapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya untuk pemohon yang ingin bekerja sahaja. Tanggapan itu salah sama sekali.
SPA bukan sahaja satu portal yang menjurus kepada alam pekerjaan semata-mata malah turut menyediakan satu latihan bertaraf diploma iaitu kursus Latihan Separa Perubatan untuk lepasan SPM dan seangkatan dengannya.
Spa9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian bagi memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam am persekutuan, perkhidmatan kehakiman dan perundangan serta pentadbiran kerajaan negeri sembilan, melaka, pulau pinang dan perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah spa.
SPA9 telah dibangunkan dengan penggunaan Kad Pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.
Menerusi kenyataan SPA, jika sebelum ini pemohon sudah membuat pendaftaran pekerjaan melalui SPA8i, anda tidak perlu membuat pendaftaran baru untuk SPA9 ini.
Namun, bagi pemohon yang ingin memohon kerja tetapi masih belum membuat pendaftaran di SPA8i, anda perlu membuat pendaftaran baru melalui SPA9.
Pendaftaran & Login SPA9 Kali Pertama CARA DAFTAR SPA 9
Untuk mendaftar, sila ikuti langkah berikut:
Layari pautan https://spa9.spa.gov.my/login Skrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di atas Isi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *diiisi. Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untuk mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan(reset). Masukkan kata laluan dan kod keselamatan. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran tersebut. Klik “Daftar”. Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja Untuk mendaftar, Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran Panduan Mudah Dalam Bentuk Gambar
Cara Senang Daftar Akaun Baru SPA9 CARA LOGIN SPA9 UNTUK KALI PERTAMA Setelah anda berjaya mendaftar, sila log masuk kali pertama dengan mengikut langkah ini:
Skrin Log Masuk akan dipaparkan seperti di atas:
Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/login Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini. Klik “Log Masuk”. Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”. Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”. *Rujuk manual penuh di bawah:
Manual Permohonan
Baca juga:
Pengambilan Jawatan Kosong Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) Tahun 2023 Pengambilan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA 9) Ogos 2023 Pendaftaran Pekerjaan dengan Cara Senang Daftar Akaun Baru SPA9 Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan); Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran; Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower iaitu Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan. Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan terbatal dan pemohon dikehendaki untuk mengemas kini semula permohonan dalam SPA9. Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Spam Mail/ Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan
dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.
Panggilan temuduga bagi latihan Separa Perubatan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun. Panggilan temuduga akan dihebahkan sekitar bulan Jun dan panggilan kedua dilakukan pada bulan November. Oleh itu, para pemohon digalakkan sentiasa peka kepada tarikh-tarikh penting permohonan.
Sedikit nota tambahan berkaitan Latihan Separa Perubatan. Pelajar lepasan SPM digalakkan untuk memohon bahagian Separa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Pelajar akan menjalani latihan secara teori dan praktikal selama 3 tahun di Kolej Kementerian Kesihatan di bawah tajaan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bukan itu sahaja, pelajar akan terus diserap masuk untuk bekerja di bawah kementerian tersebut. Hal ini dapat menjamin pekerjaan untuk para pelajar. Tambahan lagi, asrama turut disediakan. Malah, pelajar akan diberi elaun bulanan sebanyak RM800.00 dan ke atas untuk sara diri sepanjang pengajian di kolej-kolej kesihatan yang terpilih.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan dan aduan boleh rujuk di talian HOTLINE SPA di 03-8091 9000.
Semoga Perkongsian Ini Bermanfaat Sekian daripada admin berkaitan dengan perkongsian bagaimana cara nak buka akaun SPA9 dengan mudah, diharap dengan perkongsian kaedah dan cara buka akaun ini dapat diambil manfaat sepenuhnya oleh pembaca dan kongsikan kepada sahabat handai yang tidak mengetahui tentang Cara Senang Daftar Akaun Baru SPA9 dan juga yang tidak mengetahui apa itu spa9. Jikalau anda berkongsi kepada orang lain yang anda kenal atau tidak kenali agar peroleh manfaat iaitu berkongsi ilmu bermanfaat bah kan boleh jadi saham jariah pahala kita.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/08/cara-senang-daftar-akaun-baru-spa9.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oh Cara Ini Buat Duit Dengan Youtube Baru Tahu

Oh Cara Ini Buat Duit Dengan Youtube Baru Tahu

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 185 hits
Teringin Nak Buat Duit Dengan YOUTUBE ADSENSE Assalammualaikum dan salam sejahtera teman teman Sekarang ini ramai dah berkecimpung dalam dunia vlogger di youtube Kenapa aku masih di takuk lama Kenapa aku masih tak beranikan diri untuk buat ...
Cara Beli Kad Touch N Go Baru Nfc Dengan Harga Rm10 Sahaja

Cara Beli Kad Touch N Go Baru Nfc Dengan Harga Rm10 Sahaja

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 327 hits
Sekarang stok kad baru Touch N Go NFC dah banyak dan tak perlu beratur ke tunggu bila dijual lagi Tambahan pula anda boleh dapatkannya secara online dengan harga RM10 sahaja Kalau dulu semasa diperkenalkan masing masing berebut nak beli kad...
Hiburan Tak Gentle Tak Matang Macam Tu Je Dia Lafaz Ramai Kurang Senang Cara Nd Lala Ceraikan Isteri

Hiburan Tak Gentle Tak Matang Macam Tu Je Dia Lafaz Ramai Kurang Senang Cara Nd Lala Ceraikan Isteri

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 200 hits
Sedia maklum isteri penyanyi veteran ND Lala iaitu Datin Fauziah memaklumkan dirinya serta suami sudah pun berpisah setelah 34 tahun mendirikan rumah tangga bersama Pengumuman tersebut dibuat melalui laman Instagram wanita terbabit pada pag...
Cara Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp

Cara Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 198 hits
Bagaimana cara permohonan pengeluaran i Sinar akaun 1 KWSP ini Panduan Kini akan kongsikan bagaimana pengeluaran i Sinar kepada anda Sila baca sampai habis i Sinar Apa itu I SINAR Fungsi pengeluaran akaun 1 The post first appeared on
Cara Sambungkan Akaun Prime Video Di Smart Tv

Cara Sambungkan Akaun Prime Video Di Smart Tv

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 237 hits
Selain daripada menonton atau strim di telefon pintar atau di laptop Prime Video juga sebenarnya anda boleh strim di platfrom Smart TV yang ada di rumah anda Baik di Smart TV atau Android TV aplikasi Prime Video kini sudah tersedia di platf...
Ezi Akaun Xls Sistem Perakaunan Senang

Ezi Akaun Xls Sistem Perakaunan Senang

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 233 hits
Kalau nak dibandingkan dengan dulu ada antara kita yang takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan Jadi bilangan yang menceburi bidang ni agak sedikit pada waktu dulu Pada masa sekarang memang dah ramai yang terlibat dalam perniagaan tam...
Sanusi Sedia Buka Lembaran Baru Dengan Kerajaan Pusat

Sanusi Sedia Buka Lembaran Baru Dengan Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 220 hits
freemalaysiatoday com 14 Aug 2023Menteri besar Kedah tidak mahu mengaitkan isu peribadi termasuk kes mahkamah dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri Sanusi Nor mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah bagi penggal kedua hari ini PET...
Perjalanan Baru Buat Saya Isteri Fareed K Clique Kini Bergelar Bapa

Perjalanan Baru Buat Saya Isteri Fareed K Clique Kini Bergelar Bapa

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 141 hits
Tahniah diucapkan buat anggota kumpulan K Clique Fareed yang kini bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan cahaya pertama mereka pada 8 Ogos lalu Kongsi Fareed isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2 86kg sec...
Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru Lama

Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru Lama

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 142 hits
Bintang aksi terbesar Hollywood bersiap sedia untuk satu lagi aksi yang hebat Kali ini mereka akan disertai muka muka baharu Lionsgate telah kongsikan poster terbaru Expend4bles yang memperkenalkan barisan pelakon bintang untuk filem keempa...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Building Information Modeling And Digital Tools In Architecture

1 Kebaikan Kakak Ipar

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Kpm Guru Perlu Runding Umum Tarikh Spm Kata Ahli Akademik

Expect More Royal Reprimands After Agong Sultan Ibrahim S Maiden Visit To Singapore Parliament