Sanusi Sedia Buka Lembaran Baru Dengan Kerajaan Pusat


freemalaysiatoday.com
Yasmin Abdul Latif - 14 Aug 2023

Menteri besar Kedah tidak mahu mengaitkan isu peribadi termasuk kes mahkamah dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Sanusi Nor mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah bagi penggal kedua hari ini.
PETALING JAYA: Sanusi Nor berkata beliau sedia membuka lembaran baru dengan kerajaan persekutuan selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah bagi penggal kedua hari ini.

Beliau berkata, fokus utamanya kini adalah melaksanakan hasrat rakyat dan tidak sama sekali mencampur aduk urusan peribadi dengan pentadbiran negeri.

“Saya sedia untuk membuka lembaran baru, kalau mereka pun sedia Alhamdulillah…kalau mereka masih menyimpan dalam hati saya tidak tahulah.

“Mana boleh simpan dalam hati urusan pemerintahan, hal hati tak boleh bawa kena simpan dalam peti,” kata Adun Jeneri itu pada sidang media selepas mengangkat sumpah jawatan menteri besar di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Sanusi berkata, ia termasuk beberapa kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan memaklumkan, semuanya akan diteruskan mengikut prosedur undang-undang.

“Itu hal saya, tak campur dengan pentadbiran…saya hadaplah, apa lagi,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai keserasian antara Bersatu dan PAS, Sanusi berkata setakat ini tiada masalah dan isu Bersatu menuntut kerusi di Kedah juga tidak wujud.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat berhubung lantikan 10 exco, yang menurutnya akan ada lantikan baru dan ada dikekalkan.

“Akan ada kekalkan exco yang lama…kita akan cuba selesaikan dalam minggu ini,” katanya.

Sanusi dilantik semula ke jawatan itu selepas PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi DUN pada PRN Sabtu lalu.

Timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu berjaya mempertahankan kerusi DUN Jeneri disandangnya, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/sanusi-sedia-buka-lembaran-baru-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Cadang Sedia Dana Rm2 Bilion Bantu Naik Gaji Rakyat

Kerajaan Cadang Sedia Dana Rm2 Bilion Bantu Naik Gaji Rakyat

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 509 hits
Bagi menjayakan rancangan meringankan beban kos sara hidup dihadapi rakyat kerajaan bercadang menyediakan dana tambahan bagi tujuan menaikkan gaji rakyat negara ini Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mem...
Elak Kejadian Tidak Diingini Berlaku Lagi Ini Inisiatif Baru Kerajaan Korea Kepada Pejalan Kaki

Elak Kejadian Tidak Diingini Berlaku Lagi Ini Inisiatif Baru Kerajaan Korea Kepada Pejalan Kaki

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 316 hits
Sebelum ini telah ramai orang tidak bersalah yang telah menjadi mangsa kematian di atas jalan raya Di antara mereka ialah pejalan kaki yang tiada kenderaan untuk digunakan ARTIKEL BERKAITAN Pada awal tahun ini terdapat beberapa peraturan ja...
Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman

Kerajaan Tak Teruskan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru Di Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 516 hits
PUTRAJAYA Kabinet memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan pembinaan lapangan terbang baru di Pulau Tioman yang mana 76 peratus tapak projek atau 65 77 hektar akan melibatkan tanah tambak Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Ik...
Hadi Ulangi Dakwaan Berlaku Perubahan Kerajaan Pusat Jika Pn Menang Prn

Hadi Ulangi Dakwaan Berlaku Perubahan Kerajaan Pusat Jika Pn Menang Prn

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 350 hits
SEREMBAN Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang terus mendakwa keputusan yang memihak kepada Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri di enam buah negeri akan membawa perubahan kepada kerajaan di peringkat Pusat Sehubungan itu jelas belia...
Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi

Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 531 hits
ALOR SETAR Perikatan Nasional terus berkeyakinan bahawa kerajaan Perpaduan boleh ditumbangkan seawal bulan ini sekiranya gabungan itu menang di kesemua enam negeri yang terlibat pilihan raya negeri Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri ...
Ny Steak Shack Buka Cawangan Baru Di Setapak Central

Ny Steak Shack Buka Cawangan Baru Di Setapak Central

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 402 hits
Jenama tempatan NY Steak Shack mengumumkan pembukaan cawangan terbaharunya di pusat beli belah Setapak Central menawarkan lebih banyak peluang buat rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai menu yang menampilkan stik sizzling burger dan shak...
Hiburan Kerja F B Dulu Baru Sembang Individu Kritik Pengusaha Mi Claypot Biar Dapur Berkerak Ramai Yang Backup

Hiburan Kerja F B Dulu Baru Sembang Individu Kritik Pengusaha Mi Claypot Biar Dapur Berkerak Ramai Yang Backup

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 363 hits
Satu perkongsian media sosial di Twitter baru baru ini menjadi tumpuan netizen gara gara seorang individu memuat naik tangkap layar video memaparkan dapur sebuah restoran yang belum dicuci Kata individu itu dia berasa geli melihat keadaan d...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan