Cara Semakan Dividen Asb Secara Online 2025


Pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua pelabur. Hari ini, kadar dividen 2025 telah pun diumumkan secara rasminya iaitu sebanyak 5.75 sen seunit.
Semakan dividen ASB boleh dilakukan di aplikasi myASNB atau portal rasmi ASNB di pautan berikut: www.asnb.com.my
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB secara dalam talian (online).
Apa itu Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.
Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.
ASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.
Bagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.
Amanah Saham Bumiputera ASB VS ASNBF
ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan ASNBF (Amanah Saham Nasional Berhad Financing/Pembiayaan ASB) adalah instrumen pelaburan berbeza di bawah ASNB, berfungsi untuk tujuan tertentu.
ASB ialah produk simpanan dan pelaburan selamat berbentuk unit amanah berharga tetap; tiada fi permulaan, mudah dikeluarkan, sesuai untuk pelabur pasif.
ASNBF/ASBF pula adalah kaedah memohon pinjaman bank bagi membeli unit ASB; kaedah ini sesuai untuk pelabur yang mahu melabur jumlah lebih besar, namun perlu membayar ansuran bulanan dan menanggung risiko kadar faedah bank.
CiriASBASNBF (Pembiayaan ASB/ASB Financing)Jenis pelaburanUnit amanah harga tetap (fixed price fund, RM1 seunit)Pinjaman/pembiayaan untuk membeli unit ASBFungsi utamaMenyimpan/melabur dengan modal sendiriMelabur dalam ASB menggunakan pembiayaan bank (leverage)KelayakanWarganegara Bumiputera MalaysiaPelabur ASB yang mahu gandakan pelaburan melalui pinjamanHad pelaburanSehingga RM200,000 – RM300,000Bergantung pada kelulusan bank (maksimum ikut had ASB)RisikoRisiko rendah, pulangan dividen tetapRisiko kewangan lebih tinggi (ada komitmen ansuran bulanan)Cara untungDividen tahunan, bonus & tiada caj pembukaan akaunDividen diperoleh melebihi caj pembiayaan/interest bankKecairanBoleh dikeluarkan bila-bila masaIkut terma bank, unit biasanya digadai kepada bank ASB VS ASNBF Apa itu Dividen ASB? Dividen ASB adalah keuntungan atau pulangan yang diterima oleh pemegang akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) setiap tahun. Ia adalah sebahagian daripada keuntungan yang dijana oleh pelaburan ASB dalam pasaran saham dan dana lain.
Setiap tahun, ASNB akan mengira berapa banyak dividen yang layak diberikan berdasarkan jumlah simpanan minimum yang ada dalam akaun sepanjang tahun itu. Dividen ini membantu meningkatkan jumlah wang pelaburan tanpa perlu menambah modal sendiri.
Dividen ASB juga bebas cukai, jadi pelabur dapat menikmati pulangan penuh tanpa potongan cukai. Ini menjadikan ASB sebagai pilihan pelaburan yang selamat dan mudah untuk rakyat Bumiputera menambah simpanan mereka secara berterusan.
Kadar Dividen ASB 2025 Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan 2025 sebanyak 5.75 sen seunit. Pengagihan pendapatan ini melibatkan dana utama ASNB yang menjadi pilihan pelaburan majoriti Bumiputera di Malaysia.
Dividen ASB 2025 akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026. Pemegang unit boleh membuat semakan pengkreditan dividen melalui platform myASNB bermula jam 12.00 tengah malam pada tarikh berkenaan.
Penggantungan Urus Niaga Sementara Bagi tujuan pengiraan dan penutupan akaun tahunan, semua urus niaga ASB di kaunter cawangan ASNB, ejen ASNB, serta saluran dalam talian dan perbankan internet akan digantung sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025.
Urus niaga melalui saluran dalam talian dan perbankan internet akan disambung semula pada 1 Januari 2026, manakala urus niaga di kaunter cawangan dan ejen ASNB akan beroperasi semula mulai 2 Januari 2026.
Berbaloikah Melabur di ASB? Ya, berbaloi untuk majoriti Bumiputera yang mencari pelaburan selamat, konsisten dan berisiko rendah.
Risiko Rendah: ASB merupakan dana pelaburan harga tetap yang mempunyai risiko rendah berbanding pelaburan saham langsung. Dividen Stabil dan Kompetitif: Kadar dividen ASB biasanya lebih tinggi daripada kadar faedah simpanan tetap di bank, memberikan pulangan yang baik secara konsisten. Mudah dan Aksesibel: Pelabur tidak perlu pengetahuan pelaburan yang mendalam; pendaftaran dan transaksi juga mudah melalui agen atau portal dalam talian. Potensi Pertumbuhan Jangka Panjang: ASB telah melabur dalam pelbagai sektor berkembang seperti teknologi hijau dan perbankan digital yang dapat memberi pulangan positif dalam jangka panjang. Walaupun pulangan ASB mungkin tidak setinggi pelaburan agresif lain seperti saham individu atau hartanah, ia sangat sesuai untuk pelabur yang mencari pelaburan selamat dan pendapatan pasif yang stabil. 
ASB Mungkin pelaburan di ASB kurang menarik/berbaloi kalau:
Anda sanggup hadapi risiko turun naik pasaran untuk keuntungan lebih tinggi. Anda dah ada pengalaman pelaburan lain. Anda mahukan pulangan besar dalam masa singkat. Sejarah Pengagihan Pendapatan ASB 2013-2024 Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya. Malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.
Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.
Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini.
Dividen ASB Tahun 2024
Dividen – 5.50% Bonus – 0.25% Kadar Agihan – 5.75% Dividen ASB Tahun 2023
Dividen – 4.25% Bonus – 1.00% Kadar Agihan – 5.25% Dividen ASB Tahun 2022
Dividen – 4.60% Bonus – 0.50% Kadar Agihan – 5.10% Dividen ASB Tahun 2021
Dividen – 4.25% Bonus – 0.75% Kadar Agihan – 5.00% Sumber RTM Cara Pengiraan Dividen ASB Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?
Rujuk langkah-langkah yang berikut:
Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember. Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan. Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus. Contoh mudah:
AGIHAN PENDAPATAN ASB 2023 : 4.25% BONUS : 1.0% Dividen ASB 2023 5.25% untuk simpanan dari 01 Jan sehingga 31 Dec 2023.
Kalau simpanan RM10,000 dari 01/01/2023 sampai 31/12/2023 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen akan dapat 10k x 5.25% = RM525.
Kalau simpan RM10,000 dari 01/01/2023 dan bulan Jun keluarkan RM5,000. Maksudnya baki tinggal Rm5,000 sehingga 31/12/2023. Jadi dividen yang kamu dapat adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88
Kalau simpanan cuma RM5,000 dari 01/01/23 dan bulan 12 sempat tambah simpanan RM20,000. Dividen kamu dapat adalah RM5,000 x 5.25% = Rm262.50 sahaja.
Itu simpanan RM20,000 yang baru ditambah tidak menambah apa-apa sudah dividen. Melainkan kalau ditambah pada bulan 11 dapat la tambahan RM87.50
Kalau simpanan RM20,000 dari 01/01/23 dan bulan November ada keluarkan RM10,000. Jadi baki tinggal lagi RM10,000. Jadi dividen dia boleh dapat ialah RM875 + RM87.5 = RM962.50
Begitulah cara kira dividen dalam ASB. Bukan direct darab dengan 5.25% tu melainkan kalau memang simpan dari 01/01 sampai la 31/12.
Formula Pengiraan Dividen ASB Pengagihan Pendapatan dan Bonus ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun dengan formula seperti berikut:
Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB
Pengiraan Bonus ASB
@ecentral.my Replying to @SeptemberOne Ini cara dividen ASB 2024 dengan kadar pulangan 5.75%. Berbaloi tak anda rasa pulangan tahun ni? #asb #asnb #dividenasb #dividenasb2024 #asb2024 #pengagihanpendapatanasb #pelaburanasb #pelaburan #amanahsahambumiputera
♬ original sound – eCentral – eCentral Cara Semakan Dividen ASB Untuk membuat semakan dividen ASB dan bonus, anda boleh melakukannya secara online melalui Portal myASNB atau aplikasi myASNB.
Semakan Dividen ASB Melalui Portal myASNB
Layari laman web myASNB : https://www.myasnb.com.my/ Klik “Log Masuk” Masukkan ID Pengguna dan kata laluan. Klik pada menu ‘Akaun Saya’ untuk melihat senarai pelaburan anda. Pilih ‘Penyata Kewangan’ untuk melihat dividen dan bonus yang dikreditkan untuk tahun kewangan terkini. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan. Semakan Dividen ASB Melalui Aplikai myASNB
Buka aplikasi myASNB dan log masuk. Klik pada “Prestasi” Dividen terkini anda akan dipaparkan pada bahagian ini apabila diumumkan. Sekiranya belum muat turun aplikasi myASNB, sila muat turun melalui pautan berikut:
App Store: KLIK SINI Google Play: KLIK SINI App Gallery: KLIK SINI Aplikasi myASNB NOTA PENTING:
Berikut adalah istilah yang anda akan jumpa pada laman web paparan utama MyASNB:
Jumlah unit = Baki pelaburan terkini Normal reinvestment = Dividen Special reinvestment = Bonus my ASNB Jika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: Cara Buka Akaun ASB Online
Zakat ASB Zakat dikenakan ke atas nilai pelaburan ASB yang mencapai nisab (jumlah minimum harta yang wajib dizakatkan) dan telah cukup haul (tempoh simpanan 1 tahun). Kadar zakat bagi pelaburan ASB biasanya adalah 2.5% daripada jumlah nilai pelaburan pada akhir haul (tahun simpanan). Nilai pelaburan diambil kira termasuk modal pokok, dividen, dan bonus yang diperoleh sehingga akhir tahun. Bayaran zakat adalah wajib bagi pelabur yang memenuhi syarat haul dan nisab. Pelabur boleh mengira zakat ASB secara manual dengan mengambil nilai pelaburan terakhir dan darab dengan 2.5%, atau menggunakan kalkulator zakat yang disediakan oleh pusat zakat negeri seperti MAIWP. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja.
Namun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.
Formula Zakat ASB
Terdapat dua formula taksiran zakat ASB iaitu:
Baki akhir pelaburan tahunan x 2.5% Baki minimum pelaburan tahunan x 2.5% Zakat hanya dikenakan apabila melebihi nilai nisab. Nisab zakat simpanan adalan bersamaan dengan nilai 85 gram emas.
Nisab adalah jumlah minimum harta kekayaan yang dimiliki oleh individu Muslim sebelum diwajibkan untuk membayar zakat.
Jumlah nilai pelaburan akan dibandingkan dengan jumlah nisab yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat Negeri masing-masing bagi menentukan kelayakan pembayaran zakat.
Kadar Zakat ASB
Pemegang unit boleh merujuk kepada pusat pungutan zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan dalam pengiraan zakat yang perlu dibayar ke atas pelaburan ASB mereka, atau menggunakan kalkulator zakat dalam talian yang disediakan oleh pusat pungutan zakat negeri tersebut, jika ada.
Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kadar peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.
Contoh Pengiraan Zakat ASB Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.
Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.
Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa
Maklumat Lanjut Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2025 dan semakan pendapatan ASBF, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]
Soalan Lazim – Semakan Dividen ASB 1. Bila boleh semak dividen ASB setiap tahun? Dividen ASB biasanya diumumkan dan boleh disemak mulai 1 Januari tahun berikutnya melalui portal myASNB atau di kaunter ASNB bermula 2 Januari.
2. Bagaimana cara semak dividen ASB? Log masuk ke portal myASNB, pilih ‘Penyata Kewangan’, dan pilih tahun kewangan terkini untuk lihat jumlah dividen dan bonus yang dikreditkan. Atau, semak melalui aplikasi myASNB.
3. Berapa nisab zakat ASB? Nisab adalah jumlah minimum harta yang memerlukan pembayaran zakat. Nisab zakat ASB bersamaan 85 gram emas. Anda boleh rujuk pusat zakat negeri masing-masing. Sekiranya jumlah simpanan ASB anda melebihi nisab ini, maka anda perlu membayar zakat.
4. Apa itu dividen dan bonus ASB? Dividen ialah pulangan asas, manakala bonus ialah tambahan yang diberikan berdasarkan prestasi dana. Kedua-duanya akan dikreditkan ke akaun pelabur.
5. Bagaimana cara kira dividen ASB? Dividen dikira berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun, darab dengan kadar dividen dan bonus yang diumumkan untuk tahun tersebut.
6. Adakah dividen ASB dikenakan cukai? Dividen ASB adalah bebas cukai untuk pemegang akaun.
7.  Bolehkah dividen ASB dikeluarkan atau dilaburkan semula? Ya, pelabur boleh memilih untuk keluarkan atau laburkan semula dividen kepada pembelian unit tambahan ASB.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Normal reinvestment’ dan ‘Special reinvestment’? ‘Normal reinvestment’ merujuk kepada dividen biasa yang dilaburkan semula, manakala ‘Special reinvestment’ adalah bonus tambahan yang dilaburkan semula.
9. Bila akan dapat dividen ASB? Dividen ASB biasanya dikreditkan dan boleh disemak bermula pada 1 Januari tahun berikutnya selepas tahun kewangan berakhir, yakni mulai 1 Januari 2026 untuk dividen tahun 2025.
10. Berapa had pengeluaran ASB di bank? Had MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100.
Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-semakan-dividen-asb/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-semakan-dividen-asb

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 98 hits
Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran ialah platform rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia yang membolehkan ibu bapa dan penjaga menyemak serta memuat turun pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah murid secara dalam talian bagi sesi akademik 2025...
Dividen Felcra 2025 Ditetapkan 15 Peratus Dibayar Awal Tahun Depan Ahmad Zahid

Dividen Felcra 2025 Ditetapkan 15 Peratus Dibayar Awal Tahun Depan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 120 hits
KUALA LUMPUR Dividen berasaskan operasi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan pada kadar 15 peratus dan dijangka dibayar pada awal tahun depan kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad...
Kru Bangkit Selepas 20 Tahun Raih Trofi Abpbh 37 Dan Gegarkan Industri Hiburan 2025

Kru Bangkit Selepas 20 Tahun Raih Trofi Abpbh 37 Dan Gegarkan Industri Hiburan 2025

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 142 hits
KUALA LUMPUR 8211 Selepas dua dekad penantian kumpulan legenda tanah air KRU akhirnya kembali mengukir sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 37 bagi kategori Artis Kolaborasi Duo Berkumpulan P...
Sukan Sea 2025 Pearly Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita

Sukan Sea 2025 Pearly Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 140 hits
Sukan SEA 2025 Pearly Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita Penantian selama 10 tahun berakhir hari ini apabila gandingan beregu wanita negara Pearly Tan dan M Thinaah berjaya meraih pingat emas pertama buat kem badminton negara pada...
Along Kemalangan 11 12 2025

Along Kemalangan 11 12 2025

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 179 hits
Pada khamis lepas aku dikejutkan dengan satu berita yang benar benar merisaukan Along terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari kerja Dia dibonceng oleh kawannya yang menunggang motosikal Menurut Along kejadian berlaku a...
Ai Team Subscribers Disember 14 2025

Ai Team Subscribers Disember 14 2025

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 149 hits
channel subscriber date joined 749k 09 03 2023 597k 16 03 2023 388k 28 04 2023 347k 15 06 2023 390k 05 08 2020 367k 03 03 2025 276k 07 02 2024 317k 09 09 2020 340k 03 03 2025 252k 09 22 2021 352k 03 04 2025 2399k 10 13 2020 238k 03 04 2025 ...
2025 26 Fa Cup Champions

2025 26 Fa Cup Champions

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 123 hits
2025 26 FA CUP CHAMPIONS Tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta zim atas kejayaan cemerlang menjuarai Piala FA 2025 selepas menewaskan Sabah FC dengan mata 5 0 di pentas final BangsaJohor MajuJohor JDT JohorSouthernTigers LuaskanKu...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 292 hits
Perlawanan Akhir Piala FA 2025 2026 berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 14 Disember 2025 menemukan Johor Darul Ta zim dan Sabah FC Sepak mula perlawanan bermula pada jam 9 00pm KEPUTUSAN PERLAWANANJDT 5 0 Sabah FC8 Eddy Israfilov JD...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang