Cara Segarkan Bau Rumah Dengan Orange Clove Pomander Ball
Orange-Clove Pomander ball salah satu dekorasi tradisi untuk sambutan Hari Natal yang digantung pada pokok krimas ataupun beberapa tempat di dalam rumah. Kalau kau orang google, boleh tengok bermacam-macam dekorasi orange pomander ball dengan bunga cengkih (clove). Sebenarnya orange-clove ni bukan je untuk dekorasi tapi menghasilkan aroma yang segar untuk ruang dalam rumah. Boleh lah cover bau hapak dan bau yang tak best dalam rumah tu
Minyak bunga cengkih yang menyerap dalam buah orange akan memberikan aroma bau yang wangi dan segar. Biasa bunga cengkih ni kita guna masa sakit gigi. Ikut petua orang lama lah. Sebab apa? Sebab bunga cengkih ni mengandungi antiseptik, antibakteria dan penyegar nafas. Bab sakit gigi tu Fiza tak pernah cuba sebab kalau sakit gigi terus pergi klinik je. Sakit gigi memang tak boleh bawa bincang.
credit image :azurestandard.com
Aroma 'spicy fragnance' boleh meransang mood kita lebih ceria dan relaks lah macam tu. Bau wangi siapa yang tak suka kan? Bau bauan aroma semulajadi ni memang best bau dia tanpa bahan kimia dan selamat. Persoalannya, tak busuk ke buah orange tu? Tak! Fiza dah kaji awal-awal dah sebab macam best untuk dicuba. Bila buah orange tu kering, akan keluarkan bau yang lebih best. Okay, baik! Memang boleh cuba ni. Nak cuba tapi tak tahu nak buat macamana, boleh ikut tutorial orange-clove pomander ball bawah ni
credit image : homemade-gifts-made-easy.comCara nak buat orange-clove pomander ball ni sangat mudah. Yang penting sediakan bahan-bahan utama tu, buah orange dan bunga cengkih. Untuk cucuk lubang pada buah, kau orang boleh guna pencungkil gigi (toothpicks) yang belum digunakan. Jangan guna yang dah pakai pula ye. Selain riben, kau orang boleh guna dawai untuk menggantung. Ikut kreativiti masing-masing lah
Buat sementara nak beli orange ni, Fiza cuba guna limau nipis lah dulu letak kat dapur. Bunga cengkih pun tak berapa nak ada ni. Guna mana yang ada dulu sementara nak tunggu orange dengan bunga cengkih yang banyak. Boleh juga guna buat halau lalat ni. Lalat kan anti dengan bunga cengkih. Berfungsi sungguh la pomander ball ni, bukan dekorasi semata-mata. Jom kita buat orange-clove pomander ball dan sedut bau sedap hari-hari
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/10/cara-segarkan-bau-rumah-dengan-orange-clove-pomander-ball.html