Cara Saman Pembuli Siber


Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.


Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat, manakala insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.

Jenis-jenis buli siber:
Mesej yang mengganggu dan mengancam.Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.Sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.
Perbandingan antara buli siber dengan buli yang lain

Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli yang lain:
Pembuli siber sukar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar.Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan. Ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka.Pembuli siber lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber.Buli siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
Apakah kesan buli siber?

Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Buli siber adalah salah di sisi undang-undang.

Bagaimana mencegah buli siber?
Amalkan keselamatan internet.Didik anak anda atau pelajar tentang keselamatan internet dan etika melayari internet atau menggunakan telefon yang betul.Jangan kongsi butiran peribadi anda di internet.Awas! Nada dan makna mesej yang ditulis boleh disalah tafsir.Menghantar atau memanjangkan mesej yang kesat atau berunsurkan ancaman adalah tidak wajar dan boleh menyalahi undang-undang.
Apakah tanda-tanda buli siber?

Tanda-tanda buli siber termasuklah:
Mengalami tekanan emosi semasa atau selepas menggunakan internet.Mengasingkan diri dari rakan-rakan dan ahli keluarga.Menjauhkan diri dari perhimpunan sekolah atau kumpulan.Keciciran gred dan mudah marah apabila berada di rumah.Mengalami perubahan emosi, tingkah laku, tidur, atau selera makan.Mahu berhenti menggunakan komputer atau telefon bimbit.Kelihatan gelisah apabila mendapat mesej teks atau e-mel.Mengelakkan perbincangan mengenai aktiviti komputer atau telefon bimbit.
Sekiranya anda adalah mangsa buli siber:
Bincang dengan ibubapa anda, kaunselor sekolah atau guru.Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti.Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.
Apa langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai mangsa buli atau fitnah di media sosial/internet?

1. Bertindak segera

Simpan segala bukti yang ada sebelum dipadamkan. Kadangkala ada status dipadamkan dalam beberapa hari mungkin kerana pelaku dinasihatkan oleh pihak lain untuk memadamkan.

Sebab, kalau dipadamkan, anda sudah tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan anda dan berkemungkinan melemahkan kes.

2. Screenshot bukti-bukti penting

Screenshot penyataan fitnah sebagai bukti bahawa terdapat kenyataan yang memburukkan anda.

Screenshot senarai jumlah 'like', jumlah 'share' dan segala komen-komen pembaca yang berbentuk marah, kebencian, perli atau apa sahaja yang berbaur negatif.

Screenshot profil pelaku yang menunjukkan senarai rakan, senarai follower.

Sebab, berapa jumlah like atau share bagi status yang muat naik adalah bukti berapa banyak orang telah membaca dan kongsi status itu. Sekali gus menunjukkan setakat mana cerita buruk tentang anda telah disebarkan.

Profil pelaku menunjukkan siapa identiti pelaku untuk kita ambil tindakan. Berapa jumlah kawannya dalam sosial media menunjukkan berkemungkinan berapa jumlah pembaca.

Status kebencian menunjukkan bahawa tulisan si pelaku telah berjaya menimbulkan kebencian serta rasa marah oleh orang awam.

Ini semua boleh menjadi pemfaktoran untuk menaikkan jumlan tuntutan ganti rugi saman malu.

3. Buat laporan polis

Selepas lengkap simpan bukti-bukti ini, lebih elok jika dapat 'save' dalam komputer kerana sekiranya telefon anda hilang, sekurang-kurangnya anda ada 'back up'. Buat laporan polis sebagai cover report.

4. Jumpa peguam untuk konsultansi guaman

Dapatkan pendapat peguam sama ada, bukti-bukti anda itu cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah.

5. Tindakan Peguam

Peguam akan memulakan tindakan kebiasaannya melalui surat tuntutan bagi permohonan maaf, memadamkan status, akujanji tidak mengulangi dan ganti rugi.

Sekiranya si penulis enggan berbuat demikian di peringkat ini, anda boleh meneruskan saman sehingga ke mahkamah bagi satu tuntutan ganti rugi dan membersihkan semula nama anda.

Sekiranya atas faktor kos, anda tidak dapat meneruskan langkah 4 dan 5 di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah simpan semua bukti dan hubungi pelaku.

Minta dia padamkan status tersebut jika gagal anda teruskan dengan tindakan undang-undang. Jika dia enggan, simpan bukti-bukti tersebut kerana anda mempunyai masa 6 tahun untuk memulakan tindakan saman berdasarkan Akta Had Masa 1953.

Sebaiknya status fitnah itu dipadam segera supaya reputasi dan nama baik anda tidak terus tercemar sepanjang status itu berada di media sosial. Berhati-hati sewaktu menulis, jangan kerana tulisan badan binasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Menurut Kajian Pembuli Mempunyai Otak Yang Kecil!6 Jenis Riak Tanpa Sedar Di Laman Sosial
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/04/buli-siber-dan-cara-saman-pembuli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Memohon I Lestari Secara Online Tanpa I Akaun

Cara Memohon I Lestari Secara Online Tanpa I Akaun

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 543 hits
Cara Memohon i Lestari Secara Online Tanpa i Akaun Seperti yang sedia maklum PKP telah dilanjutkan selama dua minggu lagi yang dijadual berakhir pada 28 April 2020 Satu inisiatif daripada pihak kerajaan adalah dengan membenar untuk melakuka...
Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Online Tanpa Perlu Email Dan Pos Borang

Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Online Tanpa Perlu Email Dan Pos Borang

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 646 hits
Cara Mohon Pengeluaran i Lestari KWSP Online Tanpa Perlu Email dan Pos Borang Adakah anda ingin memohon pengeluaran akaun 2 KWSP Pengeluaran i Lestari sebelum ini memang agak merumitkan yang mana perlu pengesahan pemilikan telefon bimbit da...
Cara Memulakan Nombor Muka Surat Di Helaian Kedua Microsft Word

Cara Memulakan Nombor Muka Surat Di Helaian Kedua Microsft Word

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 1383 hits
Cara Memulakan Nombor Muka Surat Di Helaian Kedua Microsft Word Microsoft Word adalah suatu program yang paling banyak digunakan oleh pelajar selalunya untuk membuat tugasan atau assignment ataupun untuk membuat
Cara Mohon Pengeluaran Ilestari Kwsp Online Lebih Mudah

Cara Mohon Pengeluaran Ilestari Kwsp Online Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 1385 hits
Berita paling gembira bagi pencarum KWSP yang nak tahu cara mohon pengeluaran iLestari KWSP online yang lebih mudah Sekarang pihak KWSP dah sediakan satu laman web khusus untuk ahli membuat permohonan secara online sahaja Jika sebelum ini k...
Tips Petua Cara Mudah Hilangkan Tangan Yang Pijar Dengan Cepat

Tips Petua Cara Mudah Hilangkan Tangan Yang Pijar Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 2287 hits
AssalamualaikumTips Petua Cara Mudah Hilangkan Tangan Yang Pijar Dengan Cepat Bila main masak masak pegang cili dan haa Mula laa rasa pijar teruk tangan nie Rasa panas je nie pulak tengah stayathome memang masak je laa Aku pulak sejenis suk...
Resepi Mudah Simple Cara Masak Nasi Arab Mudah Cepat Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

Resepi Mudah Simple Cara Masak Nasi Arab Mudah Cepat Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 800 hits
Berjaya juga masak sendiri nasi arab ni Kalau tak asyik teringin teringin dan teringin je Nak elakkan dari terus teringin kita cuba ajelah masak sendiri kan Bukan tak boleh nak beli cuma malaslah nak ke sana Inipun buat guna beras biasa je ...
Terkini Cara Permohonon I Lestari Tanpa Perlu Daftar I Akaun

Terkini Cara Permohonon I Lestari Tanpa Perlu Daftar I Akaun

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 715 hits
Cara Permohonon i Lestari Tanpa Perlu Daftar i Akaun lagi senang sebab tak perlu susah pergi beratur dekat kiosk untuk daftar no telefon Bagus betul pihak KWSP ni memudahkan pemohon untuk memohon dengan hanya mengisi borang secara online Ja...
Lebih 8k Shares Wanita Ini Kongsi Cara Hasilkan Kuey Teow Dengan 3 Bahan Je Senangnya

Lebih 8k Shares Wanita Ini Kongsi Cara Hasilkan Kuey Teow Dengan 3 Bahan Je Senangnya

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 323 hits
Jom hasilkan kuey teow homemade yang dijamin bersih bebas pengawet dan confirm halal small Cover image via Fiza Mh Facebook small Terdapat pelbagai hidangan lazat dan memuaskan yang anda boleh sediakan dengan menggunakan kuey teow sahaja Da...
Waspada Akaun Palsu Yang Menyalahgunakan Identiti Menteri Dalam Negeri Dengan Menawarkan Bantuan Kewangan

Aeon Mall Di Penuhi Superman Cipta Rekod Terbaru

Terima Kasih Kerana Membuatku Tersenyum

My Brother Hasn T Been Confirmed Dead Yet So Take Down Those Postings

Mca Smart Parking System Should Not Harm But Protect Local Govt Authorities Malaysian Citizens

Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan

Resepi Acar Ikan Aya Tongkol Dari Terengganu

Provokasi Anggota Dbkl Guna Parang Seorang Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Masak Cuka Dan Takdir

Resepi Daging Masak Kicah Berempah

10 Teknik Belajar Paling Efektif Untuk Pelajar Sekolah Menengah

Kesan Tidur Lewat Setiap Hari Lebih Serius Daripada Yang Anda Sangka

Luahan Hati

Apa Itu Grave Disease Kenali Punca Gejala Dan Kenapa Ia Bukan Kanser Tiroid