Cara Print Nama Pada Sijil Yang Banyak Dengan Cepat
“Ada 100 lagi sijil yang kena siapkan. Takkan la aku nak isi nama satu persatu dan padam semula. Patah jari aku nak kena siapkan semua ni. Kalau lah ada cara print nama pada sijil dengan cepat."
Pernah tak anda alami situasi di atas? Kalau untuk print sijil setakat 10 keping tidak ada masalah. Sekejap sahaja boleh siap dengan copy and paste nama dan nombor kad pengenalan satu persatu. Tetapi, apabila melibatkan jumlah yang banyak, mesti rasa tertekan. Tambahan pula, majlis untuk penyerahan sijil adalah pada keesokan hari. Tapi jangan risau, anda boleh cuba guna teknik ‘mail merge’ ini untuk print nama pada sijil dengan cepat yang mana memudahkan hidup anda
Tutorial lengkap ini sebenarnya disediakan oleh Cikgu Izzati Hamid, sempena dengan Majlis Pelantikan Asrama di sekolah beliau. Memang mudah, sekejap saja dah siap
Jom kita lihat cara membuatnya di bawah
Cara Print Nama Pada Sijil Yang Banyak Dengan Cepat
1. BUKA MICROSOFT WORD
Buka Microsoft Word dan buat template sijil yang anda nak print nanti. Bahagian NAMA dan KAD PENGENALAN dibiarkan kosong kerana kita akan hubungkan dengan senarai nama dalam Microsoft Excel secara automatik
2. BUKA MICROSOFT EXCEL
Buka Microsoft Excel dan COPY siap-siap nama dan nombor kad pengenalan mereka. Kemudian, SAVE. Tujuan membuat senarai ini adalah supaya ia menjadi ‘database’ bagi template sijil yang telah dibuat tadi. Font dan saiz tulisan kalau tak tukar tak mengapa, tapi kena setting dalam Word nanti
3. MULAKAN ‘MAIL MERGE’ DI MICROSOFT WORD
Pegi balik dekat fail Microsoft Word yang ada template sijil itu tadi.
Pilih:
MAILINGSSTART MAIL MERGEKlik STEP-BY-STEP MAIL MERGE WIZARDPilih LETTERSKlik NEXT: STARTING DOCUMENT
Pilih USE THE CURRENT DOCUMENT Klik NEXT: SELECT RECIPIENTS
4. PILIH SENARAI FAIL MICROSOFT EXCEL TADI
Seterusnya, kita akan hubungkan senarai nama pelajar dalam Microsoft Excel tadi dengan template sijil yang telah dibuat dalam Microsoft Word
Pilih USE AN EXISTING LISTTekan BROWSEPilih Senarai Nama yang nak print tadiKlik OPEN
Pilih SHEET nama tadiKlik OK
Paparan akan keluar macam ini dan klik OK
5. MERGE’ DATA
Sekarang, senarai tadi telah dihubungkan dengan template sijil ini. Kemudian, kita akan ‘merge’ data pada bahagian NAMA dan NOMBOR KAD PENGENALAN satu persatu
Klik NEXT: WRITE YOUR LETTER
Select’kan perkataan NAMA pada sijilKlik MORE ITEMSPilih NAMAKlik INSERTTekan CLOSESekarang, data yang terdapat di bawah ‘row’ NAMA dalam Microsoft Excel tadi telah dihubungkan dengan template ini
Ulang langkah yang sama untuk perkataan NO KAD PENGENALAN
6. PREVIEW
Klik NEXT: PREVIEW YOUR LETTERS
Klik NEXT: COMPLETE THE MERGE
7. PRINT
Sekarang, semua data telah disetkan dalam template dan sedia untuk dicetak. Kalau dah yakin, boleh klik PRINT. Kalau rasa was-was, boleh cuba cetak di atas kertas biasa terlebih dahulu. Kalau terlalu banyak sijil untuk dicetak, buatlah separuh-separuh. Mana tahu takut printer tersangkut nanti. Selamat mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nicknashram.com/2019/01/cara-print-nama-pada-sijil-yang-banyak-dengan-cepat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+nicknashram87+(Nick+Nashram)