Cara Permohonan Semakan Tuntutan Wang Tidak Dituntut 2023
Cara Permohonan & Semakan Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) 2023. Makluman untuk rakyat Malaysia, kini anda boleh segera dengan mudah membuat tuntutan wang anda yang masih belum dituntut di Jabatan Akauntan Negara Melalui portal rasmi eGUMIS.
Melalui sistem eGUMIS, kini telah pun dilancarkan secara rasmi untuk memudahkan urusan dalam semakan wang tak dituntut oleh rakyat Malaysia secara online.Pada Permulaan,Sistem ini dijangka beroperasi suku kedua pada tahun 2018 namun,i a telah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu oleh kerajaan Malaysia yang telah menetapkan.
Jadi bermula pada tahun 2020 bersamaan 1 Januari , eGUMIS sekarang boleh diakses secara sepenuhnya dan percuma untuk semak wang yang tidak dituntut (WTD) oleh rakyat Malaysia.Semakan boleh dibuat oleh anda sama ada dengan menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat) yang berdaftar. Secara umumnya, sekarang bagi bulan Januari anda boleh membuat semakan dengan mudah untuk membuat tuntutan wang yang anda tidak tuntut sebelum ini. Sila Ikuti cara-cara tuntutan dan berserta makluman lain.
Saluran Terpantas Pengumuman Rasmi Kerajaan :
Cara Permohonan & Semakan Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) 2023
Apakah Itu Wang Yang Tak Dituntut (WTD)?
WTD ialah merupakan sejumlah bilangan wang milik mana-mana oleh individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya. Umumnya,Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya yang asal dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Kerajaan Malaysia amatlah telus dalam hal-hal kewangan sehingga tidak mengambil sewenang-wenangnya duit hak milik rakyat Malaysia.
Terdapat sejumlah wang yang tidak dituntut oleh rakyat Malaysia sehingga sekarang. Pada tahun 2019, telah dicatatkan bahawa sebanyak RM10 billion lebih wang tidak dituntut oleh rakyat Malaysia. Sehingga kini, masih terdapat banyak lagi wang yang masih belum dituntut.
Wang yang tak dituntut atau dikenali WTD ini juga ialah merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun. Oleh itu, kewujudan portal eGUMIS adalah untuk membantu dan memberi keadilan kepada pemilik sebenar wang.
Kategori-kategori WTD:
gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
dividen;
keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Selain itu, wang dalam akaun yang masih tidak aktif selama tujuh tahun juga akan termasuk dalam WTD. Contohnya:
Akaun simpanan;
Akaun semasa;
Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
eGUMIS : Cara Semakan Wang Tidak Dituntut(WTD) Secara Online 2023
Bagi memudahkan urusan semakan wang tidak dituntut (WTD) telah diwujudkan sistem kepada anda secara online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan satu portal guna untuk awam iaitu, eGUMIS.
Bagi menggunakan sistem eGUMIS tersebut, anda boleh ikuti beberapa langkah mudah seperti yang tertera di bawah:
Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Untuk pendaftaran pengguna secara atas talian(online). Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara bagi log masuk ke portal eGUMIS.
Untuk log masuk portal, anda boleh menggunakan kata laluan yang sementara yang seperti yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
Kemudian,kemaskini maklumat pengguna.
Seterusnya, anda boleh Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” bagi membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada) dan perlu.
Bagi fasa awal, sistem eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang(2022).
Sistem eGUMIS ini hanya membenarkan anda untuk membuat carian sebanyak 2 kali sehari sahaja.
Sekiranya anda terdapat amaun wang yang boleh dituntut,Sila tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.
Proses Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2023
Sekiranya anda mempunyai jumlah Wang Tak Dituntut (WTD),anda boleh membuat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank anda yang terkini.
Permohonan tuntutan WTD hanya layak untuk pihak-pihak seperti dibawah:
Pemilik WTD sendiri;
Merupakan Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka ditetapkan;
Merupakan pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
Merupakan seorang Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat atau firma yang bubar atau individu yang bankrap
Setelah anda membuat tuntutan, wang anda akan diproses dalam beberapa tempoh dan biasanya ia mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.
Maklumat Lanjut
Anda boleh merujuk garis panduan dalam tuntutan WTD melalui pdf dibawah:
Brosur Untuk Panduan Permohonan Tuntutan WTD
Bagi memudahkan urusan semakan anda, anda boleh merujuk manual pengguna:
eGUMIS UserManual
Demikianlah dikongsikan cara mudah untuk anda mendapat wang anda yang masih belum dituntut. Anda jangan lepaskan peluang untuk mengambil inisiatif hasil dari kemudahan dan ketelusan kerajaan Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/07/wang-tidak-dituntut.html