Jimat Masa Naik Monorail Dan Lrt Untuk Ulang Alik Ke Pejabat


Petang semalam, k.fiezz tukar naik monorail dari pejabat untuk balik rumah. Kawan pejabat k.fiezz yang ajar. Sebab masa k.fiezz sembang-sembang dengan dia, k.fiezz duk cerita lah sekarang ni kena tukar naik 3 lrt & 1 bas pergi balik rumah & pejabat. Kawan k.fiezz cakap kenapa tak naik monorail je sebab tukar tren kat stesen hang tuah ada LRT & Monorail. Naik monorail tak payah k.fiezz nak tukar-tukar LRT lepas tu naik bas..Kalau naik monorail ni, total 2 pengangkutan awam je k.fiezz kena naik untuk ke pejabat waktu pagi & balik rumah waktu petang Jadi k.fiezz boleh skip naik 2 lrt & 1 bas.

Senang faham, macam ni setiap hari rutin sis
dari rumah ke Stesen Hang Tuah : LRT pertamadari Stesen Hang Tuah - ke Stesen Masjid Jamek : LRT keduadari Stesen Masjid Jamek - ke SOGO : Basdari Stesen SOGO - ke Stesen Sultan Ismail : LRT ketiga
Sebenarnya dah banyak kali kawan pejabat beritahu pasal naik monorail ni tapi sis was-was sebab sis pengguna MY50 setiap bulan untuk naik LRT. K.fiezz ingatkan tak boleh guna MY50 ni kat Monorail. Kalau tak boleh guna, dah jadi tambah duit untuk tambang monorail. 
Sekali rupanya boleh guna juga MY50 ni untuk monorail sebab 2 pengangkutan ni bawah syarikat yang sama. Derrrr..Napa lah tak nak cuba..Aihhh.

Oo untuk yang tak tahu laluan LRT ke SOGO masih dalam proses pembaikan sebab rosak awal tahun haritu. Jadi sekarang ni semua tren sampai di Masjid Jamek saja.Untuk yang nak meneruskan perjalanan ke SOGO, bas disediakan..Cuma untuk naik bas kena melintas jalan kat depan Masjid Jamek tu. K.fiezz part nak melintas depan masjid jamek tu seriau...Kereta laju-laju. Traffic light pula lama betul ambil masa nak tukar ke merah untuk bagi laluan pejalan kaki melintas. Rasa macam bertarung nak melintas kat situ  untuk naik bas setiap hari..

Lepas ni naik monorail senang sikit, satu bumbung je kat stesen Hang Tuah. Tak payah nak keluar lintas jalan..Cuma turun naik tangga & eskalator je.

NAIK MONORAIL
Petang semalam kawan k.fiezz tunjukkan cara naik monorail dari pejabat untuk balik rumah. Depan pejabat yang k.fiezz bertugas sekarang ni sebenarnya memang ada laluan pejalan kaki untuk ke stesen LRT dan juga Monorail cuma laluan dia berbeza..Nak ke LRT sebelah kanan & Monorail sebelah kiri (maksudnya pejalan kaki ni bersambung dari jejantas depan pejabat smpai lah depan stesen LRT dan monorail). Tak payah nak lintas-lintas jalan sebab laluan pejalan kaki dah sedia ada. Cuma jarak nak ke stesen LRT 7 minit berbanding monorail 10-15 minit tapi dalam situasi sekarang untuk menjimatkan masa, naik monorail pilihan terbaik sebab sis cuma kena naik 2 pengangkutan awam saja untuk ke pejabat & balik rumah.   
Kebetulan semalam k.fiezz sampai pejabat awal jadi boleh lah keluar on time 4.30. Jalan kaki nak ke stesen Monorail dalam 10 minit lebih kurang..Naik monorail kat area pejabat ni, turun kat stesen Hang Tuah. Tukar naik LRT pula untuk balik rumah, dalam 5.45 macam tu dah sampai stesen kat rumah. Jimattt masa..Sebelum ni naik LRT, k.fiezz sampai rumah pukul 6 lebih..Lepas tu penat lagi sebab bertukar-tukar tren 3x & bas sekali...Ni tukar 2x je..Yeay...Buat sementara sampai LRT elok balik seperti asal, k.fiezz guna monorail dulu..Dengarnya LRT tu setahun lagi baru elok..Pfffttt stress dengar sebab haritu pakcik mr hubby yang cakap. Dia kerja driver bas Rapid..Kebetulan ke rumah dia minggu lepas. K.fiezz tanya lah bila elok LRT tu..Katanya setahun..Mak aihhhh.

CUBA NAIK MONORAIL WAKTU PAGI
Pagi tadi sis cuba naik monorail dari Stesen Hang Tuah untuk ke stesen area pejabat..Sampai kat situ pukul 7.28, jalan kaki sampai office & thumb in pukul 7.39..Wahhh kira awal juga ni sebab naik LRT, biasa k.fiezz sampai office 7.45 ke atas..So naik monorail ni lagi jimat masa...Legaaa ada solution yang memudahkan sis untuk berulang alik hari-hari rumah ke pejabat, pejabat ke rumah..


Biasalah pagi-pagi ramai orang masuk ke pejabat..


Dalam monorail. Lebih kurang 5 stesen je dari Hang Tuah untuk ke stesen area pejabat k.fiezz..


Laluan pejalan kaki berbumbung dari stesen monorail yang bersambung terus sampai ke jejantas depan pejabat..Sepanjang laluan pejalan kaki berbumbung ni ramai gelandangan tidur kiri kanan...Seriauu juga lalu kat sini tapi dalam hati jangan lah korang macam-macam yea.. Sis nak lalu je untuk ke tempat kerja, mencari rezeki..Nasib baik ramai pengguna lain yang ada waktu pagi jadi kurang lah sikit rasa seriau tu takut kena kacau ke apa..

Overall naik monorail ni menjimatkan sikit masa sis untuk ulang alik setiap hari ke pejabat dan balik rumah...Jadi lepas ni naik LRT dari rumah ke Stesen Hang Tuah & tukar naik monorail dari Stesen Hang Tuah ke stesen area pejabat

Pssttt - Ada hikmah bila kena tukar ke pejabat sekarang sebab ada kemudahan pengangkutan awam yang mudahkan sis sebagai pengguna pengangkutan awam tegar..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/12/Jimat-Masa-Naik-Monorail-dan-LRT-Untuk-Ulang-Alik-Ke-Pejabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berat Saya Naik 28kg Masa Hamil Anak Pertama Tasha Shilla Kongsi Tip Maintain Cantik

Berat Saya Naik 28kg Masa Hamil Anak Pertama Tasha Shilla Kongsi Tip Maintain Cantik

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 130 hits
Selepas melahirkan cahaya mata bukan mudah bagi seorang ibu untuk menjaga penampilan diri malah tampil cantik dan langsing Namun tidak bagi pelakon Tasha Shilla yang berjaya mengekalkan berat badan idealnya biarpun sudah punya anak dua Biar...
Foto Aksi Pendukung Ganjar Mahfud Naik Sisingaan Deklarasi Kampanye Damai Pemilu 2024 Di Kpu

Foto Aksi Pendukung Ganjar Mahfud Naik Sisingaan Deklarasi Kampanye Damai Pemilu 2024 Di Kpu

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 173 hits
Aksi ini sebagai bentuk untuk mendeklarasikan kampanye damai Pemilu tahun 2024 untuk menandai dimulainya masa kampanye pada 28 November
Momen Gibran Bersama Puluhan Vetaran Naik Kereta Uap Jaladara

Momen Gibran Bersama Puluhan Vetaran Naik Kereta Uap Jaladara

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 161 hits
Pemerintah Kota Solo juga ingin mengembangkan model model wisata dengan konsep kereta uap
Guan Eng Cadang Peruntukan Adun Kerajaan Naik Kepada Rm800 000 Setahun

Guan Eng Cadang Peruntukan Adun Kerajaan Naik Kepada Rm800 000 Setahun

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 128 hits
ADUN Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500 000 setahun untuk kesemua Adun kerajaan ditambah kepada RM800 000 sama seperti di Selangor Lim berkata perkara itu dicadangkan memandangkan prestasi kewangan keraja...
Mahfud Md Kampanye Perdana Di Sabang Aceh Guru Ngaji Hingga Marbot Dijanjikan Naik Gaji

Mahfud Md Kampanye Perdana Di Sabang Aceh Guru Ngaji Hingga Marbot Dijanjikan Naik Gaji

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 227 hits
Mahfud MD bertekad untuk meningkatkan taraf perekonomian guru ngaji tenaga pendidik keagamaan dan marbot masjid
Exco Terengganu Jumpa Kekasih Lama Punca Kes Cerai Naik

Exco Terengganu Jumpa Kekasih Lama Punca Kes Cerai Naik

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 335 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kadar perceraian di Terengganu mencatat peningkatan dengan ada pasangan bercerai kerana berjumpa dengan kekasih lama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu M...
Ganjar Protes Macet Tetapi Tetap Naik Mobil Pribadi Iya Enggak

Ganjar Protes Macet Tetapi Tetap Naik Mobil Pribadi Iya Enggak

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 72 hits
Menurut Ganjar perlu adanya transisi energi yang bersih Tetapi prosesnya tidak bisa instan Perlu adanya kesiapan
Berita Gembira Gaji 2024 Naik 5 1 Menurut Kajian Mercer

Berita Gembira Gaji 2024 Naik 5 1 Menurut Kajian Mercer

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 190 hits
Gaji 2024 Naik 5 1 Rakyat Malaysia bakal ada kenaikan gaji 2024 naik 5 1 Ini adalah merujuk kepada kajian jumlah saraan tahun 2023 Walaubagaimanapun dicatatkan pertumbuhan lebih rendah berbanding purata 5 2 peratus di Asia yang mana akan di...
Is The Lrt The Best Option For Jb

Is The Lrt The Best Option For Jb

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 217 hits
Malaysia s southernmost city Johor Bahru covers an area of 373km In contrast the size of Singapore is 719km and is home to approximately six million people That means JB city itself is half the size of Singapore However the whole of Souther...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco