27 000 Rumah Dah Overhang Harga Rumah Nak Naik Lagi



'OVERHANG' ialah hartanah yang siap dibina dan sedia untuk digunakan, namun tidak terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.
Manakala hartanah 'UNSOLD' pula terbahagi kepada dua, bergantung kepada tahap pembinaanya.
'UNSOLD NOT CONSTRUCTED' ialah hartanah yang belum dibina dan belum terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.
'UNSOLD UNDER CONSTRUCTION' pula ialah hartanah yang dalam pembinaan tetapi belum terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.
April 2023 media melaporkan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan data dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 27,746 rumah tak terjual.
Jumlah unit kediaman itu dikategorikan sebagai 'siap dibina tetapi tidak terjual atau 'overhang' dan bernilai RM18.41 bilion dicatat setakat akhir Disember 2022, iianya menurun berbanding 36,863 unit bernilai RM22.79 bilion, tahun sebelumnya.
Johor mengekalkan jumlah dan nilai tidak terjual tertinggi dalam negara dengan 5,258 unit bernilai RM4.33 bilion.
Diikuti Selangor dengan 3,698 unit bernilai RM2.74 bilion, Pulau Pinang (3,593 unit bernilai RM2.74 bilion) dan Kuala Lumpur (3,429 unit bernilai RM3.15 bilion).
"Status hartanah kediaman siap tidak terjual yang berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 9,323 unit bernilai RM6.29 bilion atau 33.6 peratus diikuti kediaman berharga antara RM300,000 hingga RM500,000 membabitkan 8,128 unit bernilai RM3.29 bilion (29.3 peratus).
"Bagi hartanah kediaman di bawah RM300,000 tidak terjual adalah sebanyak 6,509 unit bernilai RM1.34 bilion dan kediaman bernilai RM1 juta serta ke atas adalah sebanyak 3,785 unit bernilai RM7.5 bilion,"
Antara faktor menyebabkan masih banyak hartanah kediaman tidak terjual, ianya dikatakan berpunca darikeupayaan rakyat memiliki sesuatu hartanah, selain lokasi tidak menepati permintaan atau kesesuaian.
"Hanya Melaka menjadi satu-satunya negeri yang nisbah harga rumah mampu miliknya menepati keupayaan pembeli.
"Sebagai contoh, keupayaan rakyat di sesebuah negeri itu adalah RM200,000 tetapi kediaman yang dibina bernilai RM250,000, jadi itu juga trend yang kita lihat berlaku.
"Oleh sebab itu, pemaju perumahan perlu membuat penilaian berdasarkan kemampuan rakyat di negeri berkaitan, NAPIC ada angka itu. Apabila hartanah kediaman disiapkan melebihi keupayaan rakyat, jadi ia sukar dijual,"
Pertengahan 2023 pula media melaporkan rumah teres, rumah bertingkat tinggi dan rumah berkembar dua masing-masing naik sebanyak 3.7 peratus, 3.4 peratus dan 2.9 peratus.
Harga kediaman berharga RM500,000 ke atas dijangka meningkat sebanyak 25 peratus.
Dan tahun depan dijangka naik lagi..
PETALING JAYA: Ejen hartanah meramalkan harga dan sewa kediaman akan meningkat hampir 10 peratus pada tahun depan, menurut Tinjauan dan Indeks Harta IQI – Malaysia S4 2023, yang dikeluarkan semalam.
Menurut tinjauan tersebut, ejen-ejen hartanah meramalkan harga kediaman akan meningkat 9.95 peratus manakala sewa kediaman akan naik 9.57 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Malah di Selangor dan Kuala Lumpur, pemain industri menjangkakan harga kediaman akan meningkat sebanyak 9.7 peratus manakala sewa kediaman naik 9.9 peratus.
“Ejen mungkin mengesyorkan beli kerana mereka menjangkakan peningkatan ketara dalam harga jualan dan sewa pada 2024. Keyakinan ini mungkin berdasarkan trend ekonomi, aliran masuk pelaburan, penambahbaikan infrastruktur dan dinamik permintaan serta bekalan,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpuan Juwai IQI, Kashif Ansari dalam kenyataan.
Beliau berkata, tinjauan dijalankan antara 1 hingga 22 November lalu melibatkan 203 ejen dan perunding hartanah di seluruh negara, kecuali Perlis.
Kata beliau, berdasarkan tinjauan itu, hanya lima peratus daripada responden menjangkakan harga akan jatuh, manakala hanya tiga peratus meramalkan sewa kediaman turun... laporan penuh sila baca di SINI
Kalau pada harga yang dikatakan mampu milik pun ramai rakyat Malaysia hanya mampu tengok.. bagaimana agaknya jika harga meningkat lagi?
Adakah Kerajaan mahu menunggu sehingga rakyat terpaksa membina rumah di bawah 'Flyover' atau di tapak perkuburan seperti di Filipina untuk bertindak mengawal kenaikkan harga rumah ini atau bagaimana?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/12/27000-rumah-dah-overhang-harga-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Barang Lama Nak Simpan Tak Sedar Jadi Toksin Dalam Rumah

Semua Barang Lama Nak Simpan Tak Sedar Jadi Toksin Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 340 hits
Jangan buang tu mak nak simpan Acapkali kita dengar bila mana sesekali kita membantu proses pembersihan membuang barang lama di rumah Tak pasti untuk apa barang barang lama dan barang tidak dipakai ini disimpan Tanpa sedar inilah toksin yan...
Guan Eng Cadang Peruntukan Adun Kerajaan Naik Kepada Rm800 000 Setahun

Guan Eng Cadang Peruntukan Adun Kerajaan Naik Kepada Rm800 000 Setahun

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 131 hits
ADUN Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500 000 setahun untuk kesemua Adun kerajaan ditambah kepada RM800 000 sama seperti di Selangor Lim berkata perkara itu dicadangkan memandangkan prestasi kewangan keraja...
Tak Ada Duit Nak Makan Tetamu Tak Diundang Minta Izin Tuan Rumah Letak Nota Kecil Dalam Sampul

Tak Ada Duit Nak Makan Tetamu Tak Diundang Minta Izin Tuan Rumah Letak Nota Kecil Dalam Sampul

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 126 hits
malaysiadateline comOleh MAISARAH AISYA28 11 2023Selalunya yang hadir ke majlis adalah kenalan rapat pengantin serta sanak saudara yang dijemput keluarga Namun ada juga tetamu yang tak diundang hadir ke majlis ada yang datang tanpa rasa mal...
Panglima Tni Pastikan Ulp Prajurit Naik Dari Rp88 000 Jadi Rp202 000

Panglima Tni Pastikan Ulp Prajurit Naik Dari Rp88 000 Jadi Rp202 000

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 120 hits
Prajurit TNI yang bertugas di Papua menjadi kelompok pertama yang menerima kenaikan ULP itu dari Rp88 000 menjadi Rp202 000 pada 2024
Berhijrah Nak Samakan Dengan Nabi Aunn Percaya Dia Ni

Berhijrah Nak Samakan Dengan Nabi Aunn Percaya Dia Ni

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 127 hits
Nabi berhijrah untuk berdakwah dan sebarkan islam kau Raja Petra berhijrah sebarkan fitnah jangan disamakan dengan nabi bangkai
Kempunan Nak Makan Asam Pedas Melaka

Kempunan Nak Makan Asam Pedas Melaka

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 188 hits
Dah macam kisah Mak Timah merajuk sebab kempunan telur ikan tembakul dalam cerita batu belah batu bertangkup lah pula Tapi kita kempunan tak pergi batu belah batu bertangkup Kita pergi membawa diri makan di kedai lain je Haritu pergi melawa...
Tak Nak Cantik Je Song Jihyo Ulas Bakat Lakonannya

Tak Nak Cantik Je Song Jihyo Ulas Bakat Lakonannya

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 264 hits
Seorang pelakon mesti lah mahu meyakinkan penonton dengan bakat mereka kan ARTIKEL BERKAITAN Umum mengetahui bahawa Song Ji hyo bakal kembali dengan filem barunya A Meeting House Dalam acara amal Jenny House pelakon wanita itu sempat berkon...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid