Cara Pergi Ke Nami Island Dari Seoul Korea



Mungkin anda bercadang untuk datang ke Nami Island selama berada di Korea. Tapi tak tahu cara terbaik untuk pergi ke sana. Jadi anda boleh ikuti perkongsian ini berdasarkan pengalaman sendiri bergerak dari Seoul.

Alhamdulillah, aku sempat berada seharian di Nami Island ketika 6 hari berada di Korea pada Mac sebelum ini. Dalam itu juga, aku sempat kongsikan pengalaman bersama itinerari lengkap sebagai panduan untuk anda yang ingin datang ke sini.
Secara asasnya, kalau anda research di internet ada 3 cara untuk anda pergi ke Nami Island iaitu dengan menaiki train (ITX atau subway), shuttle bus dan memandu kereta sendiri.
Tapi untuk pengalaman aku sendiri menaiki train subway dan dan bagi aku adalah yang terbaik kerana ianya adalah yang paling murah dan tidaklah terlalu lama perjalanannya. Untuk perjalanan daripada Hongik Universiti ke Nami Island dengan jarak lebih kurang 80km hanya mengambila masa 2 jam 10 minit sahaja.
Sebelum itu, aku juga akan terangkan secara ringkas untuk cara-cara lain juga untuk anda pergi ke Nami Island.

#1.  Cara Untuk Pergi Ke Nami Island Dengan KeretaMungkin selama di Korea, anda hanya sewa kereta dan buat keputusan untuk mamandu sahaja terus ke Nami Island. Pasti ianya pilihan terbaik kerana anda sudah memiliki kereta dan lebih selesa kerana anda tidak perlu menunggu dan bebas untuk bergerak pada bila-bila masa.
Tapi sekiranya anda tidak menyewa kereta tapi ingin buat tempahan khas secara private untuk ke Nami Island, anda boleh sahaja tempah Seoul and Suburbs Private Car Charter yang disediakan juga bersama driver.

Anda boleh memandu dengan hanya berpandukan Naver App yang hanya mengambil masa 1 jam 26 minit sahaja. Anda akan terus dibawa ke Jeti Nami Island.
#2.  Cara Untuk Pergi Ke Nami Island Dengan Shuttle BusSelain itu, jika anda tidak ada masa untuk rancang perjalanan untuk ke Nami Island, anda boleh sahaja menggunakan Shuttle Bas yang disediakan. Mungkin antara pilihan yang paling mudah berbanding naik train kerana ianya akan bawa anda terus ke Nami Island dan kawasan sekitar daripada bandar Seoul.

Terdapat 3 tempat pickup point untuk anda naik tour bus tersebut iaitu di Hongik Univ. Station, Myeondong Station, dan Dondaemu History & Culture Park Station. Dari sinilah, ianya akan bawa anda terus ke Nami Island serta tempat-tempat menarik yang lain.
Anda boleh pilih tarikh yang sesuai dengan anda. Bukan itu sahaja, anda boleh pilih tempat menarik mana lagi yang anda boleh lawati selain Nami Island. Kerana diberhampiran, anda boleh pergi ke Petit France, Italian Village, Gangchon Rail Bike, Garden of Morning Calm dan ramai lagi.
Anda boleh buat tempahan shuttle bus to Nami Island disini dan pilih mengikut pakej yang ditetapkan. Berbaloi untuk anda habiskan seharian luar daripada bandar Seoul.
#3.  Cara Untuk Pergi Ke Nami Island Dengan TrainCara ketiga untuk anda pergi ke Nami Island adalah dengan menaiki train daripada banda Seoul terus ke Nami Island iaitu sama menggunakan ITX Train atau Subway
a)  Dengan menggunakan ITX TrainJika anda menggunakan ITX Train, anda tidak boleh menggunakan kad T-money anda. Oleh itu, anda perlu beli tiket khas terlebih dahulu. Anda boleh buat sama secara tempahan awal atau reservation terlebih dahulu atau boleh beli tiket di stesen.
Untuk buat tempahan awal, anda boleh buat di website Korail disini dan kemudian ikut arahan sehingga selesai. Anda boleh naik di 2 tempat iaitu sama ada di Yongsan Station atau Cheongnyangi Station. Perjalanan hanya mengambil lebih kurang 60 minit sahaja terus ke Gapyeong Station.

Untuk info, train station paling hampir di Nami Island adalah di Gapyeong Station. Jadi kalau anda naik train, boleh search untuk turun di stesen tersebut sebelum ambil bas untuk terus ke jeti Nami Island sebelum ke pulau tersebut.
Harga untuk ITX Train adalah 6,900 Won untuk sehala. Jadi kalau return ticket lebih kurang 13,800 Won (~RM48)
b)  Dengan menggunakan subwayCara yang paling murah untuk yang nak pergi ke Nami Island dan cara ini aku gunakan adalah dengan menaiki Subway sahaja. Walaupun ianya mengambil masa yang lama sekitar 2 jam, tetapi ianya murah dan mudah kerana anda boleh gunakan T-money sepanjang perjalanan.

Aku buat pilihan ini sebab tidak mahu terikat dengan jadual waktu sebagai contoh jika menaiki bas. Kemudian memang nak spent seharian perjalanan dan berada di Nami Island. Jadi masa bukanlah masalah walaupun ianya mengambil masa yang lama. Tambang juga murah sekitar 1,500 Won sahaja. Jika pergi balik, baru 3,000 Won (~RM10) sahaja.
Caranya aku bergerak daripada Hongik Univ. Station dan ambil Line Gyeongui-Jungang dan kemudian tukar train di Mangu Sation dengan ambil Line Gyeongchun untuk terus ke Gapyeong Station.
Dari Gapyeong Station Ke Nami IslandJika anda menaiki train sama ada ITX Train atau Subway, anda akan turun di Gapyeong Station. Jadi dari sini anda juga ada 3 pilihan untuk terus ke Nami Wharf (jeti) iaitu dengan teksi, menaiki bas singgah (harian) atau tour bus.
i)  TeksiAnda boleh ambil taksi daripada Gapyeong Station ke jeti Namis Island dengan harga 4,000 Won untuk sebuah iaitu sekitar 4 orang. Anda boleh dapatkan teksi betul-betul di perhentian Gapyeong Station tersebut. Hanya ambil masa 5 minit untuk sampai ke jeti.
ii)  Tour BusUntuk tour bus, anda perlu menunggu betul-betul hadapan stesen Gapyeong (tidak perlu seberang jalan). Disini anda perlu tunggu bas berwarna merah atau hijau yang tertulis Gapyeong City Tour Bus. Anda boleh beli tiket di dalam bas. Boleh bayar menggunakan T-money atau secara cash iaitu dengan harga 8,000 Won (dewasa) dan 6,000 (kanak-kanak). Bawah 3 tahun percuma.

Hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk sampai ke jeti Nami Island. Tetapi yang menariknya, bas ini juga anda boleh naik untuk pergi ke kawasan sekitar dan tempat-tempat menarik tanpa had untuk seharian. Anda boleh pergi ke Petite France, Gapyeong Rail Bike dan Morning Calm.
Anda boleh tengok jadual dibawah untuk waktu perjalanan bagi Gapyeong City Tour Bus. Jadi anda boleh rancang bila untuk datang dan pulang dari Nami Island selepas ini.

iii)  Bas HarianSeperti biasa, cara yang paling murah tetapi tetap sampai ke Nami Island adalah dengan menaiki bas harian sahaja. Untuk pergi ke jeti Nami Island, anda hanya perlu tunggu di perhentian bas sebarang jalan di Gapyeong Station dan kemudian ambil bas no. 10-4 yang akan bawa anda terus ke jeti Nami Island. Ambil masa 5 minit sahaja

Anda hanya perlu swipe T-money dengan harga 1,250 Won sahaja. Jadi kalau pergi balik, baru 2,500 Won (~RM8.50).
Anda juga boleh rujuk jadual waktu perjalanan bas tersebut bagi memudahkan anda rancang pergi dan balik ke Nami Island.

Terus Ke Nami IslandJadi sekiranya anda sudah sampai ke jeti Nami Island, anda ada dua pilihan untuk ke Nami Island iaitu dengan menaiki feri atau skyline zipwire dengan terbang terus ke pulau tersebut.
Untuk zipwire berharga 49,900 Won (~RM170). Anda akan merentasi sungai untuk terus ke Nami Island yang hanya mengambil masa 1 minit sahaja. Anda boleh dapatkan pas secara online disini atau beli di kaunter. Harga tersebut adalah termasuk untuk feri ketika pulang. Tiada zipwire untuk pulang tau.

Manakala untuk tiket feri pula, juga anda boleh beli tiket disini secara online atau beli di kaunter dengan harga 16,000 Won (~RM54) untuk dewasa dan 13,000 Won untuk kanak-kanak. Bawah 3 tahun percuma. Ianya tiket untuk pergi dan balik.

Waktu perjalanan feri adalah setiap 10 minit dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Nami Island dibuka seawal 8.00 pagi dan tutup pada pukul 9.00 malam.

Jumlah Kos Keseluruhan
Hongik Univ ke Gapyeong Station (Subway) = 1,500 Won (3,000 Won Return)Gapyeong Station ke Jeti Nami Island (Bas) = 1,250 Won (2,500 Won Return)Tiket Nami Island (Feri) = 16,000 WonTotal = 21,500 Won (~RM74)
KesimpulanUntuk pengalaman aku sendiri bergerak seramai 14 orang. Tiada masalah untuk aku menggunakan Subway terus ke Nami Island. Lagi pula, kami memang setiap hari menggunakan Subway dari Hongik Univ. Station tersebut. Jadi sudah biasa semuanya.
BACA : Itinerari 6 Hari Berada Di Seoul, Korea
Walaupun ambil masa yang lama, tapi kami keluar rumah awal, jadi sampai awal dan kami juga pulang tidak terlalu lewat. Just nice sahaja. Lagi pula perjalanan kami lebih murah. Orang dalam train pun tak ramai. Jadi memang kami duduk sahaja sepanjang perjalan sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya untuk anda yang baru sahaja bercadang untuk ke Nami Island, Korea.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/03/cara-pergi-ke-nami-island-dari-seoul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Pilih Travel Insurance Yang Tepat Di Malaysia

Cara Pilih Travel Insurance Yang Tepat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 421 hits
Dah rancang nak pergi bercuti kemana mana Dah ambik travel insurance Kalau belum postingan ini memang perlu korang baca dan fahami supaya dapat mengelakkan perkara perkara yang tidak diingini berlaku semasa percutian terutamanya di luar neg...
Lepas Bersalin Nak Cepat Sembuh Doktor Ini Kongsikan Cara Jaga Luka Yang Ibu Boleh Buat

Lepas Bersalin Nak Cepat Sembuh Doktor Ini Kongsikan Cara Jaga Luka Yang Ibu Boleh Buat

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 176 hits
Menurut Dr Jalina Karim yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Kejururawatan Fakulti Perubatan Pusat Perubatan UKM ketika proses bersalin ketika bayi dilahirkan pembukaan vagina boleh terbuka dengan besar bagi membolehkan bayi keluar Di sam...
Cara Menambahkan Kontak Langsung Dari Wa Dengan Mudah Tanpa Ribet

Cara Menambahkan Kontak Langsung Dari Wa Dengan Mudah Tanpa Ribet

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 166 hits
Terdapat cara bagi pengguna WhatsApp agar mudah menambahkan nomor Berikut langkah langkahnya
Kuih Siput Kari Ini Cara Buat Bila Gulung Tak Mudah Patah

Kuih Siput Kari Ini Cara Buat Bila Gulung Tak Mudah Patah

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 262 hits
Kuih siput kari ini memang ramai peminat Bukan sahaja pada Hari Raya malah hari biasa pun laku keras Nak buat kuih ini agak makan masa Kadang tu hampir lima jam nak menggentel dan menggulung Tapi bila makan sekejap je boleh habis satu balan...
Cara Ditjen Bea Cukai Cegah Pakaian Bekas Impor Masuk Ke Ri

Cara Ditjen Bea Cukai Cegah Pakaian Bekas Impor Masuk Ke Ri

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 241 hits
Aturan mengenai larangan impor pakaian bekas ilegal ini diatur dalam Peraturan Menteri Perdagangan Nomor 51 Tahun 2015 dan juga Permendag Nomor 18 tahun 2021 yang telah diubah menjadi Permendag Nomor 40 tahun 2022
Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 289 hits
Resepi kali ni ringkas je iaitu cara buat sambal kicap yang pedas dan yang popular di Johor tu Kan orang kata orang Johor kalau makan apa pun semua pakai sambal kicap Haha dah itu yang buat gorengan jadi sedap nak buat macam mana Itulah nam...
Linda Saya Tiap Hari Dekat Dengan Pak Teddy Tahu Kebiasaan Dan Cara Bicaranya

Linda Saya Tiap Hari Dekat Dengan Pak Teddy Tahu Kebiasaan Dan Cara Bicaranya

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 131 hits
Pernyataan itu diungkap Linda saat hakim bertanya soal seberapa percaya dia pada Teddy hingga tak lagi mengonfirmasi hasil transaksi narkoba senilai Rp400 juta
Cara Bancuh Kopi Latte Sedap Guna Serbuk Kopi Kampung Je

Cara Bancuh Kopi Latte Sedap Guna Serbuk Kopi Kampung Je

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 473 hits
Bagi penggemar kopi resipi Kopi Latte ala kampung perkongsian saudari Madihah Hamid ni tentunya anda wajib cuba Bak kata empunya resipi minuman ini menjadi ketagihan seisi keluarga beliau Bahan bahannya juga sangat mudah Hanya guna serbuk k...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults