Cara Pemakanan Untuk Pesakit Gout


Pemakanan untuk pesakit gout. Artikel ini dikongsikan daripada bacaan saya berkaitan dengan penyakit GOUT. GOUT memang menyakitkan, tidur tidak selesa dan ada sesetengahnya langsung tidak boleh berdiri. Pesakit GOUT boleh menyerang sesiapa saja termasuklah wanita, kanak-kanak, remaja dan orang lelaki. 

Untuk menambah info tentang GOUT, di bawah ini saya senaraikan cara-cara mengawal GOUT, cara pemakanan untuk pesakit GOUT, makanan yang boleh dan tidak boleh diambil oleh pesakit GOUT.



Apakah Itu GOUT?
GOUT adalah sejenis penyakit yang ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan di mana pengeluarannya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin (zat semula jadi) berprotein tinggi.

Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, merah dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan.

Sekiranya pesakit tersebut menghidap gout yang kronik, kehidupan harian yang normal akan terganggu dan perkara yang paling ditakuti ialah berlakunya kecacatan pada sendi dan otot, sama ada ringan atau berat.

Apakah Sebabnya Seseorang Boleh Terkena GOUT?
Menurut Pegawai Pemakanan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Nurul Ain Baharudin, penyakit yang banyak menyerang golongan lelaki ini, berpunca daripada pengambilan makanan yang tinggi purin seperti hidupan laut, kekacang, dan daging merah.

Tambahan pula, purin ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.

Tambahnya, kekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.


Cara Mencegah GOUT
“Tidak dinafikan, penyakit ini jika sekali terkena sukar untuk sembuh, tetapi kita boleh mencegah serangannya dengan mengamalkan diet seimbang dan mengelak daripada makanan yang mengundang gout.

“Untuk itu, pesakit perlulah mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang, dan ketam kerana kandungan purinnya tinggi, serta tidak ketinggalan makanan berasaskan kacang, dan daging merah, seperti daging lembu.

“Selain itu, organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu, serta daging kambing juga perlu dielak kerana kesemua makanan ini mengandungi purin yang tinggi,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Disebabkan itu juga, setiap pesakit gout disarankan agar sentiasa mengamalkan diet mengikut panduan piramid makanan.

Katanya, minuman keras juga patut dielakkan kerana minuman tersebut boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

Oleh kerana pengambilan makanan yang tinggi purin penyebab utama gout, Nurul Ain menasihatkan pesakit mendisiplinkan diri dengan memilih makanan yang mengandungi kandungan purin yang sederhana dan seelok-eloknya mengambil makanan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran atau karbohidrat.

Ulasnya, selain mengawal pemakanan dengan tidak mengambil makanan berprotein tinggi secara berlebihan, terdapat ubat-ubatan tertentu yang dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan.

Pesakit juga dinasihatkan minum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik daripada badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.

Ringkasnya, pemakanan yang harus dikurangkan atau dielakkan adalah protein yang menghasilkan kandungan purin yang banyak kerana zat tersebut penyumbang terbesar kepada pembentukan asid urik.


Cara Pemakanan Untuk Pesakit GOUT
Antara perkara penting dalam pemakanan untuk pesakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersifat alkali. Antaranya adalah:

1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout: 25 biji sehari), atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout. Daun pasli juga amat berkesan untuk merawat GOUT.

2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah.

3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.

4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB).

5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli.


6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.

Begitu pun, Nurul Ain memberitahu, tidak semua makanan yang berprotein ada risiko gout, seperti ikan dan telur ayam, tetapi harus diingatkan bahawa penyakit tersebut menyerang seseorang yang mengambil protein secara berlebihan.

Yang pasti, hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa, serta jantina dan ada kes remaja berusia 18 tahun dikesan menghidap penyakit ini.

Pesakit-pesakit gout turut disarankan agar berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

#sumber -: http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/pemakanan-untuk-pesakit-gout-1.55521#sthash.OzZGqC9M.dpuf Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2016/01/cara-pemakanan-untuk-pesakit-gout.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Sembuhkan Penyakit Gout Secara Semulajadi Dengan Buah Betik Dan Teh

Cara Sembuhkan Penyakit Gout Secara Semulajadi Dengan Buah Betik Dan Teh

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 325 hits
Penyakit gout atau dalam bahasa Inggeris arthritis disebabkan kandungan asid urik yang berlebihan dalam badan Biasanya gout berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan seperti daging udang sotong kerang kubis kekacang jagung dan s...
Cara Jimat Beli Tiket Air Asia Guna Kad Bigpay

Cara Jimat Beli Tiket Air Asia Guna Kad Bigpay

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 1046 hits
Hi Kebiasaan anda mesti ada kad bank yang ada di Malaysia kan Tapi sekarang sudah ada kad terbaru dari Air Asia BIG PAY Kad colour biru tu Untuk kaki travel disarankan ada kad BigPay nie bukan apa memudahkan urusan anda untuk booking tiket ...
Cara Minum Teh Hijau Untuk Kurus Dan Kempiskan Perut

Cara Minum Teh Hijau Untuk Kurus Dan Kempiskan Perut

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 807 hits
CARA MINUM TEH HIJAU UNTUK KURUS DAN KEMPISKAN PERUT MACAM JALAN YANG RATA Siapa peminat teh Anda boleh buat cara yang ni sekiranya anda berminat nak menggunakan teh hijau untuk kurus Tapiii kena konsisten setiap hari la ye In shaa Allah de...
Tanda Tanda Punca Dan Cara Hilangkan Gastrik

Tanda Tanda Punca Dan Cara Hilangkan Gastrik

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 454 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSiapa yang ada penyakit gastrik Bukan yang hanya ketika bulan Ramadhan sahaja penyakit itu datang ya Aku merupakan salah seorang pesakit yang ada penyakit ini tetapi tidaklah kerap sangat berlaku Ianya ber...
Cara Ahli Jualan Yang Kamu Perlu Pahami

Cara Ahli Jualan Yang Kamu Perlu Pahami

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 210 hits
Sekarang kami akan jelaskan perihal Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki income tambahan m...
Pemerintah Cari Cara Harga Gas Bumi Tarif Listrik Murah Genjot Industri Manufaktur

Pemerintah Cari Cara Harga Gas Bumi Tarif Listrik Murah Genjot Industri Manufaktur

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 271 hits
Kementerian Perindustrian terus berkoordinasi dengan pemangku kepentingan terkait untuk mengupayakan biaya energi yang kompetitif bagi pelaku industri baik itu harga gas bumi maupun tarif listrik Langkah strategis ini guna memacu produktivi...
Cara Buat Dadih Susu Sedap Macam Pasar Malam

Cara Buat Dadih Susu Sedap Macam Pasar Malam

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 861 hits
Dulu dulu kalau pergi pasar malam mesti nak beli dadih Favourite tuuu Pantang jumpa mesti nak beli Tapi sekarang ni macam susah je nak jumpa orang jual dadih Sedapnya makan dadih susu yang biasa jumpa dekat pasar malam tu kan Rasa yang lema...
Cara Unik Merebus Telur Dengan Warna Kuning Diluar Untuk Menarik Minat Anak

Cara Unik Merebus Telur Dengan Warna Kuning Diluar Untuk Menarik Minat Anak

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 460 hits
Anak anak pada umumnya lebih menyukai makan kuning telur berbanding bahagian putih telur Saat makan telur rebus anak anak cenderung akan membuang bagian putih telur karena tidak berasa Padahal ketika direbus bagian putih telur akan menutupi...
Apa Sajakah Cara Pandai Menjadi Jago Jualan

Apa Sajakah Cara Pandai Menjadi Jago Jualan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 268 hits
Pembahasan kita sekarang yakni Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai penghasilan tambahan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner