Cara Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan



Berikut adalah perkongsian dari Dr Khairul Hafidz berkenaan dengan cara pemakanan sewaktu di bulan ramadan.

Saya yakin buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, bulan Ramadhan adalah bulan yang ramai orang tunggu-tunggu, kerana orang rasa waktu inilah paling mudah nak turunkan berat.

Jawapan ya dan juga tidak. Bulan Ramadhan boleh menjadi pemangkin untuk turun berat lebih banyak atau ianya adalah pintu jahanam diet yang dah kita amalkan.

Tips Cara Pemakanan Yang Berkesan

Beberapa tips cara pemakanan yang boleh saya berikan:

SAHUR

1. Makanan karbohidrat kompleks seperti nasi perang atau roti wholemeal yang memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna, menyebabkan kita mampu menyimpan tenaga lebih lama untuk berpuasa.

Jika tak mampu, makanan berkarbohidrat lain pun boleh, penting untuk bekalan tenaga kita.

2. Makanan tinggi serat supaya kita berasa kenyang lebih lama. Contoh buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Protein supaya perasaan puas makan kita dapatkan. Contoh: ayam, ikan, daging.

4. Elakkan minuman berkafein kerana kafein bersifat diuretik, maknanya kita akan kerap kencing.

Lebih kerap kencing, lebih banyak air yang keluar dari badan hingga boleh menyebabkan dehidrasi. Contoh minuman berkafein seperti teh, kopi dan minuman berkarbonat.

5. Elakkan makanan tinggi garam. Boleh menyebabkan dehidrasi juga.

6. Banyakkan minum air masak. Air masak mengandungi zero kalori yang sangat baik untuk menjimatkan kalori per hari kita.

Tetapi jangan minum terlalu banyak pula, cukup 2-3 gelas kerana kalau minum terlalu banyak, lebih banyak pula kencing. Kurangkan air manis banyakkan minum air masak.

 Sumber gambar dari Kevin Zahri

BERBUKA PUASA

1. Awalkan berbuka (maknanya berbuka setelah azan Maghrib, jangan buka waktu dhuha pulak)

2. Berbuka dengan makanan gula ringkas seperti kurma. Ia bantu berikan tenaga dengan cepat

3. Kawal nafsu makan! Makan makanan yang berkualiti (pinggan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, garam mineral dan vitamin)

4. Banyakkan minum air masak dari air manis. Di samping zero kalori, ia bantu untuk menghidrasi kembali badan.

Cara Pemakanan Jangan Berlebihan dan Membazir

Yang terpenting dalam diet sewaktu berpuasa adalah untuk tetap MENGIRA KALORI.

Penyebab ramai orang yang kekal berat badan atau makin naik berat badan kerana mereka gagal mengawal nafsu makan.

Bersahur sebanyaknya, berbuka apa lagi, dah macam ada saka dalam badan.

Elakkan membeli makanan berlebihan untuk berbuka terutamanya di bazar Ramadhan. Jika mampu, masak sendiri kerana kita boleh mengawal minyak dan lemak punca tinggi kalori serta mengawal kuantiti makanan yang dimasak.

Lagi satu, berpada-pada waktu moreh. Yang banyak kita tengok, moreh lagi banyak makan dari berbuka.

Walaupun berpuasa, kekal kira kalori. Jika sebelum puasa kalori per hari kita adalah 1500 Kal, jadi waktu puasa pun patut sama. Jangan sebab puasa, naik pulak kalori sampai 3000 Kal. Ini semua akibat gagal kawal nafsu makan kira.

Moga tips-tips ini boleh menjadi sedikit panduan buat semua. Harap kalian kekal fokus dengan matlamat untuk menurunkan berat badan.

Tetap kawal diri, dan banyakkan beribadah dalam bulan Ramadhan ini, InsyaAllah banyak keberkatan yang kita boleh dapatkan, jasmani dan rohani.

Jika tidak, yang kita dapat, hanyalah lapar dan dahaga.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adarain.com/2019/05/cara-pemakanan-sihat-di-bulan-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adik Kena Puasa Nanti Tak Dapat Duit Raya 6 Cara Latih Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Adik Kena Puasa Nanti Tak Dapat Duit Raya 6 Cara Latih Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 667 hits
Sedangkan kita yang telah dewasa ini pun bertarung dengan nafsu makan rasa letih sepanjang hari mengantuk dan mudah marah apa lagi kanak kanak yang baru belajar berpuasa kan Untuk anda yang nak melatih anak berpuasa tu bolehlah ikut tip ni
Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol

Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 397 hits
Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahayaSetiap tahun sepanjang bulan Ramadhan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah umah islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa Sel...
Anda Boleh Kembali Bertenaga Dan Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan Kalau Ikut Cara Dibawah

Anda Boleh Kembali Bertenaga Dan Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan Kalau Ikut Cara Dibawah

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 443 hits
Bila time puasa ni logik la kalau anda tak bertenaga kan Punyalah tak ada tenaga sampai hilang mood nak buat kerja Dekat The post appeared first on
10 Cara Untuk Berjimat Sepanjang Bulan Ramadan Ini

10 Cara Untuk Berjimat Sepanjang Bulan Ramadan Ini

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 478 hits
Adakah anda antara mereka yang lazimnya berbelanja lebih di bulan Ramadan Ramadan dinantikan seluruh umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata dunia Ketika berpuasa kita mengawal diri daripada nafsu namun perbelanjaan pada bulan ...
Syoknya Berendam Dalam Kolam Mini Waktu Bulan Ramadan

Syoknya Berendam Dalam Kolam Mini Waktu Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 354 hits
Ramadan bermaksud panas terik Kata Ramadan berasal dari akar kata bahasa Arab rami a atau ar rama Jadi mengikut tahun dan musim tertentu ada negara yang mengalami cuaca panas terik apabila tibanya bulan Ramadan ini Di Malaysia juga tidak te...
Hamil 7 Bulan Berat Hanya Naik 6 5 Kilogram Sarimah Jaga Pemakanan Aktif Bersenam

Hamil 7 Bulan Berat Hanya Naik 6 5 Kilogram Sarimah Jaga Pemakanan Aktif Bersenam

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 536 hits
Sedang sarat hamil tujuh bulan pelakon dan pengacara cantik Sarimah Ibrahim 41 masih aktif bersenam malah nekad meneruskan aktiviti sihat itu sehingga menjelang kelahiran bayi sulungnya Julai depan Bagaimanapun Sarimah berkata dia perlu mem...
Informasi Ramadan Bulan Al Quran Presiden Pas

Informasi Ramadan Bulan Al Quran Presiden Pas

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 294 hits
RAMADAN sebagai bulan pilihan yang diwajibkan berpuasa adalah sangat bermakna dan berhikmah Pada bulan ini juga Allah memilih diturunkan Al Quran daripada Luh Mahfuz ke langit dunia sebelum diwahyukan secara sedikit demi sedikit mengikut be...
Kekal Aktif Di Bulan Ramadan Dengan Pati Ikan Haruan Gamat Harwany

Kekal Aktif Di Bulan Ramadan Dengan Pati Ikan Haruan Gamat Harwany

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1115 hits
Kekal Aktif Di Bulan Ramadan Dengan Pati Ikan Haruan Gamat HarwanyKekal Aktif Di Bulan Ramadan Dengan Pati Ikan Haruan Gamat Harwany Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan ini pastinya kita memerlukan tenaga untuk seharian b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi