Cara Pelaburan Emas Persoalan Yang Sering Ditanya


Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia? Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas.org. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat-sahabat semua faham teknik pelaburan emas terbaik yang boleh anda lakukan dan juga tips untuk anda elakkan apabila nak melabur emas.
Persoalan yang paling banyak sekali pengunjung blog ini bertanyakan saya tentang hukum pelaburan emas yang ada ditawarkan kepadanya oleh satu syarikat samada halal atau haram. Alhamdulillah… satu petanda baik bahawa umat Islam semakin peka tentang halal dan haramnya sumber pendapatan mereka.
Gambar hiasan – Jangan terpedaya dengan skim pelaburan bertopeng emas
Ramai di antara para pelabur emas di Malaysia terkeliru dan mungkin terpedaya dengan skim pelaburan emas yang BERTOPENGKAN EMAS dan berbagai-bagai seperti pelaburan emas ETA (Estimate Time of Arrival – macam tunggu masa ketibaan pesawat penerbangan di airport je bunyinya…) yang semakin hangat diperkatakan. Mereka hanyalah satu daripada beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang akan memerangkap anda.
Baru-baru ini telah dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 10 Januari 2020 berkaitan ada pihak tertentu yang menggunakan nama syarikat Makmur Gold Holding Sdn Bhd untuk memperdaya penduduk di sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.
Pengerusi Eksekutifnya, Hishamuddin Abdullah berkata, skim pelaburan emas itu dipercayai sudah memperdaya ramai mangsa yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.
Katanya, pihaknya mengetahui nama syarikatnya digunakan oleh skim pelaburan emas yang berpengkalan di Kuantan, Pahang dan mempunyai ramai ejen di Kelantan, minggu lalu.
“Ia hasil daripada lebih 10 pelanggan yang datang ke kedai kami di Kuantan, Pahang dan Tunjong, Kota Bharu yang bertanya sama ada syarikat kami menjalankan pelaburan emas.
“Syarikat menegaskan tidak pernah menjalankan skim pelaburan emas, sebaliknya kami mengeluar dan menjual emas baharu.
“Kami membuat laporan polis kerana tidak mahu skim pelaburan emas itu menyalahgunakan nama kerana boleh merosakkan nama syarikat,” katanya ketika ditemui di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa, hari ini.
Menurutnya, ia adalah laporan polis kedua dibuat syarikatnya selepas yang pertama di Kuantan, Selasa lalu.
Katanya, pihaknya tidak mahu skim pelaburan emas itu terus menggunakan nama syarikat dan memaklumkan kepada pelabur bahawa Makmur Gold di Kota Bharu dan Kuantan sebagai pusat operasi mereka.
“Saya berharap orang ramai lebih berhati-hati dengan skim pelaburan emas bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro, 10 Januari 2020.
Untuk sahabat-sahabat yang masih keliru, persoalan ini mudah dijawab jika kita faham bahawa TIADA ISTILAH beli jongkong emas sekali dan dapat untung berkali-kali tanpa buat apa-apa.
Seterusnya soalan ini mudah dijawab jika kita faham konsep riba iaitu kita mendapat keuntungan dengan memberi pinjam (memberi deposit) duit kita sebanyak RM10,000 pada pihak yang lain (dengan persetujuan bahawa ada bayaran tambahan atau keuntungan (dipanggil riba qardh) pada setiap minggu atau setiap bulan tanpa usaha dan tanpa mengurangi duit RM10,000 tersebut.
Bila anda diberi NOMBOR AKAUN BANK untuk tujuan deposit pelaburan emas, sila pastikan nombor akaun tersebut BUKAN atas nama INDIVIDU.
Jika anda diberi nombor akaun syarikat pula, boleh semak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan layari https://www.ssm-einfo.my/. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.
Mudahkan? Memang amat mudah nak faham namun pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi memang pandai. Mereka cipta pelbagai nama agar umat Islam terkeliru dan terpaksalah ulama-ulama mengeluarkan fatwa demi fatwa yang menyatakan sesuatu pelaburan itu halal atau haram. Perkataan seperti “dividen tetap bulanan” yang paling popular selain daripada bonus atau keuntungan.
Beberapa tahun dulu (semasa posting ini ditulis pada 1 Januari 2015), ciri-ciri ini terdapat pada Pegasus Bullion yang semakin berkembang secara ‘underground’ di Malaysia (tiada syarikat yang sah dan dipantau oleh BNM) kerana syarikat ini beroperasi dari Hong Kong dan telah membuka cawangan di Thailand dan Indonesia – sekarang dah senyap sepi.
Ramai yang terpedaya termasuk penjawat awam! Kasihan…
Sejak lebih lema tahun lepas juga, terdapat satu lagi jenis pelaburan emas yang sedang secara atas talian ke atas komoditi-komoditi utama dunia seperti emas, perak, koko, gula, gandum, minyak mentah dan sebagainya. Mereka mencipta program yang dinamakan Plus500 dan apabila diselidiki, syarikat ini beroperasi dari Israel dan pendaftaran di London. Mereka menggunakan istilah CFD atau “Contract For Difference”. Memang syok dapat keuntungan yang banyak samada harga komoditi naik atau jatuh, namun, yang haram tetap haram.
Janganlah kita termakan umpan mereka yang menawarkan keuntungan beribu-ribu ringgit seminggu malah sehari! Ingatlah hari akhirat agar kita tidak menyesal selama-lamanya memakan harta yang haram.
Persoalan seterusnya ialah mengenai cara pelaburan emas yang paling baik. Pada asasnya…
JANGAN SEKALI-KALI MEMBELI EMAS MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN ANDA!
Adalah menjadi sesuatu yang amat malang jika anda memohon personal loan atau pinjaman peribadi semata-mata nak dapat keuntungan pelaburan emas dengan membeli emas. Mana-mana guru pelaburan emas yang menasihati anda untuk menggunakan duit pinjaman untuk beli emas merupakan guru emas ajaran sesat dan akan menyesatkan anda juga. Anda yang akan menjadi mangsa penipuan guru emas ajaran sesat tersebut.
Dan satu lagi kaedah paling berisiko dalam pelaburan emas di Malaysia ini ialah kaedah beli pajak, beli pajak emas di Ar-Rahnu. Aduhai… memang orang Malaysia ni serba boleh dan sangat cepat terpedaya bila dengar apa-apa pelaburan yang ‘janji’ pulangan beribu-ribu dalam skim cepat lebur ni… Tahukah anda bahawa nama anda akan disimpan dalam maklumat Bank Negara Malaysia apabila anda pernah membuat pajakan di Pejabat Pos atau mana-mana bank seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Kemungkinan sukar untuk anda membuat pinjaman untuk beli rumah atau kereta nanti. Jadi, berhati-hatilah ye…
Anda hanya dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas hanya dengan membeli emas fizikal menggunakan LEBIHAN DUIT SIMPANAN ANDA SENDIRI SAHAJA! Jangan pula anda gunakan kesemua duit simpanan untuk beli emas. Anda perlu meninggalkan duit simpanan untuk keperluan sekurang-kurangnya untuk selama tiga bulan. Itu adalah teknik pelaburan emas yang terbaik dari dahulu, sekarang dan akan datang. Tiada cara pelaburan emas seperti itu akan mendatangkan masalah atau risiko kepada anda.
Sebenarnya, ada banyak lagi… Dapatkan 5 tips mudah memulakan pelaburan emas secara sah dan patuh syariah di sini.
Seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal
Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.pelaburanemas.org/cara-pelaburan-emas-persoalan-yang-sering-ditanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Emas Pelaburan Rm231 G Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu

Harga Emas Pelaburan Rm231 G Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 277 hits
Harga Emas Pelaburan RM231 g Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu Harga emas pelaburan dah mencecah harga tertinggi sejak 7 tahun lalu Ini disebabkan oleh kebimbangan global terutamanya mengenai kesan kes jangkitan coronavirus COVID 19 ke ...
Harga Emas Pelaburan Rm226 G Akan Naik Lagi

Harga Emas Pelaburan Rm226 G Akan Naik Lagi

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 435 hits
Harga emas pelaburan mencecah RM226 g pada hari ini dan akan naik lagi Assalamualaikum dan selamat sejahtera Semoga anda sihat wal afiat Minggu lepas saya maklumkan bahawa harga emas pelaburan telah mencecah harga tertinggi sejak lebih 6 ta...
Cara Semak Tracking Pos Laju Online Dan Sms

Cara Semak Tracking Pos Laju Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 498 hits
Semak tracking pos laju online ye Baru baru ini aku telah buat satu menggunakan khidmat pos laju Ternyata cara cukup mudah dan cepat okay berbalik kepada tajuk iaitu cara semak tracking pos laju Penggunaan tracking pos ini dapat menjejaki l...
Cara Pos Barang Guna Pos Laju

Cara Pos Barang Guna Pos Laju

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 852 hits
Perkhidmatan memang sinonim sebagai perkhidmatan penhantaran dan penerimaan barang Acap kali juga aku menggunakan perkhidmatan pos laju ketika proses penerimaan barang disebabkan banyak membeli barang secara online Untuk pengetahuan aku tak...
Cara Semak Tracking Gdex Online

Cara Semak Tracking Gdex Online

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 1338 hits
Cara Semak Tracking Gdex Online okay Selain pos laju Gdex atau GD EXPRESS merupakan salah satu kurier yang berfungsi untuk perkhidmatan perhantaran barang Barang yang dipos terus kepintu rumah anda atau pun pejabat Seperti perkhidmatan kuri...
Cara Kemaskini Akaun Pendapatan Ptptn

Cara Kemaskini Akaun Pendapatan Ptptn

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 320 hits
Kemaskini Akaun Pendapatan Peminjam PTPTN okay Untuk makluman pihak kerajaan telah memberi kelonggaran kepada peminjam PTPTN untuk menangguh pembayaran balik Seperti yang sedia maklum pihak PTPTN meminta kepada semua peminjam yang ingin mem...
Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 448 hits
Memang tidak mudah untuk mendidik anak tambah tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan ibubapa mudah hilang kesabaran dan naik hantu Tak elok juga jika sering marah dan memukul anak kerana p...
Cara Daftar Rfid

Cara Daftar Rfid

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 417 hits
Apa itu RFID yang membawa maksud Radio Frequency Identification yang merupakan alternatif baru untuk pembayaran tol Umumnya sejak azali lagi tol di Malaysia menggunakan sistem touch n go smart tag dan bayaran tunai Jadi wujundya RFID ini me...
Cara Tunaikan Cek Nuffnang

Cara Tunaikan Cek Nuffnang

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 276 hits
Setelah dua bulan menunggu akhirnya sampai juga ke rumah Aku check out cek tersebut dalam hujung bulan 11 2016 dan cek sampai ke rumah dalam bulan 1 2017 Lazimnya sebelum cek sampai ke rumah anda akan dapat email dari bank HSBC Maksudnya ce...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah