Air Kosong Penting Untuk Kesihatan Buah Pinggang Anak Ini 6 Cara Nak Buat Si Kecil Suka Minum
Air kosong penting untuk si kecil. Jika mahu anak sentiasa sihat dan terhidrat, pastikan keperluan H2O ini sentiasa cukup untuknya. Bukan sekadar nak hilangkan haus semata-mata!
Selain makanan, air ialah keperluan tubuh yang paling penting. Bagi bayi dan kanak-kanak, keperluan air adalah kritikal kerana mereka memerlukan lebih banyak cecair dinisbahkan pada saiz badan mereka berbanding orang dewasa. Air hanya boleh diberikan kepada anak yang berusia 6 bulan ke atas.
Ginjal atau buah pinggang bayi dan kanak-kanak tidak sepenuhnya berkembang untuk menghadapi kekurangan air, dan rasa haus mereka tidak akan hilang sehingga mereka terhidrat. Berikut adalah tip berguna untuk ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka minum lebih banyak air kosong.
#1 JADIKANNYA MENYERONOKKAN
Anda boleh membuat aktiviti minum air tidak lagi membosankan dengan membiarkan anak anda memilih cawan kegemarannya. Mereka mungkin akan lebih suka minum air dengan cawan yang cantik. Lebih menyeronokkan lagi jika anda meletakkan straw berwarna-warni, kiub ais dan bahkan potongan buah-buahan! Minum air akan menjadi kebiasaan yang menyeronokkan anak anda akan minum lebih banyak.
#2 HADKAN PENGAMBILAN AIR MANIS
Anda tidak seharusnya meletakkan minuman manis berwarna-warni di dalam peti sejuk atau di atas meja kerana anak anda mungkin menemuinya ketika haus. Jadikan air satu-satunya pilihan untuk anak anda dan mereka akan minum air sepanjang masa.
#3 BANTU MEREKA MEMAHAMI MANFAAT AIR
Kanak-kanak selalu bersifat ingin tahu. Lebih baik jika anda dapat menerangkan tentang badan mereka dan kepentingan air dalam badan. Mereka mungkin akan tertarik dengan cara air membantu mereka dalam melakukan banyak aktiviti, menghalang jerawat dan beberapa penyakit serta mengekalkan kesihatan yang baik.
#4 JADIKAN AIR MUDAH DIAKSES
Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan anak anda minum air adalah dengan menjadikannya lebih mudah didapati. Jika mereka bermain di luar, beri mereka botol; pada waktu makan malam, letakkan jag besar air di atas meja. Jika semua orang dalam keluarga anda sentiasa minum air, semua orang akan membiasakan diri menambah air secukupnya.
#5 JADIKANNYA POSITIF
Galakkan mereka untuk berfikir tentang manfaat kesihatan daripada meminum air, dan jadikan meminum air sebagai aktiviti normal hari anda, dan bukan sebagai tugas yang perlu dilaksanakan.
#6 BUAT PERUBAHAN SECARA BERANSUR-ANSUR
Jangan haramkan minuman lain secara mendadak. Adalah lebih baik untuk membudayakan tabiat minum air hari demi hari. Mulakanlah dengan mengurangkan minuman manis kepada sekali-sekala atau minuman hujung minggu, bukannya tabiat harian dan hidangkannya dalam gelas yang lebih kecil serta tawarkan pilihan yag kurang menyihatkan pada si kecil anda. Pada masa yang sama, perkenalkan jag air kosong dalam rumah. Sekiranya anak anda benar-benar cerewet, mulakanlah dengan mencairkan jus mereka sedikit demi sedikit setiap hari, sehingga akhirnya mereka minum air kosong.
Sumber: Hello Doktor
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
The post Air Kosong Penting Untuk Kesihatan Buah Pinggang Anak, Ini 6 Cara Nak Buat Si Kecil Suka Minum! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/air-kosong-penting-untuk-kesihatan-buah-pinggang-anak-ini-6-cara-nak-buat-si-kecil-suka-minum/