Cara Mudah Untuk Cari Homestay Yang Selesa Di Mana Mana Lokasi Di Malaysia
Macam mana cara yang senang dan selamat untuk cari homestay yang selesa dan murah?
Seorang kenalan saya bertanya, macam mana nak cari homestay di Teluk Intan? Lagi tiga minggu, dia dan keluarga akan ke Teluk Intan untuk menghadiri majlis kenduri kahwin.
Boleh jadi dia fikir, saya mempunyai senarai database homestay yang terdapat di Malaysia. Dari pertanyaan beliau, saya dapat lihat yang dia masih lagi menggunakan kaedah lama untuk cari homestay di Malaysia.
Apa kaedah lama yang saya maksudkan tu?
Kaedah tersebut ialah, tanya pada kawan-kawan yang MUNGKIN tahu, kalau-kalau dekat sesuatu lokasi itu ada homestay.
Cara ini bukan sahaja lambat, malahan ianya kurang efektif. Pilihan homestay yang bakal anda dapat juga mungkin tak banyak, sebabnya ianya terhad setakat mana yang kawan anda tersebut tahu.
Kalau dia cuma tahu tentang sebuah homestay yang tak jauh dari tempat dia tinggal, maka itu sahajalah yang dia akan rekemen pada anda.
What if kalau homestay tersebut tak berapa selesa, sedangkan tak berapa jauh dari situ sebenarnya masih ada banyak lagi homestay yang bagus-bagus, dengan harga yang lebih menjimatkan dan selesa.
Dalam posting kali ini saya ingin berikan anda beberapa cadangan untuk memudahkan anda cari homestay yang selesa.
[1] Gunakan laman web Airbnb.com
Saya meletakkan laman web Airbnb sebagai cadangan pertama sebab saya sendiri suka untuk gunakan website ini untuk cari homestay.
Buat pengguna yang baru kali pertama menggunakan laman web Airbnb, anda boleh daftar secara percuma dan dapatkan Travel Credit bernilai RM165 yang anda boleh gunakan sebahagiannya sebagai diskaun untuk menempah homestay melalui Airbnb.
Pendaftaran secara percuma boleh dilakukan menerusi pautan ini.
Ada beribu homestay yang telah disenaraikan di laman web Airbnb, dan saya percaya homestay yang menepati kriteria yang anda mahukan juga pasti ada terdapat dilaman web tersebut.
[2] Gunakan Agoda.com
Seterusnya ialah laman web Agoda.
Saya biasa menggunakan Agoda untuk buat tempahan hotel. Namun sejak kebelakangan ini, kita juga boleh membuat tempahan tempat penginapan jenis guesthouse atau apartment melalui servis Agoda.
Cubalah bandingkan harga di Agoda dengan Airbnb. Biasanya kalau mahukan lebih penjimatan, boleh cuba buat carian di Agoda.
[3] Gunakan website Booking.com
Kalau masih tak puas hati lagi dengan cadangan homestay yang terdapat di Airbnb dan juga di Agoda, apa kata anda buat carian pula di booking.com
Manalah tahu, anda akan temui homestay yang sama, milik orang yang sama, tapi disebabkan ianya diiklankan melalui platform dan laman web yang berbeza, harganya juga tak sama.
Andai kata boleh dapat harga yang lagi murah kalau buat carian di booking.com… kenapa tidak?
[4] Cuba juga buat carian di homestay.com
Nak cari homestay?
Carilah di laman web homestay.com
Cuma buat masa catatan ini saya tulis, laman web homestay.com ini masih belum betul-betul popular dan jumlah listing yang terdapat di laman web tersebut tidak sebanyak seperti di Airbnb. Tapi saya percaya tak lama lagi pasti jumlah homestay yang disenaraikan di website ini akan bertambah.
[5] Gunakan mudah.my
Melalui laman web mudah.my ini juga, anda boleh cari banyak maklumat tentang homestay di sesuatu kawasan. Ada pemilik homestay yang turut menggunakan platform ini untuk iklankan homestay milik mereka.
Walaubagaimanapun, pada saat ini saya yakin anda telah pun menemui homestay yang sesuai dengan anda.
Tapi sebagai tambahan, saya rasa saya patut cerita juga satu lagi kaedah untuk anda dapatkan homestay pilihan anda, iaitu melalui laman web iklan mudah.my
Menerusi mudah.my anda boleh temui banyak iklan-iklan homestay. Namun untuk buat tempahan, anda perlu hubungi setiap pemilik iklan untuk bertanya sama ada pada tarikh yang anda mahukan terdapat kekosongan ataupun tidak.
Setelah anda hubungi pemilik iklan, anda perlu tunggu maklum balas dari mereka. Ia mungkin ambil masa beberapa jam, beberapa hari ataupun anda juga mungkin langsung tidak akan dapat jawapan balas.
Ini sama sekali berbeza kalau anda gunakan khidmat sama ada dari Airbnb, Booking.com, Agoda, mahupun homestay.com
Menggunakan laman web tersebut anda bukan sahaja boleh mengetahui sama ada terdapat kekosongan ataupun tidak, malahan anda boleh terus buat bayaran sebagai mengesahkan tempahan.
Baiklah semoga cadangan-cadangan yang saya telah kemukakan disini dapat membantu anda mencari homestay dengan lebih mudah dan pantas.
Jika anda adalah seorang pemilik bisnes homestay, anda juga digalakkan untuk iklankan homestay anda menerusi laman-laman web yang saya telah nyatakan dalam posting ini. Ataupun sebagai alternatif, jemput baca posting saya berjudul senarai laman web untuk anda iklankan bisnes homestay anda.
Semoga bermanfaat untuk anda.
The post Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia appeared first on Soal Jawab .MY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://soaljawab.my/cara-mudah-untuk-cari-homestay-di-malaysia/