Cara Daftar Ssm Online Untuk Perniagaan Enterprise Di Ezbiz


Semenjak dua menjak ini saya perasan ramai  yang berada diluar sana mula berkecimpung dalam dunia perniagaan. Ada yang secara kecil kecilan dan ada juga yang sepenuh masa berniaga di atas talian(online). Itu satu perkembangan yang bagus. Apabila mula serius, mulalah kita memikirkan jalan tentang bagaimana cara daftar ssm online untuk perniagaan.
Maklumlah, kini daftar perniagaan dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM) sudah mula menjadi satu kewajipan. Elok kiranya kita mendaftar sekurangnya sebagai perniagaan enterprise dahulu. Lagipun apabila sudah berdaftar, perniagaan kita dikira sebagai satu entiti yang sah yang ada kredibilitinya dalam menjalankan urusan perniagaan.
Kelebihan lain daftar perniagaan Pembukaan akaun semasa di Bank Mengasingkan akaun peribadi dan akaun perniagaan adalah tindakan yang perlu dilakukan oleh pemilik perniagaan. Ini demi memastikan transaksi yang ada dapat direkodkan dengan baik dan lebih terurus.
Lebih-lebih lagi jika kita berniagaan secara atas talian. Jika kita pakai payment gateway untuk menerima pembayaran atas talian mungkin tidak ada masalah, akan tetapi jika menerima banyak transaksi untuk akaun peribadi, silap-silap kena block dengan pihak Bank.
Lebih profesional dan diyakini Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikat anda dengan undang-undang seperti Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (jika tinggal di barat Malaysia). Ini mampu meningkat keyakinan pelanggan kepada anda kerana disamping undang-undang tersebut melindungi anda, ia juga melindungi pelanggan anda daripada aktiviti perniagaan yang melibatkan penipuan.
Bantuan daripada pihak kerajaan Perniagaan yang berdaftar dengan SSM berpeluang untuk mendapat bantuan daripada agensi yang berkaitan jika layak untuk dibantu. Ini termasuklah jika perniagaan anda melibatkan pembanguan komuniti dan ianya bertepatan dengan prospek perniagaan anda. Anda jika berpeluang untuk mendapat bantuan geran daripada kerajaan bagi membantu perniagaan anda.
Syarat pendaftaran Enterprise Perniagaan yang didaftarkan adalah meliputi 2 jenis perniagaan iaitu Perniagaan Milik Tunggal yang merujuk kepada seorang pemilik dan Perniagaan perkongsian yang merujuk kepada pemilikan perniagaan yang dimiliki oleh 2 orang atau tidak dan tidak melebih 20 orang rakan kongsi. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik perniagaan adalah:
Pemilik perniagaan mesti Warganegara Malaysia atau penduduk tetap. Pemilik perniagaan mesti berumur 18 tahun dan ke atas. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan. Selain daripada itu, syarat penamaan syarikat turut ditetapkan oleh SSM dan perlu dipatuhi oleh pemilik perniagaan. Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Setiap nama yang didaftarkan perlu menggunaan bahasa dan ejaan yang betul. Nama juga mestilah tidak terlalu umum. Tidak menyerupai nama perniagaan yang telah didaftarkan atau dalam simpanan. Syarat nama lebih lanjut, anda perlu klik pada pautan ini: Klik sini
Bagaimana cara daftar SSM online dengan ezBiz? Jadi langkah seterusnya pula adalah dengan daftar perniagaan anda secara atas talian dengan menggunakan ezBiz SSM. Baiklah, berikut merupakan cara-cara mendaftar:
1. Daftar akaun kali pertama Muka hadapan ezBiz
Jika anda pertama kali menggunakan laman web ezBiz, perkara pertama anda perlu buat adalah dengan mendaftar akaun baru di laman web ini. Jika ini bukan kali pertama, terus sahaja langkau ke bahagian kedua.
Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/ Klik pada butang “sign up”. Pilih “NRIC” untuk ID Type. Masukkan IC dan nama penuh anda. Kemudian klik “Register”. Anda akan dibawa ke paparan baru. Isikan bahagian “Registration Information”. Isikan bahagian “User Information”. Akhir sekali isikan bahagian “Residential Address Information”. Tandakan bahagian declarations dan klik butang “Save”. Selesai pendaftaran atas talian. Seterusnya anda perlu melakukan pengesahan akaun dengan cara pergi ke SSM terdekat dalam tempoh 14 hari dan buat pengesahan kad pengenalan dan cap jari.
Sejujurnya proses ini saya rasa kelakar sedikit. Kita punyalah ada banyak prosedur seperti polisi Know your customer (KYC) yang membantu entiti terlibat untuk membuat pengesahan akaun pelanggan, SSM masih lagi buat langkah ke belakang dengan minta pihak pemilik perniagaan datang untuk bagi IC dan pengesahan cap jari. Kalau begitu, baik kita daftar di SSM je kan. Tak payah acah kata pendaftaran online.
Akan tetapi tidak mengapalah, angap sahajalah kesusahan ini hanya untuk pengesahan kali pertama. Selepas ini jika anda ingin mendaftar syarikat, tidak perlulah anda menghadirkan diri ke SSM terdekat.
2. Mula daftar perniagaan anda Baiklah, selepas anda sudah melakukan pengesahan akaun dengan pergi ke kaunter SSM, anda kini boleh mendaftar perniagaan secara atas talian. Bahagian ini terdapat 5 bahagian iaitu main information, branches, business code, owners dan fees & declaration.
Mengenai nama pula, semuanya bergantung kepada keperluan anda sama ada menggunakan nama sendiri seperti mana IC atau nama tred. Bagaimana anda ingin semak availability nama perniagaan yang sedia ada? Anda boleh daftarkan diri di https://www.ssm-einfo.my/. Selepas mendaftar, anda boleh cari nama perniagaan yang diinginkan menggunakan kata kunci perniagaan. Jika masih ada, maknanya nama yang diinginkan itu boleh didaftarkan.
Baiklah sambung pasal cara daftar SSM online itu tadi. Pastikan maklumat di semua bahagian yang bertanda astrik merah diisi. Jika tidak anda tidak akan dapat menghantar borang yang disediakan.
Mula mengisi borang A dengan memasukkan nama perniagaan
Isikan maklumat cawangan (Jika ada)
Masukkan juga maklumat perniagaan dan kod perniagaan
Masukkan maklumat pemilik perniagaan
Pengesahan maklumat dan kadar bayaran
Proses sebelum lakukan pembayaran     
Caranya adalah seperti berikut:
Log masuk akaun ezBiz anda. Kemudian pergi pada MyBiz Services > New Business. Sila masukkan “Main Information” yang merujuk :
– Name Type
– Business Name
– Business Start Date
– Partner aggrement date (Jika ada)
– Incentive (Jika ada)
– Registration Period
– Business Info
– Status
– Incubator
– Is online seller?
– Business address
– Mailing address Pastikan anda mengisi ruangan yang memaparkan astrik merah (*). Seterusnya akan diminta isi maklumat mengenai Branches (jika ada). Kemudian anda diminta untuk mengisi “Business Information”. Anda diminta untuk memasukkan:
– Types of Business
– Add Business Code “Add Business Code” tu sememangnya memeningkan sedikit. Anda cari sahaja dengan menggunakan kata kunci terpilih. Isikan bahagian “Owners information”. Bahagian ini memerlukan anda mengisi butiran partners (Jika ada). Kemudian bahagian terakhir iaitu “Fees & Declaration”. Pastikan maklumat tepat dan muktamat. Klik “Preview”. Paparan “Preview” akan keluar. Anda klik “Submit Payment” untuk urusan pembayaran. 3. Lakukan pembayaran Selepas anda memuktamatkan dokumen, anda boleh hantar borang dan mula buat pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad debit/kad kredit ataupun menggunakan perbankan atas talian. Caj pembayaran juga berbeza mengikut jenis nama yang didaftarkan.
Maklumat adalah seperti berikut:
Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri: RM30
Perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian menggunakan nama tred: RM60
Pendaftaran cawangan: RM5 bagi setiap cawangan
Info perniagaan: RM10
Invoice diterima selepas pembayaran dibuat
Resit pembayaran akan diberikan kepada selepas pembayaran dibuat untuk tujuan rujukan.
4. Tunggu maklumbalas SSM Jika permohonan anda berjaya, anda akan dimaklumkan menerusi SMS dan email. 3 hari waktu bekerja diperlukan untuk memperolehi perakuan pendaftaran perniagaan buat mereka yang memohon menerusi ezBiz.
Permohonan diluluskan
Ketika saya memohon daftar perniagaan ini, saya mendapat kelulusan dalam tempoh masa 1 hari sahaja daripada pihak SSM. Pantas dan mudah. Sijil yang anda dapat pula boleh terus dimuat turun dan dicetak.
Selesai.
Kesimpulan Saya sebenarnya masih lagi tidak berpuas hati dengan proses pendaftaran kali pertama SSM ini. SOP pengguna kali pertama perlu datang ke cawangan SSM terdekat untuk pengesahan biometrik harap boleh ditambah baik.
Bagi saya kalau dah datang SSM tu, baik daftar terus. Buat apa buat perkara sia-sia untuk mendaftar di PC sendiri. Lagipun kebanyakan pihak di luar sana dah lama amalkan polisi Know Your Customer (KYC) untuk perniagaan masing-masing.
Saya ambil contoh cukup mudah adalah Bigpay. Bagaimana mereka mengambil maklumat IC, paparan muka 3D, suara dan cap jari pelanggan tanpa menyusahkan pelanggan menggunakan kad debit Bigpay.
Bukankah itu sesuatu yang positif yang patut dicontohi SSM? Ini apa kejadahnya nak lengkapkan pendaftaran kena pergi SSM selepas buat pendaftaran online? Mujur ianya hanya untuk pengguna kali pertama.
Tapi saya puji dengan kepantasan urusan transaksi disamping navigasi mesra pengguna untuk proses yang berlaku diatas talian. Buat pengetahuan Tuan Puan, saya hanya mendapat kelulusan permohonan selama 1 hari sahaja.
Bagi saya itu sangat pantas dan baik. Beberapa hari kemudian, saya juga melakukan pindaan maklumat menerusi ezBiz, juga diluluskan dengan segera. Jadi selain daripada SOP kali pertama, laman web ezBiz sangat bagus dan benar-benar memudahkan pengguna.
Baca juga: Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi
Diharapkan artikel kali ini benar-benar membantu anda untuk mendaftar perniagaan anda terutama buat mereka yang ingin tahu cara daftar SSM online buat kali pertama. Ada sebarang komen? Jangan lupa utarakannya diruangan bawah. Terima kasih.

The post Cara daftar SSM online untuk perniagaan Enterprise di ezBiz appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/cara-daftar-ssm-online/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Exam Tbe

Cara Daftar Exam Tbe

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 347 hits
Bila saya ada tulis artikel tentang pengalaman ambil exam TBE secara online di link artikel ini Ramai juga yang datang kepada saya bertanya tentang cara untuk daftar exam TBE ni Rasa dah kerja bahagian pendaftaran exam takaful pula Huhu itu...
Skim Pinjaman Komputer Pelajar Cara Permohonan Secara Online Semakan Syarat Kelayakan

Skim Pinjaman Komputer Pelajar Cara Permohonan Secara Online Semakan Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 254 hits
SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN Kepada semua pelajar IPMA termasuk KKTM MJII IKM yang ingin membuat pembelian komputer untuk kegunaan pengajian Anda boleh mohon Skim ini disediakan untuk...
Begini Cara Daftarkan Produk Secara Online Ke Bpom Yang Baru Mulai Usaha Wajib Tahu

Begini Cara Daftarkan Produk Secara Online Ke Bpom Yang Baru Mulai Usaha Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 291 hits
Kalau ada no BPOM resmi jualan kamu otomatis jadi makin meyakinkan lo di mata pembeli
Permohonan Miti Cara Daftar Cims 3 0

Permohonan Miti Cara Daftar Cims 3 0

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 571 hits
Semakan dan Permohonan Untuk Syarikat Beroperasi Semasa PKP Dibenarkan melalui permohonan untuk beroperasi bagi syarikat syarikat di bawah di dalam pengumuman MITI yang terkini Menerusi CIMS di pautan ini syarikat bolehlah melakukan permoho...
Cara Beli Tiket Bas Online Dengan Mudah Di Eticketing My

Cara Beli Tiket Bas Online Dengan Mudah Di Eticketing My

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 434 hits
AssalamualaikumSesiapa yang jenis suka travel menggunakan pengangkutan awam mesti selalu beli kat kaunter kalau nak tau tiket masih ada ke tidak Tapi sekarang dengan adanya portal online untuk beli tiket bas semuanya mudah Cuma dihujung jar...
Daftar Portal Selangor Kerjaya Cara Pendaftaran 10 000 Peluang Pekerjaan Warga Selangor

Daftar Portal Selangor Kerjaya Cara Pendaftaran 10 000 Peluang Pekerjaan Warga Selangor

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 235 hits
DAFTAR PORTAL SELANGOR KERJAYA CARA PENDAFTARAN 10 000 PELUANG PEKERJAAN WARGA SELANGOR Kepada warga Selangor yang tengah mencari peluang pekerjaan Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan laman web Selangor Kerjaya untuk menangani isu pe...
Kemaskini Bpr 2021 Online Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat

Kemaskini Bpr 2021 Online Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 626 hits
KEMASKINI BPR 2021 ONLINE CARA KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT Jika anda pernah menerima BSH BPN tahun 2020 bagaimana nak kemaskini BPR 2021 online Senang sahaja nak kemaskini BPR 2021 online jangan bimbang dan panik kami akan kongsikan c...
Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat Secara Online

Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat Secara Online

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 538 hits
Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat Secara Online Syukur di tahun baru Kerajaan masih lagi menghulurkan bantuan berbentuk wang untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana Semua sedia maklum Virus Covid 19 yang menyerang seluruh negara...
Cara Mudah Renew Insurance Roadtax Kereta Secara Online Menerusi Myeg

Cara Mudah Renew Insurance Roadtax Kereta Secara Online Menerusi Myeg

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 319 hits
Salam to all readers Cara Mudah Renew Insurance Roadtax Kereta Menerusi MYEG Nak dijadikan cerita bulan 12 haritu aku sempatlah menghabiskan cuti aku dikampung mak aku hari hari duk pesan jangan lupa bayar roadtax kereta bulan depan Bulan d...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu