Cara Mudah Lindungi Keluarga Dari Kuman Berbahaya Dengan Antabax Travel Protection Pack



Tahun 2019 merupakan tahun yang menggembirakan bagi Auni kerana setelah enam tahun terpenjara di dalam rumah, kini Auni sudah boleh melangkah keluar bersekolah bersama guru serta kawan-kawan. Disebabkan Auni tidak pernah bersekolah sebelum ini kerana saya mengambil pendekatan mengajar sendiri di rumah, jadi Auni agak teruja untuk ke sekolah. Setiap kali saya kejutkan Auni bangun pagi untuk mandi, Auni akan bangun dengan bersemangat dan memulai harinya dengan gembira

Lega rasa hati kerana saya tidak perlu berdepan dengan masalah tantrum anak ke sekolah yang saya sering baca sebelum ini. Rutin harian Auni adalah bangun seawal jam 6.30 pagi untuk mandi, menunaikan solat subuh, breakfast dan seterusnya ke sekolah bersama abi. Walaupun tiada kerisauan melepaskan Auni ke sekolah tanpa pengawasan saya, namun terdetik sedikit perasaan bimbang dalam hati dengan suasana di dalam bilik darjah




Bukan sesi pembelajaran yang merisaukan namun tahap kebersihan yang agak diragui. Bilangan murid yang ramai dalam satu bilik darjah ditambah dengan persekitaran sekolah yang terdedah, pasti akan menjemput kehadiran pelbagai bakteria dan kuman di sekitar Auni. Apatah lagi jika ada pelajar yang sakit dan membawa virus ke sekolah, apakah langkah pencegahan yang boleh dilakukan oleh Auni? Risaunya hati seorang ibu.


Bagaikan faham dengan kerisauan yang melanda diri, saya bernasib baik kerana diperkenalkan dengan produk Antabax. Jika sebelum ini saya hanya tahu satu sahaja produk daripada keluarga Antabax iaitu sabun mandian Antabax, namun baru saya tahu rupa-rupanya Antabax juga mempunyai pelbagai rangkaian produk penjagaan kesihatan lain yang sangat berguna dan boleh membantu saya mengurangkan risiko pendedahan Auni kepada kuman dan bakteria.


Antabax

Menyediakan perlindungan selama 24 jam dan membunuh 99.99% kuman berbahaya, Antabax merupakan produk penjagaan peribadi bersifat antibakteria yang pertama disahkan halal di Malaysia.  Diuji secara dermatologi yang bertindak lembut pada tubuh, Antabax telah dianugerahkan dengan pelbagai pencapaian seperti The Best Brands in Consumer - Personal Care,  The Malaysian Good Design 2011 Award dan Anugerah Kecantikan Dunia untuk Pancuran Antibakteria Terbaik 2010-2016



Dirumus dengan bahan tambahan yang mengandungi Vitamin C dan E yang bersifat anti radang dan anti oksida serta Vitamin B Kompleks (B3, B5 dan B6) bagi pemeliharaan sel kulit, Antabax juga menjadikan kulit lebih lembut, licin dan sihat kerana mengandungi Serum Moisture Micro iaitu sejenis pelembap maju yang dirumus secara khusus dengan teknologi Derma Protect System.


Rangkaian Produk Antabax

Produk Antabax telah diperkenalkan sejak tahun 2004 lagi. Namun pada tahun 2010, Antabax mula meluaskan lagi pasarannya dengan menambah rangkaian produk antibakteria yang baru seperti tisu pelembap, cecair pencuci tangan, cecair sanitizer serta spray sanitizer setelah menjalankan kajian secara berterusan demi memenuhi keperluan harian pengguna. Kajian yang dijalankan selama dua tahun itu akhirnya membawa kepada penjenamaan semula produk Antabax dengan rumusan formulasi yang dipertingkatkan.


Terbaru, Antabax memperkenalkan kit mini untuk perlindungan maksimum semasa perjalanan jauh bagi membantu pengguna kekal bersih dan selamat. Pek mini bersaiz kecil ini mengandungi empat jenis produk perlindungan antibakteria yang boleh digunakan bukan sahaja dalam perjalanan jauh, malah membantu saya melindungi anak-anak di rumah dan sekolah daripada ancaman bakteria. Berharga RM8.50 untuk satu pek, kit ini boleh didapati di kebanyakan kedai farmasi dan kedai online di Malaysia.




Didatangkan dalam bentuk comel dan mudah bawa, kandungan pek ini terdiri daripada :

Tisu Pelembap AntibakteriaMempunyai 10 helaian dalam satu pek dan merupakan cara paling mudah bagi melindungi anak samada di sekolah atau rumah. Tidak mengandungi alkohol dan menjadikan Aloe Vera dan Vitamin E sebagai kandungan utama, ia membantu mengekalkan kelembutan dan kelembapan tangan. Produk wajib ada bagi ibu yang mempunyai anak kecil seperti Ameera untuk mencuci peralatan kotor di sekililingnya dalam suasana terhad air.

Hand Sanitizer Spray
Bersaiz kecil dan mudah dibawa, spray pembersih ini mengandungi campuran Aloe Vera dan vitamin yang baik untuk kulit dan kandungan bahan pelembap bagi melindungi sambil melembutkan dan menghaluskan permukaan kulit. Mempunyai aroma harum dan lembut, ianya tidak perlu dibilas atau dibasuh selepas penggunaan.

Instant Hand Sanitizer
Diformulasi berasaskan alkohol yang bersifat antibakteria membantu membunuh 99.9% kuman pembawa penyakit. Campuran bahan pelembap dan Aloe Vera memastikan kulit sentiasa kekal segar dan lembut dengan wangian harum.

Cecair Mandian Antibakteria
Dirumus dengan bahan khas yang mengandungi Vitamin C, E serta Vitamin B Kompleks yang bersifat anti-oksida dan anti-radang bagi mengekalkan keremajaan sel kulit. Selain itu, ia juga dirumus secara khusus dengan  Derma Protect-System, formula pelembap maju yang mengandungi Serum Moisture Micro bagi memastikan kulit kekal lembut dan halus.


Review Selepas Penggunaan Antabax Travel Protection Pack

Kehadiran Antabax Travel Protection Pack di rumah membantu saya menguruskan kebersihan keluarga dengan lebih baik dan selamat. Kebiasaannya Ameera yang masih bayi gemar bereksperimentasi dengan perkara baru yang ditemuinya, jadi saya mengambil langkah untuk menyembur tangannya dengan hand sanitizer terlebih dahulu bagi membunuh kuman sebelum Ameera boleh mula bermain.  Tidak perlu risau tentang kerengsaan kerana ia mengandungi Aloe Vera yang lembut lagi melembapkan.




Auni akan mandi dengan cecair mandian Antabax sebelum dan sebaik pulang daripada sekolah. Membunuh 99.99% kuman dan bakteria serta perlindungan sehingga 24 jam menjadikan saya yakin bahawa sesi persekolah Auni di sekolah adalah selamat dan menceriakan. Setiap kali Auni bermain bersama Ameera di halaman rumah, Auni akan pastikan adiknya selamat dan bersih dengan tisu pelembap Antabax jika mendapati tangan adiknya itu kotor.


Selain itu, Antabax Travel Protection Pack memudahkan saya mengemas beg setiap kali ingin pulang ke kampung atau bagi perjalanan jauh. Jika dulu saya terpaksa ambil barangan penjagaan diri secara satu persatu, kini saya hanya perlu mencapai satu kit dan semua alatan perlindungan diri telah tersedia. Kami sekeluarga suka menggunakan set rangkaian produk Antabax dan travel Protection Pack Antabax memudahkan urusan kebersihan diri kami seharian. Selain berbau wangi dan lembut, ia juga selamat dan tidak merengsakan. 



Jika anda sedang mencari kit perlindungan peribadi yang diyakini, carilah Antabax di kedai sekitar anda hari ini. Jangan lupa untuk layari laman web Antabax untuk lebih maklumat mengenai produk:

Laman web rasmi : Lamsoon.com.myFacebook : Antabax


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/02/cara-mudah-lindungi-keluarga-dari-kuman-berbahaya-dengan-antabax-travel-protection-pack.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Membobol Password Wifi Dengan Android Dengan Mudah

Cara Membobol Password Wifi Dengan Android Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 605 hits
Pada kesempatan kali ini admin Viral akan membagikan tanpa Software Terbaru 2019 sebelum admin Viral lanjutkan teman2 ada yang belum paham apa itu wifi tentu saja semua sudah tau ya apa itu wifi dan kegunaan dari wifi itu sendiri ya di era ...
4 Cara Mudah Meredakan Rasa Cemas Yang Tengah Mendera

4 Cara Mudah Meredakan Rasa Cemas Yang Tengah Mendera

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 314 hits
Mengurangi rasa cemas bisa dilakukan dengan sejumlah hal mudah mulai mengenggam batu melihat warna tertentu mengonsumsi teh serta mendengar lagu yang menenangkan
Cara Buat Aiskrim Choki Choki Mudah Dan Sedap

Cara Buat Aiskrim Choki Choki Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1462 hits
CARA BUAT AISKRIM CHOKI CHOKI MUDAH DAN SEDAP Assalamualaikum Sebut je aiskrim choki choki dah buat Cik Rose rasa teruja Pernah viral suatu ketika dengan aiskrim choki choki ni Sana sini orang bercerita dan berkongsi cara membuatnya Ada yan...
Bersihkan Kerak Kotoran Di Blender Dengan Cara Mudah Menggunakan Kulit Telur

Bersihkan Kerak Kotoran Di Blender Dengan Cara Mudah Menggunakan Kulit Telur

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 839 hits
Bersihkan kerak kotoran di blender dengan cara mudah menggunakan kulit telur Ambil kulit dari dua butir telur dan siapkan air secukupnya Setelah itu masukkan air dan kulit telur ke dalam blender Setelah itu nyalakan blender ke kecepatan tin...
Cara Cek Oppo A37 Asli Atau Palsu Yang Mudah

Cara Cek Oppo A37 Asli Atau Palsu Yang Mudah

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 329 hits
Saat ini banyak beredar smartphone palsu Biasa disebut dengan Hp kw replika atau tiruan sekilas hampir sama bahkan harganya pun tak jauh beda dengan yang asli Oppo a37 termasuk salah satu jenis hp yang banyak tiruannya bagi orang awam mungk...
Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Maybank

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Maybank

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 693 hits
Senang sahaja nak tukar duit syiling di Maybank sebenar nya Lebih senang apabila cawangan bank anda mempunyai mesin penukaran duit syiling di dalam premis mereka Saya ada setengah balang duit syiling yang saya sempat kumpul dalam tahun 2018...
Tunaikanlah Solat Tasbih Sekurang Kurangnya Sekali Dalam Seumur Hidup Cara Mudah Buat Solat Sunat Tasbih Rileks Media

Tunaikanlah Solat Tasbih Sekurang Kurangnya Sekali Dalam Seumur Hidup Cara Mudah Buat Solat Sunat Tasbih Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 497 hits
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap tiap malam andaikata tidak sanggup kerjakanlah sekurang kurangnya sekali dalam seumur hidup ...
Cara Mengetahui Efin Pajak Yang Mudah

Cara Mengetahui Efin Pajak Yang Mudah

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 357 hits
Efin digunakan untuk e filling pajak baik wajib pajak pribadi atau wajib pajak badan Saat ini drijen pajak belum menyediakan fasilitas pendaftaran efin online Oleh karena itu banyak orang yang bingung untuk mendapatkannya Tetapi ada cara me...
Cara Mudah Untuk Kawasan Signal Internet Paling Kuat Dalam Rumah

Cara Mudah Untuk Kawasan Signal Internet Paling Kuat Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 509 hits
Cara Mudah Untuk kawasan signal internet paling kuat dalam rumah Kebiasaannya penerimaan isyarat internet 4G ataupun 3G yang sangat lemah ketika berada dalam bangunan mahupun rumah Masalah ini terjadi disebabkan gelombang yang membawa isyar...
Stop That Dot Homesoy Empowers Malaysian Women To Take Charge Of Breast Cancer Prevention

Inaugural Pos Malaysia Run 2024 A Resounding Success Celebrating Health And Community

Ramai Dari Umno Masih Pegang Jawatan Lantikan Politik

Vivo Partners With Sunway Lagoon Nights Of Frights 10 For A Spooktacular Celebration

Get A Free Galaxy Fit3 And Exclusive Accessories Discounts With Up To 50 Off With Your Galaxy A55 5g Purchase

Win Big With Toshiba Tv S October Sensation Promo

Tokoh Terkemuka Aswaja Kalah Saman Dengan Menantu Ini Fakta Kes

Ai Dance Workouts A Fun New Way To Stay Fit At Home


echo '';
Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


6 Manfaat Mendapatkan Centang Biru Akun Gmail

Best Books On Leadership

Koya Leadership Partners

Potato Wedges

Restoran Di Lipis Yang Pekerjanya Cuci Periuk Guna Penyapu Diarah Tutup

Beli Casing Phone Design Bunga