Cara Mudah Hasilkan Produk Jenama Sendiri
Berniaga adalah satu jalan penyelesaian kepada pengangguran! Setuju tak? Ramai yang mengeluh tidak dapat bekerja selepas menamatkan pengajian di IPTA/IPTS, ini menyebabkan masalah kepada pembayaran semula pinjaman pendidikan misalnya pinjaman PTPTN dan MARA
Usah pening memikirkan kerjaya, pada ketika zaman teknologi dah semakin canggih ini, banyak peluang mendapatkan income yang terbuka luas untuk direbut. Kemudah jaringan media sosial dan marketplace yang begitu banyak sekarang membuka ruang untuk kita melakukan pemasaran online produk secara sambilan dengan menjual produk orang lain
Jual Produk Orang Lain Sebelum Hasilkan Produk SendiriMenjual produk orang lain ni, kita biasa panggil bisnes dropship. Kita lakukan pemasaran, pelanggan beli dengan harga rendah dan jual dengan harag pasaran. Penghantaran dan pembungkusan dilakukan sepenuhnya oleh pengeluar/pembekal/pemilik produk tersebut. Kerja dropship ni mudah, kerana tak perlu fikir soal stok, pembungkusan dan pengeposan. Agen dropship cuma cari pelanggan dan kutip keuntungan dalam setiap jualan
Kenapa perlu belajar menjual produk orang lain sebelum hasilkan produk sendiri? Ini kerana anda perlu belajar teknik pemasaran dan berniaga dengan cara yang betul. Disamping itu, anda dalam tak sedar telah membina networking melalui pelanggan setia, mudahlah anda pasarkan produk jenama anda nanti
Nak Buat Produk Jenama Sendiri Tapi Ada Masalah?Saya tahu ramai yang mengimpikan mempunyai produk jenama sendiri. Nak berniaga ni tak mengira latar belakang pendidikan pun, asalkan anda mempunyai minat dan semangat membina empayar perniagaan
Jika anda sedang merancang menghasilkan produk jenama sendiri tetapi ada masalah seperti dibawah ini
1. Tak tahu bagaimana cara nak bermula?
Jika anda tahu langkah-langkah dalam hasilkan produk jenama sendiri, saya yakin anda akan tahu bagaimana nak bermula.
2. Tak tahu macam mana nak buat?
Apabila kita dah cara nak mula, timbul pula persoalan macam mana nak buat produk sendiri.
3. Tak tahu dimana nak buat?
Nak buat produk jenama sendiri ni, perlu tahu produk jenis apa yang anda nak buat. Pelbagai jenis produk yang anda boleh buat, seperti produk makanan, produk kesihatan, produk kosmetik, produk supplement dan sebagainya. Nak buat produk semestinya anda perlukan kilang yang terbaik
4. Tak tahu kilang OEM dimana?
Terdapat banyak kilang OEM (Original Equipment Manufacturing) yang ada di Malaysia ni. Pelbagai tawaran MOQ (Minimum Order Quantity) yang disediakan kilang-kilang OEM ni. Persoalannya dimana kilang OEM yang anda boleh dapatkan servis terbaik dengan harga yang berpatutan
5. Tiada ilmu dalam menghasilkan produk sendiri?
Ilmu boleh dicari, pelbagai kursus yang diadakan oleh agensi Kerajaan seperti DIDR setiap negeri. Ada juga individu yang lebih berpengalaman mengadakan seminar untuk usahawan baru yang memulakan perniagaan produk sendiri.
6. Tak tahu berapa modal?
Modal juga adalah masalah jika anda tidak mempunyai cukup bajet untuk hasikan produk sendiri. Adalah penting anda ketahui modal permulaan untuk menghasilkan produk jenama sendiri nanti
7. Tak tahu nak buat design bagaimana?
Bila dah ada produk, design untuk pemasaran dan pembungkusan perlu difikirkan. Ada kilang yang menawarkan perkhidmatan ini sekali dalam pakej tersebut
8. Tak tahu nak pakai botol macam mana?
Botol yang digunakan untuk menyimpan produk perlu diketahui cara nak pilih. Terdapat kilang yang merekabentuk botol produk mengikut kehendak anda.
9. Tak tahu nak guna sistem menjual produk?
Pada peringkat permulaan, anda boleh gunakan perkhidmatan ecommerce platform seperti Shopee, Lazada, Mudah, Facebook & Instagram sahaja. Tetapi, apabila pernigaan anda semakin naik, anda perlukan sistem menjual yang lebih efektif dan efisen.
10. Tak tahu undang-undang produk?
Nak buat produk BUKAN TIMBANG KILO, memerlukan kita faham keperluan undang-undang berkaitan. Produk perlu berdaftar dengan KKM sebelum mula dipasarkan kepada pengguna
11. Tak tahu macam mana nak pasarkan produk?
Kos pemasaran untuk produk boleh dikatakan PALING PENTING untuk dimasukkan dalam bajet perniagaan. Tiada pemasaran, maknanya MATI lah perniagaan anda. Platform yang betul dan teknik yang betul membantu meningkatkan jualan produk anda nanti
12. Tak tahu tentang sijil-sijil yang diperlukan?
Jika anda mendapatkan khidmat kilang yang pakar dalam membina produk jenama sendiri, perkara ini akan diterangkan dalam sesi perbincangan. Sijil-sijil yang berkaitan untuk mula menghasilkan produk sendiri
13. Tak tahu jabatan kementerian mana terlibat?
Ini penting, kerana anda akan berurusan dengan Jabatan/Kementerian terbabit untuk pendaftaran dan kelulusan produk anda.
Panduan Menghasilkan Produk Jenama SendiriPersoalan diatas ada jawapannya. Saya yakin anda tidak akan berhenti disini tanpa melakukan apa-apa untuk mencapai impian anda itu
Saya ingin mengongsikan kepada anda semua, sebuah Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk ini untuk mendapatkan segala maklumat dan ilmu bagaimana cara menghasilkan produk jenama sendiri sebelum menjana juataan ringgit
Jika dibandingkan dengan menghadiri kursus dan seminar, saya yakin kos untuk mendapatkan ilmu berguna daripada Founder Produk CoolHijab terkenal, Hafiz Mansor ini jauh lebih murah dan bermanfaat untuk bakal Founder Baru
Nak tahu lebih lanjut mengenai buku ini, klik link dibawah.
[ Download ] http://bit.ly/EbookOwnerProduk
Semoga dengan apa yang saya kongsikan didalam artikel ini membantu anda menyelesaikan permasalahan yang selama ini membelenggu fikiran anda dalam mencari cara mudah hasilkan produk jenama sendiri nanti
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.elihjapahar.net/2019/12/cara-mudah-hasilkan-produk-jenama.html