5 Cara Praktikal Untuk Buat Tahun 2020 Korang Lebih Bagus Dan Produktif
5 Cara Praktikal Untuk Buat Tahun 2020 Korang Lebih Bagus Dan Produktif | Alhamdullilah dah masuk tahun 2020 dah kita. Tahun 2020 ini boleh nampak betapa mencabarnya untuk kita rakyat Malaysia.
Tapi dalam keadaan mencabar macam ni, kita kena cari jalan untuk jadikan hidup kita lebih baik dan lebih produktif. Tak nak lah kita masih ulang benda benda yang sama dan tak ada kebaikan dari tahun-tahun lepas kan?
5 Cara Praktikal Untuk Buat Tahun 2020 Korang Lebih Bagus Dan ProduktifDalam entry kali ini, Fadzi nak kongsikan dengan korang antara cara yang boleh kita lakukan untuk menjadikan tahun 2020 ini lebih baik serta lebih produktif. Nak kata azam tahun baru, lebih kurang lah. Jom mula.
1. Belajar Kemahiran BaruDekat dunia ni banyak sangat skill dan kemahiran yang kita boleh belajar. Kalau selama ini kita selalu habiskan masa lapang dengan menonton TV cerita drama, apa kata belajar menulis, melukis, coding, bertukang dan buat kek.
Bukan setakat dapat aktifkan semula otak kita, malah boleh buat duit sampingan lagi. Nak nak lagi dalam keadaan ekonomi Malaysia tahun 2020 yang tak menentu ini.
Fadzi dari hujung tahun lepas lagi cuba belajar macam-macam jenis skill baru antaranya menulis, menangkap gambar serta food styling dan yang terbaru digital art.
Kalau korang berminat nak belajar kemahiran baru macam ni, korang boleh mula cari kelas-kelas online dekat FB, search dekat Google atau nak senang, terus boleh sign up untuk kelas-kelas online yang lebh professional melalui Udemy, Skillshare atau LinkedIn Learning.
2. Keluar Dari Comfort ZoneMungkin nak keluar dari comfort zone tu perkara yang paling susah kita nak buat. Bayangkan kita dah selesa dengan kerja yang ada, mampu untuk berbelanja. Tapi tak ada peningkatan dalam kerjaya.
Cuba berbincang dengan bos, beri peluang untuk lakukan pekerjaan yang berbeza. Atau pergi cuba nasib ke syarikat yang berbeza. Atau cuba mohon kerja ke luar negara. Atau cuba buat side bisnes yang mungkin berbeza dari bidang korang.
Fadzi sendiri dah selesa jadi housewife, menulis di blog sendiri. Tapi Fadzi cuba nak keluar dari comfort zone itu. Fadzi mula masuk kelas-kelas online dan cuba benda baru.
Memang payah nak mula tapi bila dah mula, korang akan jumpa macam-macam peluang yang korang tak akan jumpa kalau korang masih berada di dalam comfort zone tu.
Kalau korang nak tahu, Fadzi bermula dengan buat servis ghostwriter. Kiranya Fadzi menulis bagi pihak lain tapi orang tak tahu itu adalah hasil Fadzi. Fadzi hanya dapat duit dan orang yang upah Fadzi tu akan dapat hak sepenuhnya untuk hasil yang Fadzi dah tulis.
Dari menulis artikel untuk blog dan website orang lain, Fadzi dapat peluang untuk menukar video kepada teks. Teks tersebut pula akan dibukukan. Buku tu insyaAllah bulan Januari akan siap dan dipasarkan.
Lepas tu Fadzi berpeluang pula untuk buat kerja translation dari English ke Bahasa Melayu. Yang lagi tak disangka-sangka, Fadzi dapat pula jadi Virtual Assistant. Dan semua servis-servis ni boleh tahan juga bayarannya.
3. Kolaborasi Dengan Orang LainBak kata pepatah orang, "Kalau nak cepat, bergerak secara bersendiri, kalau nak pergi jauh, secara berkumpulan". Pernah tak dengar ayat ni?
Maksudnya kalau nak berjaya cepat, korang buat kerja sorang-sorang. Memang cepat berjaya, dapat duit pun banyak tapi penat. Sampai mana sajalah larat nak buat semua kerja sorang-sorang kan?
Tapi kalau korang nak berjaya long term, berkolaborasilah dengan orang lain. Buat team, cari orang, berkongsi ilmu, berkongsi kejayaan. InsyaAllah kita mampu pergi jauh dalam bidang kita.
Kalau rasa kita tak mampu nak cari dan bayar orang, apa kata kita yang jadi orang yang diupah. Ataupun bagi win win situation. Kolaborasi boleh jadi dalam bentuk apa saja. Yang penting kena kreatif.
Tahun 2020 ni Fadzi planning untuk buat akaun Youtube dan nak juga berkolaborasi dengan Youtuber-Youtuber lain. InsyaAllah semuanya masih dalam perancangan.
4. Banyakkan MembacaMembaca itu jambatan ilmu. Sekarang ni kita dah tak terikat dengan membaca buku semata-mata. Boleh saja korang baca artikel-artikel yang bermanfaat dekat internet ni.
Macam-macam jenis artikel yang korang boleh cari dan baca. Kalau nak baca tentang personal finance, korang boleh baca blog RinggitOhRinggit. Korang oleh tau tentang cara-cara nak buat investment dalam Malaysia.
Kalau nak baca pasal parenting, korang boleh follow Facebook ParentConnect. Facebook ni banyak bercerita tentang real life problem parenting dan kanak-kanak.
Itu sebahagian contoh yang Fadzi boleh bagi. Banyak lagi info yang korang boleh dapat di internet. Tak macam dulu yang cuma bergantung kepada buku. Sekarang kita boleh membaca di mana-mana saja asalkan ada internet.
Tahun ini Fadzi plan untuk membaca at least 1 buku untuk 1 minggu. Rugi pula rasanya bila Fadzi tak berpeluang untuk pergi ke jualan gudang buku Utusan tahun lepas. Banyak buku yang dijual dengan harga serendah RM0.50. CUma itu lah, tak ada kesempatan nak pergi beli.
5. Buat PerancanganBuat plan untuk semua aspek dalam hidup korang. Dari sekecil-kecil benda hinggalah ke sebesar-besarnya. Contoh perkara yang korang boleh cuba mula buat plan sekarang adalah seperti menu masak setiap hari, budget duit keluar masuk dan plan artikel blog.
Macam-macam benda lah yang boleh rancang seawal mungkin. Semua plan ini akan menjimatkan masa, duit dan tenaga. Fadzi sendiri dah mula buat plan macam ni 2 tahun lepas dan memang banyak sangat membantu.
Apa yang Fadzi tulis dekat atas ni mungkin terlalu general. Tapi korang boleh fokuskan lagi dengan menyenaraikan apa perkara yang korang nak improve dalma kehidupan korang dan terus buat.
Untuk hari pertama tahun 2020 ini, apa antara perkara yang korang dah ubah tentang diri sendiri? Apa perkara yang korang buat untuk membuatkan tahun 2020 ini lebih produktif?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2020/01/5-cara-praktikal-untuk-buat-tahun-2020.html