Cara Mohon Dan Semak Geran Program Agropreneur Muda 2020


Last updated Jun 22, 2020
Program Agropreneur Muda.
Program ini diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.
Melalui program ini, kerajaan mahu menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.
Antara objektif program ini diwujudkan adalah untuk: Menarik golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai salah sebuah industri yang berdaya maju. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020) Agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang terlibat dalam Program Agropreneur Muda ini ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),
Terdapat 4 sektor utama di dalam Program Agropreneur Muda ini iaitu:
Tanaman Perikanan Ternakan Industri Asas Tani Bagi tahun 2020, permohonan bagi Program Agropreneur Muda dibuka dalam tiga fasa iaitu:
Fasa 1: 1 – 31 Januari 2020 Fasa 2: 1 – 31 Mei 2020 (dilanjutkan sehingga 15 Jun 2020) Fasa 3:1 – 30 September 2020 Jenis Bantuan dalam Program Agropreneur Muda Terdapat 3 jenis bantuan yang ditawarkan melalui Program Agropreneur Muda ini iaitu:
Geran Agropreneur Muda (GAM)
GAM ialah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksima RM20,000.00 setiap individu dan ianya tidak perlu dibayar balik.
Matlamat pemberian geran ini ialah dapat memberi impak dalam jangka masa panjang dari aspek perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.
Senarai pakej GAM ini boleh dilihat melalui di sini.
Pakej Pembiayaan
Pakej Pembiayaan diberikan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun. Had maksimum pembiayaan telah ditetapkan melalui agensi pembiayaan seperti:
(i) Agrobank: Pembiayaan sehingga RM50,000 hingga RM200,000 bagi setiap projek.
(ii) TEKUN Nasional: Pembiayaan sehingga RM 50,000 bagi setiap projek.
Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan
Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian akan dilaksanakan melalui program-program yang dijalankan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh MOA berkaitan dengan projek yang dijalankan. SYARAT KELAYAKAN Syarat-syarat bagi melayakkan para pemohon dalam menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia. Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Pemohon boleh membaca, mengira, dan menulis. Pemohon yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh jabatan/agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA. Pemohon memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada. Terdapat syarat tambahan bagi permohonan GAM iaitu pemohon yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MOA adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal. Setiap pemohon layak menerima GAM sekali seumur hidup sahaja.
Bagi Pakej Pembiayan pula, terdapat syarat tambahan permohonan Pakej Pembiayaan iaitu:
Projek sedia ada telah melebihi tempoh setahun beroperasi. Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran. Mendapat sokongan teknikal daripada jabatan/agensi pembimbing dan agensi pembiayaan. Cara-cara untuk memohon Pemohon yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat jabatan/agensi daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen seperti berikut:
Borang UAM 01/14 (pin.02/18) berserta salinan kad pengenalan yang disahkan oleh pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk panduan). Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 (pin.02/18) yang perlu disertakan anggaran sebut harga. Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MOA. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori pembiayaan). Carta alir permohonan GAM boleh dilihat di sini manakala carta alir permohonan Pakej Pembiayaan boleh dilihat di sini.
Terdapat beberapa prosedur untuk permohonan ini sama ada diluluskan atau ditolak iaitu:
Permohonan GAM berserta dokumen-dokumen yang lengkap dari Jabatan/Agensi Ibu Pejabat akan dikemukakan kepada pihak UAM, MOA untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Geran & Pembiayaan Program Agropreneur Muda dan Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Program Agropreneur Muda. Dokumen Tawaran Kelulusan berserta Surat Aku Janji serta Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui Jabatan/Agensi. Bagi permohonan Pakej Pembiayaan, dokumen-dokumen yang lengkap daripada TEKUN/Agrobank Peringkat Cawangan akan dikemukakan kepada pihak TEKUN/Agrobank Peringkat Ibu Pejabat untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan Agensi Pembiaya. Hanya peserta yang lulus sahaja akan dihubungi dan diberi Surat Kelulusan melalui jabatan/agensi pembimbing yang berkaitan. PELAKSANAAN GAM DAN PAKEJ PEMBIAYAAN Setelah permohonan pemohon diluluskan, berikut merupakan pelaksanaan bagi GAM:
Surat Aku Janji – Borang UAM 2/18 dan Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan – Borang UAM 06/17 (pin. 1/18) hendaklah dikembalikan dalam tempoh sah laku berserta tiga sebutharga yang lengkap (SSM/MOF) yang disahkan oleh Jabatan/Agensi Daerah/Negeri. Bagi syarikat yang mengenakan cukai, Surat Pendaftaran SST perlu dilampirkan bersama dan disahkan oleh jabatan/agensi yang terlibat. Selepas itu, Jabatan/Agensi peringkat daerah bertanggungjawab menguruskan bantuan kepada pemohon GAM yang akan diselaraskan oleh jabatan/agensi Ibu Pejabat masing-masing. Bagi perolehan GAM, peruntukan akan disalurkan kepada pembekal secara terus berkaitan projek yang diluluskan melalui agensi pembayar iaitu Agrobank. Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala sedia ada yang telah diatur oleh jabatan/agensi sepanjang tahun. Bagi pembiayaan pula, beberapa langkah pelaksanaan Pakej Pembiayaan akan dilakukan seperti berikut:
Pengeluaran wang adalah secara berperingkat mengikut kemajuan projek dan mestilah disokong berdasarkan dokumen yang sah. Jumlah pembiayaan yang diluluskan akan terus disalurkan ke akaun pemohon bagi pembiayaan di bawah TEKUN. Manakala bagi pembiayaan di bawah Agrobank, bayaran bagi pembekalan akan disalurkan ke akaun pembekal. Pembiayaan semula melalui TEKUN atau Pembiayaan Tambahan melalui Agrobank adalah dibenarkan untuk kali kedua hanya untuk satu projek yang sama dengan syarat bayaran pembiayaan terdahulu mempunyai rekod bayaran yang baik bagi tempoh dua belas bulan. Tempoh penangguhan bayaran (Grace Period) diberikan bagi projek sehingga dua belas bulan dari tarikh pertama pengeluraan berjaya dilakukan. Pelaksanaan pembiayaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dan Agrobank. PERTANYAAN DAN INFO LANJUT Bagi yang berminat dan ingin mengajukan pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak kementerian melalui:


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/06/cara-mohon-dan-semak-geran-program-agropreneur-muda-2020/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Khas Perbendaharaan 2020 Cara Permohonan Penyediaan Laporan Program

Bantuan Khas Perbendaharaan 2020 Cara Permohonan Penyediaan Laporan Program

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 438 hits
BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN 2020 CARA PERMOHONAN PENYEDIAAN LAPORAN PROGRAM APA ITU BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan adalah Bantuan Kewangan kerajaan yang diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi tuj...
Cara Tuntutan Program Saringan Prihatin Perkeso

Cara Tuntutan Program Saringan Prihatin Perkeso

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 473 hits
CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PSP PERKESO Sebelum ini kerajaan mengumumkan tentang yang menjalankan ujian saringan Covid 19 Disini kami akan kongsikan CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PSP PERKESO SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SU...
6078 24 Ahli Badan Bebas Sprm Terima Surat Cara Pelantikan Sinar Harian 30 06 2020

6078 24 Ahli Badan Bebas Sprm Terima Surat Cara Pelantikan Sinar Harian 30 06 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 601 hits
PUTRAJAYA Seramai 24 ahli badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerima surat cara dan pelantikan hari ini Mereka yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dila...
6032 Mmga Sasar Anak Muda Kembalikan Kegemilangan Islam Melayubangkitnews 13 06 2020

6032 Mmga Sasar Anak Muda Kembalikan Kegemilangan Islam Melayubangkitnews 13 06 2020

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 378 hits
CYBERJAYA Kempen Make Muslim Great Again mensasarkan satu juta penglibatan anak muda menerusi platform KitaCool com dalam mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam Pengasas Malakat Mall Mohd Fadzil Hashim berkata kempen kesedaran ini digerak...
Bantuan Iks Baiks 2020 Cara Mohon Kemaskini Status

Bantuan Iks Baiks 2020 Cara Mohon Kemaskini Status

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 606 hits
BANTUAN IKS BAIKS 2020 CARA MOHON KEMASKINI STATUS Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan ada menyediakan Bantuan IKS atau ringkasnya BAIKS kepada usahawan IKS di Negeri ...
6031 Mmga Fokus Anak Muda Kembalikan Kegemilangan Islam Malakat Tribune 13 06 2020

6031 Mmga Fokus Anak Muda Kembalikan Kegemilangan Islam Malakat Tribune 13 06 2020

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 373 hits
CYBERJAYA Kempen Make Muslim Great Again mensasakan satu juta penglibatan anak muda menerusi platform KitaCool com dalam mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam Pengasas Malakat Mall Mohd Fadzil Hashim berkata kempen kesedaran ini digerakk...
Cara Bina Rumah Secara Tunai Sebelum Pencen Rahsianya Beli Rumah Semasa Muda

Cara Bina Rumah Secara Tunai Sebelum Pencen Rahsianya Beli Rumah Semasa Muda

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 480 hits
Menjadi impian setiap orang untuk memiliki rumah yang sepenuhnya menjadi hak milik persendirian Ringkas kata memiliki rumah secara mutlak atau bebas hutang Hari ini dengan
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel