Hari raya aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Terdapat beberapa cara mohon bantuan raya 2024 seluruh negeri yang disediakan mengikut pihak yang bertanggungjawab. Mohon bantuan raya 2024 mungkin menjadi suatu kepentingan untuk sesetengah pihak bagi membantu dan memberi sokongan kewangan bagi mereka yang memerlukan.
Untuk rakyat Kelantan ada disediakan bantuan daripada MAIK sebagai inisiatif untuk membantu para asnaf. Anda boleh merujuk jenis bantuan, kadar bantuan, syarat kelayakan pada pautan dibawah.
Bagi rakyat Terengganu, kerajaan negeri ada menyediakan bantuan i-fitri yang disediakan setiap kali tiba musim perayaan. Bantuan juga disediakan dengan pemberian secara one-off melalui permohonan di laman I-Bantuan. Rujuk maklumat lebih lanjut pada pautan disediakan:
Bantuan yang disediakan oleh MUIP adalah untuk membantu para asnaf dalam menyediakan dan membuat persiapan hari raya. Bantuan ini boleh dimohon melalui semakan amil berdasarkan syarat-syarat kelayakan. Rujuk syarat kelayakan dibawah:
Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Seluruh Negeri 22
Melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengumumkan peruntukan RM31.9juta untuk disalurkan kepada mereka yang layak. Bantuan akan diagihkan diantara RM300-RM1000 berdasarkan jumlah tanggungan keluarga bulanan. Bagi bakal penerima boleh membuat semakan pada pautan semakan LZS dibawah.
Berita gembira untuk rakyat Perak. Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sejumlah RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan ketua kampung. Bantuan ini akan disalurkan kepada mereka sebelum raya.
Penjawat awam Pulau Pinang mendapat bantuan raya daripada kerajaan negeri dengan jumlah bantuan RM1,200. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow melalui bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) 2024.
Cara Mohon Bantuan Raya 2024 Seluruh Negeri 23
Majlia Agama Islam Melaka turut bersetuju menyalurkan Bantuan Persediaan Ramadan kepada golongan asnaf fakir sebanyak RM400 bagi setiap ketua isi rumah, manakala isi rumah golongan itu akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.
Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT(ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah berhampiran. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |