Kadar Fidyah Setiap Negeri Cara Bayaran Online Jakim


TAK SEMPAT GANTI PUASA TAHUN LALU ATAU SEBELUMNYA? INI KADAR FIDYAH YANG PERLU DIBAYAR
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.
Adakah anda tak sempat ganti puasa tahun lalu?
Anda tak pasti sama ada kena bayar fidyah atau tidak?
Jom kami kongsikan maklumat berikut.
Apakah Itu Fidyah? Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.
DALIL PENSYARIATAN FIDYAH
 i) Al-Quran
Firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 184)
ii) Al-Hadis
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Kadar Fidyah Setiap Negeri Berikut adalah Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2023
Kedah: RM1.80 Gandaan : Pilihan atas kemampuan Perlis: RM5.00 Gandaan : Tidak dikenakan Pulau Pinang: RM1.75 Gandaan : Ya Perak: RM1.90 Gandaan : Ya Selangor: RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan) Gandaan : Ya Wilayah Persekutuan: RM4.00 Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan Negeri Sembilan: RM1.75 Gandaan : Ya Melaka: RM1.80 Gandaan: Ya Johor: RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan) Gandaan : Ya Pahang: RM1.75 Gandaan : Ya Terengganu: RM1.75 Gandaan : Ya Kelantan: RM1.75 Gandaan : Ya Sarawak: RM1.75 Gandaan : Ya Sabah: RM1.75 Gandaan : Ya Sumber: JAKIM Senarai link untuk pembayaran fidyah secara online:
Pahang: https://ebayt.muip.gov.my/…/apps/main/module/index.php… Johor: https://epayment.maij.gov.my/ Selangor: https://fpx.zakatselangor.com.my/… Negeri Sembilan: https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php… Melaka: https://fidyah.maim.gov.my/ Perak: https://fidyah.maiamp.gov.my/ Pulau Pinang: https://www.google.com/…/zakatpenang.com/zakat-fidyah/amp/ Kedah: http://fidyahkedah.gov.my/cara-pembayaran.php Perlis: https://www.maips.gov.my/index.php… Kelantan: https://efidyah.e-maik.my/ Wilayah persekutuan: https://www.zakat.com.my/ Terengganu: https://app3.maidam.gov.my/fidyah/ Sabah: https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php Sarawak: https://www.tbs.org.my/www/?page=113 Cara Kira Fidyah Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.
Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.
Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.
Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.
Kadar Fidyah Yang Perlu Dibayar : Apa Itu Gandaan Fidyah? Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.
Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).
Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar
Semoga bermafaat dan jangan lupa membayar fidyah!
Baca juga :
5 Golongan Yang Wajib Bayar Fidyah Niat Ganti Puasa Ramadan : Lafaz & Hukum Gabung Puasa Sunat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kadar-fidyah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kadar-fidyah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukai Taksiran Kadar Dan Cara Bayaran

Cukai Taksiran Kadar Dan Cara Bayaran

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 258 hits
Sekiranya anda merupakan seorang pemilik kediaman anda perlulah membayar Cukai Taksiran kepada pihak berkuasa temmpatan majlis bandaraya majlis perbandaran Misalnya sekiranya anda memiliki kediaman di Kuala Lumpur maka anda perlu membayar c...
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Negeri Johor 2024

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Negeri Johor 2024

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 311 hits
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Negeri Johor 2024 Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menetapkan kadar bayaran untuk tahun 2024 dengan menambah satu lagi zakat fitrah yang khasnya untuk golongan berada menjadikannya kepada tiga berbanding...
2 Cara Beli Tiket Bas Online Serta Panduannya

2 Cara Beli Tiket Bas Online Serta Panduannya

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 284 hits
2 Cara Beli Tiket Bas Online serta Panduannya 32 Pembelian pada masa kini lebih mudah dan pantas berbanding pembelian tiket secara fizikal di kaunter kaunter tiket Anda juga dapat menjimatkan masa dengan membeli tiket bas secara online Jika...
Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 264 hits
Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan dapat berjimat RM22 826 65 sebulan apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji pokok sejak dilantik pada Nov 2022 PETALING JAYA Tanggungan kerajaan bagi pembayaran pencen untuk pesara perkhi...
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan

5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 477 hits
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan 7 Pelbagai cara bayar online yang boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin membayar zakat di Malaysia Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan musl...
Cara Semakan Keputusan Stpm 2021 Secara Online Dan Sms

Cara Semakan Keputusan Stpm 2021 Secara Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 209 hits
Pastinya calon calon STPM tidak sabar untuk ketahui keputusan peperiksaan yang mereka hadapi untuk tahun 2021 Tambahan pula dengan pelbagai cabaran yang dihadapi terutamanya ketika pandemik yang masih lagi berlaku Majlis Peperiksaan Malaysi...
Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2024m 1445h

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2024m 1445h

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 256 hits
Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2024M 1445H Sudahkah anda membayar Zakat Tahu tak kadar Zakat Fitrah untuk megeri masing masing Kalau korang tak pasti boleh tengok gambar di atas tu ya Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi T...
7 Cara Tingkatkan Trafik Blog Panduan Komprehensif

7 Cara Tingkatkan Trafik Blog Panduan Komprehensif

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 284 hits
Meningkatkan Trafik Blog Anda Panduan KomprehensifMempunyai trafik blog yang tinggi adalah impian setiap penulis blog Ia tidak hanya meningkatkan visibiliti blog anda tetapi juga memperluaskan jangkauan audiens anda Dalam artikel ini kami a...
Ini Cara Buat Cili Jeruk Jangan Lupa Masukkan Benda Ni

Ini Cara Buat Cili Jeruk Jangan Lupa Masukkan Benda Ni

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 183 hits
Pada yang ada menanam cili padi atau cili besar tiba musim ia berbuah dan memang banyak marilah kita buat jeruk cili Jika banyak pula bimbang nak simpan tak tahan lama Jadi kita buatlah jeruk cili ya Resepinya cukup mudah buat jeruk cili pa...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur