Cara Merawat Tenaga Batin Lemah


 Cara merawat tenaga batin lemah. 'BRO, engkau mati pucuk ke?' Itu gurauan sinis rakan-rakan kepada lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga, tetapi belum dikurniakan zuriat.


Bagi lelaki yang berhati 'kebal', pastinya kalis dengan sindiran berkenaan. Namun, berbeza dengan lelaki berhati sensitif, tentunya akan 'sentap' dengan gurauan kasar itu.

Persoalannya, adakah benar mati pucuk penyebab seorang lelaki sukar mendapat zuriat?


Pakar Sakit Puan dan Perbidanan MetroIVF Dr Ahmad Zharif Hussein berkata, mati pucuk (ED) ialah ketidakupayaan mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk hubungan seksual.
Cara merawat tenaga batin lemah"Ia adalah salah satu masalah seks lelaki yang amat serius dan paling banyak berlaku di negara ini.


"Kajian 'cross sectional' pada 2011 ke atas 1,331 lelaki berusia 40 hingga 76 tahun mendapati, usia purata lelaki mengalami ED ialah 54.7 tahun.


"Hasil kajian ini juga menunjukkan, semakin meningkat usia, maka masalah ED turut semakin meningkat daripada 49.7 peratus sehingga 93.9 peratus," katanya.


Beliau berkata, kajian seterusnya ialah pada 2016 membabitkan 400 lelaki berusia 18 tahun ke atas di Johor Bahru dan Segamat, Johor.


"Daripada kajian itu, hampir 81 peratus dilaporkan mempunyai masalah ED.


"Masalah ini berkait rapat dengan tekanan tinggi dan peningkatan usia," katanya.
Merawat tenaga batin lemahBeliau berkata, ED memberi impak yang besar dalam hubungan kelamin bersama pasangan, mengganggu kualiti hidup lelaki dan pasangan.


"Lelaki mengalami masalah ini akan berasa tekanan yang keterlaluan dan akhirnya tercetus konflik rumah tangga," katanya.


Dr Ahmad Zharif berkata, amat penting untuk mempertimbangkan keadaan kesihatan fizikal dan psikososial lelaki yang mengalami masalah mati pucuk sebelum memulakan rawatan.


Menurutnya, mati pucuk boleh mengganggu kesuburan dan menyebabkan mereka lambat mendapat zuriat.


"Ini kerana, apabila zakar gagal untuk ereksi secara semula jadi, ia menyebabkan ejakulasi tidak berlaku.
Punca tenaga batin lemah"Keadaan ini menyebabkan sperma tidak dapat masuk dalam rahim bagi membolehkan persenyawaan semula jadi berlaku di saluran peranakan," katanya.


Menurutnya, terdapat empat punca berlakunya mati pucuk. Pertama ialah gangguan pengaliran darah ke zakar.


"Antara contoh keadaan yang boleh mengganggu pengaliran darah ke zakar ialah merokok, kencing manis, tekanan darah tinggi, obesiti, hiperkolesterolemia, sakit jantung dan proses penuaan.


"Sebelum berlaku masalah pengurangan darah ke organ lain seperti jantung, zakar adalah organ terawal mengalami pengurangan darah ke zakar dahulu.


"Kajian membuktikan bahawa mati pucuk adalah salah satu tanda awal sebelum serangan jantung ataupun sakit jantung pada masa hadapan," katanya.


Katanya, malah ada juga kajian mendapati bahawa 15 peratus lelaki yang mengalami mati pucuk mengalami masalah jantung dalam tempoh tujuh tahun akan datang.


Dr Ahmad Zharif berkata, punca kedua ialah masalah saraf (neurologi).


Sistem saraf adalah sistem yang amat penting selepas sistem pengaliran darah ke zakar.


Katanya lagi, sistem saraf membantu zakar untuk ereksi. Jika sistem saraf terganggu, ia juga boleh menyebabkan mati pucuk.


"Antara punca yang boleh menyebabkan sistem saraf terganggu ialah angin ahmar, penyakit seperti kencing manis, kecederaan saraf tunjang atau pembedahan prostat dan di zakar yang boleh merosakkan saraf pada organ terbabit," katanya.


Beliau berkata, punca ketiga pula ialah pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit kronik.


"Sebilangan besar ubat untuk penyakit kronik boleh mengganggu sistem saraf dan sistem endokrin lelaki.


"Hal ini kerana, ia boleh menurunkan tahap testosteron atau menghalang fungsi testosteron secara semula jadi.


"Testosteron adalah hormon lelaki yang membantu menaikkan nafsu (libido) untuk lelaki. Jika ia berkurangan, ia boleh menyebabkan mati pucuk juga," katanya.


Katanya, antara ubat yang boleh menyebabkan mati pucuk ialah ubat sakit kronik seperti darah tinggi dan tekanan.


"Ini bukan bermaksud pengambilan ubat kali pertama, memberi kesan serta-merta, tetapi impaknya mengambil masa yang agak lama," katanya.


Menurutnya, punca terakhir yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk ialah masalah psikiatri serius.


"Kebanyakan mereka akan berasa kemurungan dan tekanan. Apabila masalah ini berlaku, ia menyebabkan keadaan mati pucuk semakin serius.


"Hilang libido dan kurang minat dalam aktiviti seksual adalah gejala kemurungan yang biasa berlaku dalam kalangan pesakit mati pucuk," katanya.


Jelasnya, mati pucuk adalah keadaan yang amat menyedihkan bagi lelaki.


"Kebanyakan lelaki mereka mengambil mudah masalah mati pucuk dan menganggap ia disebabkan proses penuaan.


"Perasaan malu dan ego yang amat tebal menyebabkan mereka enggan berjumpa doktor untuk mengetahui apakah punca sebenar masalah mati pucuk dialami mereka.


"Rata-rata yang mengalami mati pucuk akan cuba mengelakkan hubungan intim bersama pasangan. Ini kerana, hubungan seksual adalah perkara paling menyedihkan bagi mereka disebabkan zakar tidak mampu menegang dan memuaskan pasangan," katanya.


Tambahnya, bagi suami yang mengalami mati pucuk, usah malu untuk melakukan saringan bagi mengetahui punca sebenar masalah ini dan mendapatkan rawatan.


Katanya lagi, sangat penting mencegah dan merawat masalah itu sebelum terlambat.


"Ia boleh dirawat sekiranya dikesan lebih awal.


"Rasa malu tidak bertempat hanya akan 'memakan' diri mereka yang akan membuatkan hidup dalam tekanan berpanjangan," katanya.


Ditanya mengenai rawatan ED, Dr Ahmad Zharif berkata, pertama ialah mengenal pasti penyebab kepada masalah itu dan merawatnya.


Katanya, sebagai contoh, jika ED berpunca daripada kencing manis, maka pesakit perlu mengawal penyakit berkenaan.


"Sekiranya disebabkan oleh masalah obesiti, maka hendaklah mengurangkan berat badan.


"Begitu juga dengan tekanan, ia perlu dikawal dengan sebaiknya. Pada asasnya, pesakit perlu memperbaiki cara hidup ke arah yang lebih baik," katanya.


Dr Ahmad Zharif berkata, terdapat beberapa ubat yang membantu merawat masalah ED seperti viagra, 'cialis', 'testosterone therapy' dan 'stendra'.


"Bagaimanapun, saya hendak mengingatkan kepada pesakit ED supaya berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat untuk merawat masalah ini," katanya. - Cara merawat tenaga batin lemah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2022/05/cara-merawat-tenaga-batin-lemah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malu Dituduh Tidak Subur Atau Lemah Tenaga Batin

Malu Dituduh Tidak Subur Atau Lemah Tenaga Batin

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 258 hits
Malu dituduh tidak subur atau lemah tenaga batin PERJALANAN dalam mengharungi masalah ketidaksuburan memerlukan pasangan itu sama ada lelaki atau wanita untuk menempuhi segala rintangan berdua Ini termasuk dari awal semasa peringkat saringa...
Lemah Tenaga Batin Apa Yang Anda Perlu Buat

Lemah Tenaga Batin Apa Yang Anda Perlu Buat

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 600 hits
Lemah Tenaga Batin Apa yang Anda Perlu Buat Anda sebagai suami jangan tewas di ranjang setiap kali bersama isteri Mungkin anda perlu mengambil untuk lelaki bagi menyelesaikan masalah ini Ini kenyataan yang sangat membimbangkan di mana lelak...
Tanda Tanda Lemah Tenaga Batin Mati Pucuk Dan Kaedah Rawatan

Tanda Tanda Lemah Tenaga Batin Mati Pucuk Dan Kaedah Rawatan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 299 hits
Tanda Tanda Lemah Tenaga Batin Mati Pucuk Dan Kaedah Rawatan Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuas...
Cara Mudah Menjaga Kesihatan Semasa Menziarahi Keluarga Dan Saudara Mara

Cara Mudah Menjaga Kesihatan Semasa Menziarahi Keluarga Dan Saudara Mara

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 311 hits
Assalammualaikum dan hai Hari ini masuk Raya ke 9 buat semua umat Islam Mesti ramai yang masih dijemput ke rumah terbuka bukan Memandangkan ini adalah Aidilfitri yang dirai dalam fasa Endemik semestinya ramai yang ingin meraikannya seperti ...
Hfmd Bagaimana Cara Mengubatinya

Hfmd Bagaimana Cara Mengubatinya

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 257 hits
Lately tengah hot berkenaan jangkitan HFMD dikalangan kanak kanak Sampaikan aku sendiri pun rasa risau nak hantar anak pergi taska Takutlah ada yang tak perasan anak anak ada simptom HFMD sekaligus menjadi penyebar virus durjana tu Haih Cuk...
Laksa Perlis Pasti Sedap Dan Cara Rebus Laksa Kering

Laksa Perlis Pasti Sedap Dan Cara Rebus Laksa Kering

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 328 hits
Saya belajar resipi laksa ini dari sahabat saya Puan Yarina yang berasal dari Perlis Jadi laksa ini adalah laksa utara versi Perlis lah Kata beliau lagi laksa Perlis memang berwarna sedikit pucat tidak kemerahan Kalau suka pedas masukkan hi...
Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 355 hits
AssalamualaikumBismillahSebenarnya perkongsian ini aku dapat melalui Twitter anisssurayaaa Dia kongsikan tentang cara dapatkan balik duit hilang dalam akaun bank Jom ikuti perkongsian kat bawah Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Ba...
Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 244 hits
Setiap kali Hari Raya Aidilfitri dah sinonim duit raya dengan anak anak Pemberian duit raya ini dianggap sebagai berkongsi rezeki untuk ahli keluarga sanak saudara anak anak rakan atau jiran tetangga Memandangkan anak anak yang menerima dui...
Tingkatkan Imuniti Badan Anak Dengan Cara Ni Anak Sihat Tak Mudah Sakit

Tingkatkan Imuniti Badan Anak Dengan Cara Ni Anak Sihat Tak Mudah Sakit

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 177 hits
Dalam fasa kanak kanak nak membesar setahun sakit beberapa kali itu biasa Ini kerana sistem imun anak masih belum matang dan anak lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan terutamanya apabila berada dalam persekitaran yang ramai ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt