Cara Merawat Nyanyuk Dengan Al Quran


Mungkin ada ahli keluarga kita sedang menghidap nyanyuk. Nyanyuk bukanlah seperti pesakit Alzheimer yang boleh dirawat. Nyanyuk yang progresif dan agresif lebih teruk dari Alzheimer. Nyanyuk adalah satu keadaan di mana seseorang itu yang telah lanjut usia mengalami masalah lupa yang berpanjangan dan berterusan. Nyanyuk boleh dirawat secara perlahan-lahan dengan kaedah rawatan islam iaitu dengan mengamalkan bacaan beberapa surah dari al Quran. Tetapi sebaik-baiknya bacalah al Quran secara teratur dan berterusan.




Artikel berkaitan cara merawat nyanyuk dengan al Quran ini amat berguna untuk dibaca dan difahami agar kita semua boleh menghindari gejala nyanyuk dengan selalu membaca dan melihat al Quran. Kalau setakat melihat al Quran di dalam internet, itu bukan dikira melihat al Quran secara fizikalnya. Jadi mulai sekarang, ingatan buat saya sendiri dan anda semua...sama-samalah kita membaca, memegang dan melihat al Quran.

Penulis menceritakan keajaiban mukjizat al-Quran dan manfaatnya yang berlaku kepada arwah ibunya. Semasa hidupnya dia rajin membaca al-Quran dan pada usia mencecah 100 tahun semasa meninggal, ingatannya masih kuat. Memorinya menakjubkan kerana boleh bertutur dengan baik, tidak nyanyuk dan kenal dengan siapa dia bercakap.Walaupun fizikalnya lemah kerana usia lanjut namun pemikirannya tajam dan menjadi tempat rujukan bila ditimpa masalah.

Apa itu nyanyuk?
Perubahan tidak dapat dielakkan akibat proses penuaan yang boleh dilihat pada kedutan kulit, rambut beruban, sejuk badan dan sakit otot. Ramai beransur hilang ingatan selepas umur 40 tahun, kehilangan ingatan teruk dan drastik pasti bukan sebahagian penuaan normal.

Nyanyuk atau Demensia bukan penyakit. Sebaliknya, menggambarkan gejala yang mempengaruhi kebolehan pemikiran dan sosial yang cukup teruk sehingga mengganggu kerja harian. Gejala ini boleh menyebabkan perubahan personaliti, mood dan tingkah laku. Dalam beberapa kes, demensia boleh dirawat dan diubati. Contohnya demensia yang disebabkan oleh penyalahgunaan bahan (dadah dan alkohol), gabungan ubatan, hormon atau ketidakseimbangan vitamin.

Banyak sebab gejala demensia wujud. Alzheimer adalah punca paling biasa bagi demensia yang progresif. Demensia menunjukkan terdapatnya masalah dengan sekurang-kurangnya dua fungsi otak seperti kehilangan ingatan dan proses logik fikiran terjejas atau bahasa dan tidak upaya melaksanakan beberapa aktiviti harian.

Demensia membuat anda keliru dan tidak dapat mengingat orang dan nama. Anda mungkin mengalami perubahan personaliti dan tingkah laku. Bagaimanapun, beberapa punca demensia boleh dirawat malah boleh pulih sepenuhnya.

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ramai pesakit demensia berjaya dipulihkan ingatan dan kembali normal kerana kesan membaca al-Quran. Ini kerana orang yang membaca al-Quran akan dijaga Allah daripada penyakit yang hina apabila tua.

Dalam satu riwayat, Saidina Ali r.a. pernah berkata bahawa orang yang sentiasa membaca al-Quran tidak akan ditimpa penyakit nyanyuk.

Tanda-tanda nyanyuk
Demensia adalah progresif. Ini bermakna otak seseorang itu menjadi lebih rosak dan kurang bekerja dari semasa ke semasa dan tanda itu cenderung berubah dan menjadi lebih teruk. Atas sebab ini, adalah penting berbincang dengan doktor secepat mungkin jika anda mempunyai masalah dengan ingatan anda.

Gejala dan pengalaman demensia boleh berbeza daripada seorang ke seorang. Antara gejala biasa, hilang ingatan, sukar berkomunikasi, sukar melakukan tugas kompleks, masalah merancang dan mengatur, sukar berkoordinasi dan fungsi motor, keliru seperti sesat, perubahan personaliti, ketidakupayaan dan tingkah laku tidak sesuai, paranoia, pergolakan dalaman dan halusinasi.

Rawatan moden
Kebanyakan demensia tidak boleh diubati. Bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian termasuk demensia disebabkan vitamin dan hormon tiroid, yang boleh dirawat dengan makanan tambahan. Beberapa sebab yang boleh dirawat melalui pembedahan sebagai contoh, ketumbuhan otak, cecair berlebihan pada otak (hydrocephalus) atau kecederaan kepala.

Bagi jenis neurodegeneratif demensia, penting mengelakkan kerosakan tambahan dengan mengubah suai faktor risiko seperti merawat darah tinggi, kolesterol, diabetes dan berhenti merokok.

Demensia yang tidak dapat diubat seperti Alzheimer, ubatan boleh ditetapkan bagi menghalang gejala semakin teruk untuk tempoh lama. Ini biasanya ditetapkan untuk pesakit di peringkat awal dan pertengahan penyakit. Ia adalah perkara biasa bagi orang yang mempunyai kemurungan. Mereka boleh berunding dengan pakar psikiatri dan terapi boleh mengurangkan gejala demensia. Yang paling penting dalam rawatan adalah sokongan dan penjagaan. Jika anda atau orang tersayang disahkan menghidap demensia, anda perlu merancang penjagaan pada masa depan.

Rawatan nyanyuk guna al-QuranDaripada penerangan di atas, dapatlah kita fahami serba sedikit tentang penyakit nyanyuk yang banyak bersangkutan dengan pelbagai penyakit lain selain faktor usia. Sains dan agama mengajar kita bahawa proses penuaan adalah normal dan merupakan kitaran hidup manusia.

Di dalam Islam banyak diterangkan tentang proses penuaan seperti ayat di bawah:

"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [Ghafir 40: 67]
Masalah umum bagi usia lanjut adalah keadaan fizikal lemah dan tidak berdaya sebagaimana firman Allah dalam ayat di bawah:
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa." (Ar-Rum 30:54):

Sains menunjukkan proses penuaan dipengaruhi enzim di dalam sel badan yang setiap kali membahagi, semakin memendek. Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama dan perubahan sekecil apa pun dalam getaran boleh menimbulkan penyakit pada beberapa bahagian tubuh.

Dengan membaca ayat suci al-Quran akan menghasilkan frekuensi yang menggetarkan sel rosak untuk mengembalikan keseimbangan. Perubahan pada getaran ini dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan ke atas hormon sel badan. Ini akan dapat mengurangkan bahaya radangan dalam badan, menseimbangkan hormon dalam badan dan meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan. Hasilnya, pengamal al-Quran kelihatan lebih muda dan bertenaga, lebih baik tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, kurang risiko kanser dan penyakit lain berkaitan penuaan.

"Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Al-Quran untuk diingati, maka tidakkah ada orang yang ingin mengingatinya?" (Al-Qamar:17)

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit demensia akan diberi ayat berikut untuk diamal disertai doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Az Zumar ayat 24 hingga 37.Surah Al-A'raaf ayat 43 hingga 56.Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78.Surah An-Naml ayat 71 hingga 93.Surah As-Soffat ayat 22 hingga 47.Surah Yassin ayat 72 hingga 83.
Cara mengamalkannya:
1) Cara amalan pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali malam dan surah kedua tiga kali siang. 
2) Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. 
3) Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan. 
4) Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah seterusnya.


Penutup
Pepatah Arab menegaskan, "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)."
Kepada pesakit demensia, jangan berputus asa dalam berikhtiar untuk merawat penyakit demensia.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131027/kn_04/Penyakit-nyanyuk#ixzz3QuOZHwr6 © Utusan Melayu (M) Bhd
Semoga bermanfaat. Sebarkan info, sebarkan Bahagia
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/02/cara-merawat-nyanyuk-dengan-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Alternatif Merawat Resdung Sakit Kepala Bersin Berterusan

Cara Alternatif Merawat Resdung Sakit Kepala Bersin Berterusan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 614 hits
Masalah Resdung sangat sinonim dengan masyarakat kita Apa itu resdung dan bagaimana nak kurangkan masalah resdung Nama lain bagi penyakit ini ialah penyakit alahan hidung Kalau hidung selalu gatal selalu bersin dan kadang kala boleh mendata...
Cara Merawat Anggrek Sesuai Jenisnya Termasuk Menyelamatkan Anggrek Yang Hampir Mati Juga

Cara Merawat Anggrek Sesuai Jenisnya Termasuk Menyelamatkan Anggrek Yang Hampir Mati Juga

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 390 hits
Mulai dari Anggrek Bulan Anggrek Vanda Dendrobium Cattleya lengkap semua trik merawatnya biar subur dan rajin berbunga
Punca Dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Punca Dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 514 hits
Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat Pernah tak korang alami jeragat kat muka Zaza pernah juga jumpa seorang aunty ni yang jeragat dia kat pipi memang bagi zaza teruk juga lah sebab dah jadi gelap sangat dan besar Aunty tu datang sebab...
Cara Mudah Memahami Jiwa Lelaki Yang Perempuan Tidak Ketahui

Cara Mudah Memahami Jiwa Lelaki Yang Perempuan Tidak Ketahui

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 261 hits
Lelaki dan wanita memang dicipta berbeza emosi dan cara berfikir diantara dua jantina ini memang anat berlainan Ada juga berlaku krisis di antara suami isteri timbul daripada situasi akibak tidak memahami tabiat dan perasaan pasangan sering...
3 Cara Maksima Income Usd Adsense

3 Cara Maksima Income Usd Adsense

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 355 hits
Semakin ramai rakyat Malaysia yang dah tahu mengenai Adsense ni Adsense adalah salah satu yang termudah untuk jana income USD secara online samada menerusi penulisan video dan juga aplikasi Saya sendiri menggunakan tiga cara ini sejak 2010 ...
Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Sekolah Anak Cara Ini Paling Berkesan

Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Sekolah Anak Cara Ini Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 373 hits
CARA HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU SEKOLAH Assalamualaikum Melihat keghairahan ibu bapa yang berkongsi mengenai anak anak mula memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka iaitu sesi persekolahan Ia pengalaman baru dan berbeza dari fasa se...
Cara Mengganti Nama Blog Di Blogger Paling Mudah

Cara Mengganti Nama Blog Di Blogger Paling Mudah

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 449 hits
Cara Mengganti Nama Blog Di Blogger Paling Mudah Pada saat ingin membuat sebuah blog terkadang nama blog yang ingin kita gunakan sudah ada yang menggunakannya atau bisa juga nama blog yang ingin kita pakai itu tidak ada karena pernah dihapu...
7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2020

7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 397 hits
Sudah masuk tahun 2020 adakah blog masih releven untuk jana pendapatan Kalau tanya aku ianya masih releven kerana aku sendiri berjaya berjaya buat duit guna blog sepanjang tahun 2020 ini Sekarang kita biasa dengar nak buat duit mudah buka a...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda