Cara Mudah Memahami Jiwa Lelaki Yang Perempuan Tidak Ketahui
Lelaki dan wanita memang dicipta berbeza emosi dan cara berfikir diantara dua jantina ini memang anat berlainan. Ada juga berlaku krisis di antara suami isteri timbul daripada situasi akibak tidak memahami tabiat dan perasaan pasangan sering kali berlaku.
Cara Mudah Memahami Jiwa Lelaki Yang Perempuan Tidak Ketahui
Credit Pic : SUMBER
Isteri mahu suami memahami dirinya sedangkan dia sendiri tidak memahami jauh sekali untuk belajar menambat hati suaminya.
Cara Mudah Memahami Jiwa Lelaki Yang Perempuan Tidak Ketahui
Kita sebagai manusia memang tidak mampu menerokai hati dan jiwa manusia sedalamnya walaupun suami itu merupakan pasangan hidup kita. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk menambat hati lelaki bergelar suami. Teknik berikut boleh dijadikan panduan.
1. Terima Suami Seadanya
Mungkin tiada istilah lain yang lebih tepat untuk menyatakan ini selain, “Terima suami seadanya” dan terimalah dia sebagai lelaki. Apa yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki dan bukannya mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi seami anda dia mungkin akan menjadi insan lain yang mungkin tidak menyukai anda atau disukai anda.
2. Cuba Fahami Suami
Cubalah untuk memahami tingkah laku sedia ada pada seseorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ia lebih baik daripada cuba mengubahnya dan menganggap ia tidak memenuhi jiwa anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan nilai agama dan budaya. Melalui cara ini lelaki itu iaitu suami anda akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Anda Juga Sanggup Berubah
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah peragai sesiapa pun anda tidak mungkin berkemampuan untuk melakukan kerana hanya suami anda itu sahajalah yang mengubah peragai mengikut kemahuan dirinya. Sebagai isteri anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berrpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada tingkah laku yang lebih baik untuk membolehkan seorang lelaki yang juga suami anda itu untuk berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Untuk Menerima
Yang penting isteri perlu lakukan adalah dengan sanggup memberi lebih banyak berbanding dengan apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan cara ini akan terbuka hatinya dan anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda hulurkan.
5. Belajarlah Untuk Mempercayai
Sekiranya isteri tidak mempercayai lelaki atau suami, jangan pula anda sebagai isteri mengharapkan lelaki atau suami anda itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada dan memujuk pada yang sayang. Membuatkan orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah. Samalah juga untuk menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda juga bukanlah payah. Apabila lelaki sudah tidak percaya anda pastinya sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya ini.
6. Sama-sama Menang
Menangkan lelaki untuk menang. Isteri perlu mengenal lelaki dan bukanlah untuk mengalahkannya. Dalam sebuah perkahwinan sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam perkahwinan itu sebenarnya ada dua kuasa, kuasa pertama adalah suami dan kuasa keduanya adalah isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan manakala kuasa isteri adalah untuk bersetuju atau tidak. Sekiranya keduanya tidak mahu beralah dan menyalah gunakan kuasa, pastinya perkahwinan itu akan menjadi huru hara.
7. Sikap Negatif Akan Menghasilkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang suka mencabar dan bermulut celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersikap suka mendesak, membentak-bentak, meminta berlebihan, merendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain. Lebih derhaka lagi jika si isteri gemar memaki hamun suami. Sekiranya itulah sikap yang ada, anda bukanlah wanita yang bijak.
Isteri sedemikian sememangnya bodoh kerana menjadi penyebab suami merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri,bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Jadi isteri itulah yang sepatutnya berubah.
8. Jalankan Tanggungjawab Isteri
Walau semaju mana pun dunia ini tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah. Sama halnya dengan tanggungjawab suami terhadap isterinya. Selagi isteri menjalankan tanggungjawab dengan sempurna sebagaimana yang disyariatkan agama sememangnya dia tidak perlu merasa bimbang lagi.
9. Berikan Apa Dia Mahu
Sekiranya isteri sedia memberi kepada lelaki dan suami apa yang dia mahu, dia akan melakukan apa sahaja untuk anda memberi apa yang anda mahu. Sebenarnya ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki, kehendak keintiman dan kehendak untuk menjadikan dirinya rasa dipentingkan, jadi berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang anda boleh berikan.
10. Berikan Tumpuan Dan Minat Kepada Suami
Kiranya isteri menunjukkan minat yang tidak berbelah bahagi terhadap lelaki dia juga pasti akan menunjukkan minat terhadap anda sebagai isterinya. Sentiasa berikan perhatian apa yang ingin dikatakan walaupun ia tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjayanya atau kesukaannya. Lebih berminat anda padanya jadi lebih berminatlah si dia pada anda.
11. Berikan Suami Panggilan Manja
Panggillah lelaki dan suami dengan panggilan manja seperti mana isteri mahukan suaminya memanggil dengan cara yang baik, romantis dan bernada lembut. Sebagai lelaki, suami juga mahukan pasangannya memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja sesuai dengan sifat isteri sebagai wanita.
12. Hormatilah Suami Sebagai Lelaki
Jika isteri berusaha belajar untuk menghormatinya sebagai lelaki, suami juga akan menghormati anda sebagai wanita. Isteri haruslah berusaha untuk memahami sikapnya dan belajar bertolak ansur dengannya.
Insya-Allah dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap isterinya. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan seseorang isteri malah diri isteri akan menjadi lebih terhormat lagi.
Sebagai isteri dan Muslimah sentiasalah memanjatkan doa kepada suami agar dia terus menjadi suami yang terbaik buat anda.
SUMBER
Baca Juga : Tanda-Tanda Jelas Anda Perlu Moveon Dari Seseorang Itu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2020/05/cara-mudah-memahami-jiwa-lelaki-yang.html