Cara Menyelesaikan Blacklist Telco
Cara Menyelesaikan Blacklist Telco ini Xu tulis sebab insiden yang berlaku baru-baru ini pada diri Xu sendiri. Untuk menyelesaikan atau memadam nama anda dari blacklist yang anda sendiri buat, ianya mudah. Anda boleh ‘clear’ kan nama anda bila-bila masa sahaja hanya dengan menyelesaikan hutang yang belum lunas dengan telco yang berkenaan
Macam mana nak tahu ada blacklist?
Eh, you should know lah! Anda yang guna talian dan perkhidmatan telco tu kan? Dan anda sendiri juga yang buat-buat lupa, tak bayar. Sampai satu-satu masa, (4x gagal bayar tak silap), nama anda akan automatik disenaraihitam
Bagaimana cara untuk menyelesaikan blacklist telco ?
1. Pergi ke Service Centre telco tersebut sekiranya hampir dengan tempat anda dan buat pembayaran tertunggak anda secara lump sum. Dalam 24jam, blacklist akan clear
2. Call Helpline telco, dapatkan no akaun bil anda yang tertunggak, buat pembayaran secara online (OnlineBanking ->Bill Payment) dan selepas pembayaran selesai, blacklist akan clear dalam 24 jam
Berikut merupakan senarai nombor helpline / infoline telco-telco terkemuka kat Malaysia, untuk rujukan anda semua
Altel : 0326133888
Celcom Prepaid / Postpaid : 0196011111
Digi Prepaid / Postpaid : 0162211800
Maxis Prepaid : 1300820120
Maxis Postpaid : 0374922123
One XOX : 0378825000
Tron : 1300800188
Tune Talk : 0327720000
U Mobile Prepaid / Postpaid : 0183881318
Webe : 01110001000
TAPI SAYA TAK PERNAH LANGGAN TELCO TERSEBUT. TIBA-TIBA ADA BLACKLIST?!
Benda ni dah banyak terjadi. Orang tidak bertanggungjawab telah menggunakan data peribadi kita untuk tujuan penipuan.
Baru-baru ini, Xu berhajat melanggan pelan Celcom Home Wireless untuk diletakkan di Homestay Annur. Tapi, bila Xu cuba daftar, budak sales Celcom tu kata nama and IC Xu ada blacklist dengan U-Mobile?!!
Wutdafish!
Coverage U Mobile kat tempat aku sucks gila kot! Apa kes pulak aku nak pegi subscribe line U mobile yang semput macam siput tu??
Seumur hidup aku tak pernah berpaling dari Maxis dowh! Sebab coverage Maxis adalah yang paling cun kot! Sama ada aku duk kat kampung aku ke, kat tempat kerja ke or even bila balik Ganu pun. So, celah mana pulak boleh mari baki tertunggak RM262.95 dengan U-Mobile?
Dengan pantas Xu Google nombor Umobile Helpline dan terus call jam itu jugak! Grr. Marah ni, marah nih
Bila dapat bercakap dengan customer service dia, Xu dimaklumkan Xu telah melanggan postpaid dengan U Mobile atas nombor +60186609050. Memang sah ini memang fraud. Serius sakit hati aku dibuatnya
Cara Menyelesaikan Blacklist Telco Yang Tidak Ketahui Akan Kewujudannya
Pertama sekali, kalau anda kena macam aku ni, you guys must lodge a police report. Kemudian, bawa salinan report tu ke mana-mana ofis Pesuruhjaya Sumpah untuk validate anda punya claim tu.
Untuk kes aku ni, aku tak sediakan pulak surat sumpah untuk di cap oleh pegawai sumpah. Pun, aku tak ada idea langsung macam mana format surat akuan sumpah.
Sebagai alternatif, aku upah kerani / typist kat situ supaya tolong buatkan surat sumpah kat aku. Biasanya, kat mana-mana firma yang menawarkan khidmat pengesahan sumpah ini, turut menyediakan servis menaip surat sumpah. So jangan gelabah. Upah je RM10.00 dan anda dah boleh angkat sumpah
Selesai
Seterusnya, anda perlu fax atau emailkan kedua-dua dokumen tadi tu ke alamat email rasmi telco tersebut. Tak lun terus bawa ke U-Mobile customer center terdekat.
And!
Make sure anda follow up, within seminggu tu kalau anda tak dengar apa-apa berita dari telco tu
Macam aku, team customer service U Mobile mengambil masa lebih kurang 5 hari jugak untuk respond. Selepas seminggu, aku cuba call lagi helpline U Mobile tu untuk tahu status blacklist aku.
Tempoh kes selesaiOverall, kes aku ni selesai dalam tempoh 36 hari genap!
Itu pun setelah berkali-kali call U-mobile untuk tahu perkembangan kes. Kos jugak tu, hokey! Talian 0183881318 tu bukannya free tahu?
Selepas all the trouble yang aku terpaksa lalui selama lebih 2 minggu, barulah aku boleh memohon pelan Celcom Home Wireless untuk homestay aku. Pffftt~ reba wey. Reba
Betul-betul troublesome okay! Siapalah petualang yang mempergunakan IC dan data peribadi aku untuk buat taik macam nih
Kos yang hangus sepanjang menyelesaikan blacklist telcoUntuk settle kan aduan kat balai dan sumpah, aku habis sebanyak RM16.00! Bayar untuk dapatkan salinan report, RM2.00. Upah typist RM10.00. Cap dan sign sumpah RM 4.00.
Kos ke sana ke mari, RM 30.00 aku isi petrol kereta. Ngam-ngam sampai rumah lampu indicator minyak kat dashboard tu pun menyala! Minta di refill
Tapi paling aku ralat adalah MASA AKU yang dah banyak terbuang. Time is priceless okay. Rugi masa aku dari jam 11 pagi sampai ke 4.30 petang menguruskan hal nih sahaja! De
Aku mohon kesusahan yang terpaksa aku harung ni, Allah pulangkan balik kat hamba Allah yang berkenaan tu. Kau ingat, aku tunggu dekat Balai Polis tu dekat 3 jam, dengan baby Oraa mengamuk nak tidur nya..senang?
Koyak rabak tahu emosi aku pada ketika tu!Korang yang kerja kedai telekomunikasi tu, please la kerja dengan jujur. Jangan salah guna kuasa yang ada. Mengeksploitasi maklumat peribadi customer untuk kepentingan diri
Hidup ini sementara sahaja. Takutlah kamu pada api neraka
Sekian. #doneDakwah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2019/01/cara-menyelesaikan-blacklist-telco.html