Cara Menjaga Tuala Mandi Agar Tahan Lama
Cara menjaga tuala mandi agar tahan lama | Ok hari ini saya nak bercerita tentang tips penjagaan tuala mandi ye. Semua suka tuala mandi yang bersih dan harum kan? Emmm ok, kalau nak tuala sentiasa bersih dan wangi, satu je keyword kat sini yakni RAJIN.
Rajinkan diri
Rajin ni kalau selalu diamalkan semua kerja menjadi cepat, mudah dan teratur. Buat kerja apapun ye, kerja rumah, kerja pejabat, kerja amal mahupun kerja ibadah, kalau rajin semua masalah selesai ;).
Sidai tuala di luar rumah
Cara menjaga tuala mandi agar tahan lama
#1 : Sidai tuala mandi selepas digunakan
Saya memang pantang kalau tuala mandi tidak disidai selepas digunakan. Kenapa? Ada sebabnya ye puan-puan, antaranya bila tuala basah dan lembap untuk beberapa ketika, kebarangkalian tuala mandi berbau masam dan bertahi lalat adalah sangat tinggi. Jadi jangan sesekali membiarkan tuala tersebut bergumpalan merata-rata tempat begitu sahaja ye.
Jadi amalkan menyidai tuala tersebut, baik di penyidai atau ampaian luar rumah mahupun yang ada dalam rumah, hmmm pantang juga kalau sidai di kerusi atau sangkut kat mana yang boleh, No No No (sambil geleng kepala dan menggerakkan jari terlunjuk kanan).
Anak-anak ni memang jenuh nak mengajar diorang sidai tuala selepas mandi. Mau bergaduh dibuatnya. Hari-hari duk bising, tapi masih juga tak berubah. Harapkan si Najwa aje yang sidai tuala tu, harapkan si Adam tu memang tidaklah kan ;).
Pilih tuala yang serap air
#2 : Kerap basuh tuala mandi
Pastikan juga tuala mandi dibasuh sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau terlebih rajin tu bolehla basuh 2 atau 3 kali seminggu. Tak susah, sekarang kan majoriti semua rumah ada mesin basuh kan, jadi campakkan ke dalam mesin basuh, letak sabun basuh sesedap rasa dan masukkan pewangi, hmmmm berbau harum gitu.
Nak pula sekarang ni musim panas kering, jemur kain pagi, balik kerja macam keropok rangup rasanya kain di ampaian ;). Seronok sebab kain kering, terus angkat dan lipat, eleh yeke? hahahhaha yyeeeeeee..
Ok itu sahaja cara menjaga tuala mandi dari saya ;), sekarang ni saya memang dalam mood rajin menjaga tuala mandi sebab baru borong tuala mandi masa Member Day SOGO bulan lepas, kualiti kain terbaik dengan harga RM20 sehelai, memang selesa.
Ya ampun, seronok sangat sebab dapat tuala baru, tuala yang lama tu saya buat lap kaki sebab dah bertahi lalat kan. Lagi satu saya suka beli tuala yang berwarna gelap, jadi kurang nampak kecomotannya tu.
Tuala baru semangat nak lipat 😉
Sekian tips mudah kali ini, selamat mencuba ya semua 😉
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2020/04/tips-menjaga-tuala-mandi-agar-tahan-lama.html