Cara Mudah Buat Agar Agar Santan Pandan Tanpa Telur Cantik Berlapis
As Salam,Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur Cantik Berlapis !-Yay! saya pernah beritahu sebelum ini kan, saya peminat pelbagai jenis agar-agar.haha.Sejak saya buat agar-agar milo dan coklat tempohari, anak-anak saya dah "jatuh hati" dengan agar-agar.Padahal, sebelum ini mereka sangka agar-agar tu rasanya macam jelly atau sumi tu.Manalah depa tahu rupanya agar-agar homemade ini lebih sedap, lembut dan fresh tau.
Agar-agar santan pandan tetap menjadi lapisnya walaupun tanpa telur:)
Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur Cantik Berlapis
Sama ada kita buat agar-agar biasa ( hanya tambah pewarna atau perisa kesukaan) atau kita buat agar-agar dengan santan, gula melaka atau milo, sebenarnya tidaklah banyak sangat bezanya.Kita tetap kena pastikan kuantiti air mencukupi supaya agar-agar yang kita hasilkan tidak keras atau istilah lainnya kurang atau tak cukup sukatan air.
Part paling penting bila kita buat agar-agar ialah menentukan sukatan air.Bagi saya secara peribadi, kalau kita guna 1 paket agar-agar 10/11g, sukatannya ialah 1.5 liter. Kalau susah nak tentukan 1.5 tu macam mana, korang boleh guna botol mineral yang 1.5 liter tu.Ikutlah mana-mana, botol kecik yg 500 ml tu pon boleh, cuma ko kena tambah sukatan air jadi 1.5 litre atau 1500 ml ya
Kebanyakan kita yang beginner baru nak try buat agar-agar ni selalu risau kalau agar-agar kita tak berlapis cantik kan.Yelah, kata buat agar-agar santan pandan, normally orang lain buat akan berlapis macam kat atas.Korang chill je.InshaAllah, kalau kita berani mencuba, agar-agar kita pasti menjadi jugak akhirnya
Resepi Mudah Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur
Olahan Semula Resepi : Cik Matahariku
Bahan-Bahan
Satu paket agar-agar tali 11 g1.5 litre air masak1 kotak santan kara / 1 cawan santan1 cawan gula pasir3 sudu besar perahan air pandanSecubit garam1 sudu kecil Pewarna hijau
Cara Menyediakan Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur
Masak agar-agar dalam periuk dengan 1.5 liter air.Masukkan sekali 1 cawan gula pasir dan air perahan pandan.Biarkan agar-agar dan gula sampai larut.Bila agar-agar dah larut, masukkan satu kotak santan yang sudah siap dikacau ke dlm periuk tadi. 4. Kemudian, masukkan pewarna hijau.Kacau sehingga larutan tadi semakin pekat atau mendidih ( Bila larutan agar-agar mengeluarkan buih dan mengelegak kuat), itu tandanya kita dah boleh tutup api.Tuang agar-agar santan pandan ke dalam acuan atau bekas dengan menggunakan tapis.Biarkan sejuk dahulu di luar sebelum dimasukkan dalam peti ais.Sejukkan dalam peti ais dlm tempoh 2-3 jam sebelum dihidangkan.Tak payah masukkan dalam tempat beku ya, letak je kat bahagian chiller.
Agar-agar pandan tanppa telur ini pasti menjadi pilihan kepada anda yang tidak menyukai bau atau rasa telur dalam agar-agar.Saya mencuba resepi ini sebab Encik Suami sangatlah sensitif dengan bau telur sama ada dalam agar-agar atau kek.Kena pandai "uruskan telur" kalau nak buat dessert yang macam ni atau dia akan komplen.hehe
Agar-agar pandan tanpa telur ini lebih mudah disediakan sebab kita tak payah risau sama ada larutan santan dan telur akan sebati atau tidak.Kita just tambah santan dan kacau bagi larut sehingga mendidih
Selamat mencuba kepada sesiapa yang ingin buat sendiri agar-agar pandan santan tanpa telur, InshaAllah akan berhasil juga akhirnya mendapat lapisan yang cantik:)
Thanks reading this entry, sampai jumpa lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/04/cara-mudah-buat-agar-agar-santan-pandan.html