Cara Menimbal Sepenuhnya Video Di Youtube



Bagi pengguna U Mobile, YouTube kebiasaannya dilayan dengan resolusi 480p (standard definition). Ini kerana kelajuan semasa tidak membenarkan video beresolusi HD dimainkan, melainkan kelajuan internet 6Mbps ke atas.
(Sebenarnya nak buat lawak menggunakan nama U Mobile, tapi bila fikir semula ada logiknya juga).
YouTube secara automatik akan menyelaraskan proses penampan/penimbalan atau dalam bahasa Inggerisnya – ‘buffer’ mengikut kepada kelajuan semasa internet anda. Jika kelajuan internet anda ‘semput’ maka proses penampan ini akan menjadi satu bentuk penyeksaan kerana asyik tersekat-sekat.
Dulu, penonton YouTube boleh menjeda video dan hanya perlu menanti sehingga video selesai dimuat turun untuk menikmati video tersebut. Tetapi sejak wujudnya Dynamic Adaptive Streaming over HTTP atau DASH Playback, perkara ini tidak lagi boleh dilakukan kerana DASH Playback akan hanya melakukan penampan dalam 30 saat ke hadapan sahaja. Selebihnya, video tersebut tidak akan ditampan/ditimbal dengan tujuan untuk menjimatkan jalur lebar.
Ketika ia mula-mula diperkenalkan, DASH Playback ini masih boleh dinyahaktifkan. Tetapi apabila YouTube semakin berevolusi, ia tidak lagi dapat ‘dibuang’ dari ciri pemain YouTube, lalu menyebabkan kesukaran kepada mereka yang masih menggunakan internet berkelajuan U Mobile (sekadar ber-punchline).

Jadi, bagaimana caranya jika anda masih hendak mainkan video setelah ia siap ditimbal?
Ada beberapa cara, dan cara paling mudah ialah dengan memuat turun sahaja video yang anda mahu. Tetapi kalau itulah yang dikongsikan di sini, lebih baik tidak perlu tulis sebarang artikel, kerana itu – semua orang pun tahu!
Cara paling mudah untuk memainkan video YouTube yang sudah siap ditimbal sepenuhnya, ialah dengan menggunakan satu skrip khas. Perlu diingatkan di sini, YouTube sentiasa berubah, dan skrip ini pun sudah lama. Anda boleh buat modifikasi skrip ini sendiri sesuai mengikut apa yang anda mahu.
Setakat yang saya cuba, adakalanya menjadi (buffer 100%), dan adakalanya tidak. Tetapi tidak salah kita mencuba, kerana hanya dengan mencuba kita dapat tahu sejauhmana berkesannya sesuatu tips diberi.
Tetapi sebelum itu, sila pastikan cache pelayar web anda adalah cukup besar untuk menampung saiz cache video.
Untuk Chrome (dan semua pelayar berasaskan Chromium), tambahkan –disk-cache-size=2147483647 di belakang pintasannya.
Untuk Firefox pula, taipkan about:config dalam bar URL dan tekan Enter. Tekan butang ‘Accept the Risk and Continue’.

Buat carian kepada browser.cache.disk.smart_size.enabled. Tukar nilainya kepada false.

Mulai semula Firefox. Cari pula browser.cache.disk.capacity. Tukar nilainya kepada nilai maksimum yang dibenarkan oleh Firefox iaitu 2147483647.

Selesai. Sekarang, salin kod ‘Youtube Pause and full buffer’ di sini: Pastebin.com.
Buka mana-mana video di YouTube yang anda mahu. Kemudian, buka console (F12 > Console).
Tampal kod yang disalin ke dalam console. Pastikan video dijeda terlebih dahulu.

Apa yang kod ini akan lakukan ialah ia akan menggerakkan cursor pemain video sedikit demi sedikit sehingga habis video ditimbalkan. Setelah itu, ia akan mengembalikan cursor kepada permulaan video. Anda hanya perlu tekankan butang main sahaja.
Berikut adalah bukti video yang saya siap timbalkan sepenuhnya.

Perlu diingatkan, ia tidak sentiasa menjadi. Anda bolehlah membuat eksperimen sendiri dengan mengubah beberapa nilai dalam kod sehingga penimbalan dapat dilakukan dengan sempurna. Maklumlah, kod ini pun sudah lama.
Selamat mencuba.
The post Cara Menimbal (Buffer) Sepenuhnya Video Di YouTube appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/cara-menimbal-buffer-sepenuhnya-video-di-youtube/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Memuat Naik Video Pengajaran Pismp 2021 Di Youtube

Cara Memuat Naik Video Pengajaran Pismp 2021 Di Youtube

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 455 hits
Cara Memuat Naik Video Pengajaran PISMP 2021 Di Youtube Calon yang telah terpilih menduduki temuduga secara atas talian dikehendaki menyediakan rakaman video pengajaran untuk temuduga PISMP 2021 Calon calon boleh mendapatkan panduan penyedi...
Video Pasangan Oku Hanya Mampu Buka Saluran Youtube Untuk Jana Pendapatan Kerana Halangan Fizikal

Video Pasangan Oku Hanya Mampu Buka Saluran Youtube Untuk Jana Pendapatan Kerana Halangan Fizikal

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 351 hits
1 878 total views 1 878 views today Halangan dari segi fizikal tidak memutuskan semangat pasangan kelainan upaya Fatima dan Aijaz untuk terus mencari rezeki Berbekalkan semangat kental dan gajet yang mereka ada pasangan ini membuka saluran ...
Youtube Memperkenalkan Tetapan Baru Untuk Kualiti Video Di Telefon

Youtube Memperkenalkan Tetapan Baru Untuk Kualiti Video Di Telefon

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 349 hits
YouTube dah ada settings baru untuk tukar tetapan resolusi video gais Tetapan yang ada kali ni agak advance cuma pada abam lebih elok kalau tetapan yang kita pilih tu kekal untuk semua video Bila kita mainkan video lain tetapan akan kembali...
10 Kata Ucapan Permulaan Video Di Youtube Yang Sering Digunapakai

10 Kata Ucapan Permulaan Video Di Youtube Yang Sering Digunapakai

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 406 hits
Youtube menjadi medium streaming video popular dunia dengan jutaan video dimuat naik ke YouTube pada setiap minit Pihak YouTube turut melihat kepada sejumlah trend dan data yang berlaku disebalik platform mereka Salah satunya adalah berkena...
Video Antara Nyawa Rakyat Dan Industri Kasino

Video Antara Nyawa Rakyat Dan Industri Kasino

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 261 hits
Beliau menjelaskan kadar insiden kes pandemik di Malaysia bagi setiap 100 000 penduduk adalah sebanyak 116 Tetapi Kelantan mencatatkan kadar kes tertinggi sebanyak 331 diikuti Sarawak 273 Kuala Lumpur 225 dan Selangor 159 Kuala Lumpur dalam...
8 Ways To Use Video To Market About Your Small Business

8 Ways To Use Video To Market About Your Small Business

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 425 hits
8 WAYS TO USE VIDEO TO MARKET ABOUT YOUR SMALL BUSINESS https www inspirasi2025 com wp content uploads 2021 05 Simple Start up Business Animated Presentation mp4https www youtube com watch v XHOmBV4js Ehttps www youtube com watch v XHOmBV4j...
Viral Video Diduga Anggota Tni Dikepung Pemuda Anak Kecil Di Dalam Mobil Ketakutan

Viral Video Diduga Anggota Tni Dikepung Pemuda Anak Kecil Di Dalam Mobil Ketakutan

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 311 hits
Pria berseragam TNI berusaha memberikan penjelasan Dia mengatakan sedang mengantarkan penumpang ke rumah sakit spesialis jantung
Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth

Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Mof Justifies Sst On Imported Fruits Cites Sufficient Local Alternatives

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Israel Launches Massive Strike On Iran Early Friday 13 6 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt

Livetvonline Solusi Modern Untuk Menikmati Pertandingan Sepak Bola Kapan Saja

Martabak Manis Tetangga Kita Kini Di The Campus Ampang

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

Shandai Gisang Mabuk Pengerindu Chord

Go Fast Turn Left F Brakes A Honda Dominator Flat Tracker From Italy