Cara Menggunakan Prinsip 80 20 Dalam Memilih Kawan Untuk Berjaya Dalam Usaha Anda



Sebagai makhluk yang perlu bersosial untuk hidup, salah satu perkara penting yang perlu diberikan perhatian serius untuk rasa bahagia dan bermakna adalah tentang kawan.
Mungkin anda lepaskan saja bab kawan ini berlaku secara spontan tanpa ada perancangan. Memang ramai yang buat begitu, mereka serahkan semua kepada keadaan dan fikiran separa sedar yang ada dalam kepala untuk menguruskan bab kawan ini.
Perlu ada prinsip dalam berkawan, dan saya yakin anda memang dah ada prinsip dalam berkawan dan memilih kawan selama ini, cuma anda mungkin tidak terfikir untuk uruskan semua itu dengan lebih baik sahaja. Perkara ini amat penting.
Jika anda baca kajian yang dijalankan terhadap penduduk yang umur mereka panjang, tubuh badan sihat, hidup dengan ceria dan bertenaga terutamanya di kawasan yang dipanggil 'blue zone', anda akan dapat formula menarik dikongsi oleh mereka semua.
Saya kongsikan sikit pasal blue zone. Perkataan blue zone ini diperkenalkan oleh Dan Buettner orang yang mengkaji tentang penduduk ini. Dia tandakan dengan pen biru semua penempatan yang didiami oleh penduduk yang hidup lama di atas peta. Dari situ blue zone mendapat nama.
Antara penempatan yang masuk dalam blue zone adalah seperti berikut.
Okinawa, JapanSardinia, ItalyNicoya Peninsula, Costa RicaIkaria, GreeceLoma Linda, CaliforniaAntara rumusan kenapa penduduk di sana panjang umur mereka adalah disebabkan perkara berikut.

Makanan - Mereka hanya makan makanan yang asli dan segar seperti sayur, buah-buahan dan bukan makanan yang diproses macam semua orang makan sekarang. Kalau nak makan mee misalnya mereka buat sendiri dari kisar tepung, sampai jadi mee. Mereka juga kurang ambil gula, hanya dalam 7 camca teh saja sehari.Bergerak - Mereka semua sangat aktif bergerak tak duduk diam dari orang muda sampai kepada orang tua. Bermasyarakat - Kehidupan mereka sangat aktif dari segi sosial dan tinggal dalam kelompok yang saling bekerja sama dan kerap berhubung.Tekanan - Sangat kurang rasa tertekan dalam hidup. Di KL, memandu kereta waktu pagi nak pergi kerja pun level stress dah naik tinggi.Kepercayaan - Mereka ada agama anutan yang dipegang kuat.Alam sekitar - Mereka sangat dekat dengan alam sekitar.Cuba lihat item nombor 3

Salah satu dari ciri-ciri yang ada pada mereka adalah, menjalani kehidupan sosial yang positif. Maknanya mereka semua jenis individu yang bermasyarakat, menjaga perhubungan silaturahim secara konsisten.
Jadi, rumusannya, berkawan itu sangat perlu untuk maksimumkan potensi diri anda sebagai manusia. Tapi, memilih kawan juga amat perlu. Supaya anda dilingkungi oleh kawan-kawan yang membantu perbaiki diri. Juga supaya apa yang anda impikan tercapai dengan lebih mudah.
Formula berkawanBerikut saya kongsikan beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk merangka keperluan berkawan dengan lebih cekap dan berkesan. Anda boleh lakukan semua itu dengan menggunakan Konsep 80/20 atau juga dikenali dengan Prinsip Pareto.
Apakah Prinsip Pareto?
Input kecil, impak besar - Prinsip pareto mengatakan hanya 20% sahaja (lebih atau kurang) daripada kawan-kawan yang anda ada sekarang, yang memberikan 80% daripada faedah yang anda kehendaki. Majoriti kawan anda, iaitu 80% hanya mendatangkan manfaat yang sikit sahaja.Fokus pada yang sikit - Tinggalkan 80% daripada kawan-kawan yang kurang mendatangkan manfaat itu. Anda dapat berikan tumpuan yang lebih banyak kepada kawan yang 20% tu.Gandakan - Kenal pasti ciri-ciri yang berulang yang ada pada kawan yang 20% itu dan cari lagi kawan yang memiliki ciri-ciri yang sama seperti mereka. Ini akan menambahkan manfaat yang anda kehendaki dengan lebih cepat dan besar.Aplikasi berkawan 80/20Jika dah faham apa yang prinsip Pareto kata kat atas tu, sekarang anda boleh lihat bagaimana nak amalkan prinsip tersebut dalam kehidupan.
Berikut langkah-langkahnya.
Tentukan matlamat yang hendak dicapai dengan berkawan - Jika anda mahu menjadi usahawan yang berjaya, maka perlu lihat siapa kawan-kawan yang anda ada selama ini. Adakah mereka membantu. Jika ada, siapa dan banyak mana.Senaraikan semua kawan-kawan yang sering anda hubungi - Semak semula aktiviti berkawan anda selama ini dalam menjalani kehidupan sebagai usahawan. Siapa yang anda kerap cari, telefon dan luangkan masa bersama. Adakah mereka sesuai untuk menjadi anda usahawan berjaya.Semak dengan terperinci sumbangan daripada setiap kawan-kawan tersebut  - Bila dah nampak corak kawan anda itu, semak semula sumbangan setiap orang dari mereka dalam membantu anda menjadi usahawan berjaya. Semua sumbangan perlu disenaraikan, seperti  peluang yang diberikan, nasihat, tunjuk ajar atau galakan dan sebagainya.Semak fenomena 80/20 - Cuba perhatikan. Hanya dalam 20% saja dari semua kawan-kawan yang anda jumpa di atas tadi, yang sering membantu anda. Yang lain hanya membuang masa dan selalunya menghisap tenaga anda sahaja.Fokus pada yang sikit - Berikan komitmen yang lebih untuk mendampingi kawan-kawan yang masuk dalam lingkungan 20% tersebut. Ini dapat dilakukan dengan meninggalkan 80% daripada kawan-kawan yang kurang bermanfaat tadi. Sekaligus membebaskan masa anda dengan banyak.Cut & Paste - Perhatikan apakah ciri-ciri kawan yang termasuk dalam lingkungan 20% tadi dan tetapkan ciri-ciri itu sebagai kriteria untuk anda memilih kawan baru.Jangan salah fahamTidak meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kurang bermanfaat tadi bukan bermakna anda membenci mereka. Anda cuma bersikap objektif dalam menentukan masa dengan siapa untuk bersama. Ertinya kurang masa sahaja dengan mereka tetapi kawan tetap kawan. Kalau kenduri pergi lah, jika mereka meminta bantuan atau lain-lain perkara penting jangan pula diabaikan mereka, bantulah.
Jika anda amalkan teknik ini, anda akan dapati kehidupan jadi lebih ringkas dan sederhana dalam masa yang sama amat bermakna serta tidak membuang masa. 
Umur anda terlalu pendek untuk membuat semua perkara dan masa tidak cukup untuk berkawan dengan semua orang. Untuk dalami lagi teori pasal kawan ini, cuba cari kajian yang dibuat oleh ahli sains bernama Robin Dumbar, seorang ahli dalam bidang Anthropologi. Beliau mendapati sehebat manapun anda, hanya mampu kekalkan perhubungan dengan maksimum 150 orang saja dalam satu-satu masa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/10/cara-menggunakan-prinsip-8020-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menggunakan Fungsi Math Notes Pada Iphone Dan Ipad

Cara Menggunakan Fungsi Math Notes Pada Iphone Dan Ipad

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 148 hits
Kepada pengguna peranti pintar Apple berikut kami kongsikan fungsi terbaru yang hadir dengan kemaskini iOS 18 Fungsi ini akan memudahkan anda membuat pengiraan matematik sama ada yang ringkas mahupun rumit Pertama sekali anda perlu masuk ke...
Cara Menggunakan Tulisan Jawi Di Telefon Anda Untuk Android Dan Iphone

Cara Menggunakan Tulisan Jawi Di Telefon Anda Untuk Android Dan Iphone

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 196 hits
Kalau anda nak cuba tulisan jawi di handphone anda boleh ikuti langkah langkah atau cara menggunakan tulisan jawi di telefon untuk pengguna Android dan iPhone Secara default setiap telefon pintar akan diberi tulisan rumi untuk semua penggun...
5 Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Dan Produk Hilangkan Jerawat Badan

5 Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Dan Produk Hilangkan Jerawat Badan

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 134 hits
Ketahui Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Jerawat bukan sahaja muncul di wajah malah boleh juga menyerang bahagian badan seperti belakang bahu dan dada Walaupun jerawat sudah sembuh parut yang ditinggalkan boleh menjejaskan keyakinan di...
7 Cara Hilangkan Sakit Dada Tengah Dan Penyebab Sakit Dada Tengah

7 Cara Hilangkan Sakit Dada Tengah Dan Penyebab Sakit Dada Tengah

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 131 hits
7 Cara Hilangkan Sakit Dada Tengah Dan Penyebab Sakit Dada Tengah Cara hilangkan sakit dada tengah yang anda kena tahu Sakit dada tengah adalah satu gejala yang sering menimbulkan kebimbangan terutamanya kerana ia boleh dikaitkan dengan mas...
Cara Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

Cara Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 149 hits
Sebelum tu nak bagi tahu ini adalah pengalaman sendiri dan cara ini aku buat untuk aku tingkatkan earning adsense dengan platform mobile di blog aku ni Jika korang seorang blogger pemula mungkin ini antara tips yang korang boleh pakai untuk...
Cara Mudah Solat Jenazah

Cara Mudah Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 170 hits
Sent by Copilot Berikut adalah cara mudah untuk melakukan solat jenazah Niat Berniat dalam hati untuk menunaikan solat jenazah empat kali takbir fardu kifayah kerana Allah Ta ala Takbir Pertama Angkat tangan dan ucapkan Allahu Akbar Baca Su...
7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024

7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 199 hits
Sudah masuk tahun 2024 adakah blog masih releven untuk jana pendapatan Kalau tanya aku ianya masih releven kerana aku sendiri berjaya berjaya buat duit guna blog sepanjang tahun 2024 ini Sekarang kita biasa dengar nak buat duit mudah buka a...
7 Cara Hilangkan Sakit Perut Memulas Tanpa Ubat

7 Cara Hilangkan Sakit Perut Memulas Tanpa Ubat

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 152 hits
Info berkenaan cara hilangkan sakit perut memulas tanpa guna ubat Sakit perut memulas boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia Kebiasaannya ia disebabkan oleh masalah penghadaman seperti kembung perut sembelit atau keracunan m...
3 Cara Kemaskini Mysejahtera Maklumat Keputusan Ujian Dan Kata Laluan

3 Cara Kemaskini Mysejahtera Maklumat Keputusan Ujian Dan Kata Laluan

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 236 hits
Cara Kemaskini Mysejahtera Ketahui 3 cara kemaskini Mysejahtera Aplikasi MySejahtera telah menjadi satu platform penting bagi rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemik COVID 19 Ia bukan sahaja digunakan untuk melaporkan status kesihatan tet...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik