Cara Mengatasi Demam Panas Kanak Kanak
Assalammualaikum..sekarang musim hujan lebat..biasalah kalau hujan suhu badan kita pun tak menentu..apatah lagi kanak-kanak, hujan panas hujan panas. Al-maklumlah sekarang musim tengkujuh akhir tahunkan.. so, kebetulan anak sulung akak tak berapa sihat kebelakangan ni. Hari pertama demam ok lagi suhunya, hari kedua suhu tinggi mencecah 39.0C. Jadi yang kita ni ibu risau sangat kalau suhu badan dah sampai tahap bacaan macam tu. Boleh jadi macam-macam, terutamanya SAWAN. Sebelum ni akak da bagi antibiotic, ubat demam 4x sehari..dah masuk ubat peluru jugak (ubat punggung)..tak jalan-jalan jugak
Last sekali dalam pukul 5.00 pagi, suami akak bergegas ke unit Kecemasan di Hospital Sungai Buloh. Sampai sana, anak akak terus dimasukkan ubat punggung sekali lagi dan dimandikan dengan air suam. Alhamdulilah anak akak semakin pulih. Tapi semasa perjalanan nk pulih tu, ada jugak akak ikhtiar menggunakan pelbagai kaedah untuk mengurangkan suhu badan anak. Antaranya :
Lendir Bunga Raya - Lendir bunga raya ni sangat manfaat kepada diri kita terutama dari segi kecantikan dan perubatan. Kerana bunga raya ni banyak khasiatnya . Caranya, amik daun bunga raya kemudian tumbuk lumat dan letakkan air sedikit. Sapukan daun tadi keatas kepala kanak-kanak yang demam.
Air Asam Jawa- Ni petua orang lama-lama dulu, dulu akak demam pun mak selalu bancuhkan air dengan asam jawa kemudian lumur di kepala, alhamdulilah reda demam akak. Petua ni pun boleh jugak dibuat dirumah
Mandi dengan air suam-Ok bab ni, akak nak pesan pada ibu-ibu diluar, minta tolong sangat jangan mandikan pesakit dengan air sejuk, sebab, suhu badan tidak akan turun, tapi menyumbang kepada kenaikkan suhu badan pesakit. Jadi mandikan pesakit dengan air suam sahaja.
Tuam dengan tuala basah-Biasa yang ni akak selalu buat 2 jam atau 1 jam sekali dengan meletakkan tuala basah di celah-celah ketiak, peha, leher dan sekali di dahi dan kepala..Tujuannya adalah untuk mengurangkn suhu badan anak tersebut.
Pantau anak 24 jam-Ini memang wajib, akak buat 2 jam sekali dengan melakukan pemeriksaan suhu badan menggunakan temometer dan menuam anak dengan tuala basah di dahi. Ini sebab nak elakkan suhu semakin naik ke 38.0 C. Sebab bila dah naik suhu ke 38.0C-40.0C, risiko untuk terkena sawan sangat tinggi. Ini salah satu sebab akak memang ambil berat bab pantau-memantau ni.
Tidur di bawah KIPAS bukan AIRCON-OK. Yang ni akak memang akak tidokan anak dibawah kipas bukan aircon, sebab aircon kan da sejuk, bertambah lagilah suhu badan budak tu naik. Better tidokan anak di bawah kipas sahaja.
Jangan pakaikan pakaian tebal & selimut - Ibu-ibu diminta elakkan memakai pakaian tebal dan menyelimut anak ketika anak demam, sebab demam akan semakin naik dan suhu badan akan meningkat. Ini terjadi disebabkan, haba panas di dalam badan tidak Berjaya dikeluarkan oleh tubuh, dan haba yang disimpan akan meningkatkan lagi suhu badan anak.
Pemakanan
Dari segi pemakanan pula, penting untuk membantu demam kebas dengan cepat. Antara menu utama anak-anak yang biasa akak bagi adalah :-
Sup tulang- Sup tulang dikatakan cukup bagus untuk demam jika direbus lama kerana dapat menguatkan system imum badan dan mempercepatkan badan sembuh dari badan. Ini kerana, sup tulang mampu merasang sel putih untuk melawan mikro asing dalam badan
Buah-buahan- Perlu untuk diberi kepada anak-anak supaya dapat meningkatkan kekuatan imum kerana buah-buahan mempunyai banyak khasiat dan vitamin yang pelbagai terutama buah oren yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi
Bubur/ Susu – Anak-anak yang mengalami DEMAM sudah tentunya pemakanan mereka pun tidak seimbang, ini kerana ada yang tidak lalu makan sesuatu untuk tubuh mereka melawan peyakit tersebut. Pastikan anak-anak makan sesuatu untuk tubuh mereka seperti bubur atau susu agar badan dapat melawan demam tersebut
Air – air penting untuk badan seseorang. Perlu anak-anak meminum air untuk meredakan demam panas dan megelakkan dihidrasi yang keterlaluan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://diaricikameera.blogspot.com/2018/11/cara-mengatasi-demam-panas-kanak-kanak.html