Cara Memperoleh Berat Badan Ideal
Assalamualaikum
Setelah lebih kurang 3 bulan pza duduk rumah, semakin lama badan ni kelihatan membengkak pula..hahahaha! mana tak nya, duduk rumah mak masak sedap, lepas tu hati pun senang, nak fikir apa lagi, tak ada masalah nak difikirkan. Semua ada depan mata, cuma kadang-kadang terdetik kerisauan tentang urusan posting. Tu pun kadang-kadang la...
* Gambar ikhsan google.
Baiklah, memandangkan badan ni kelihatan semakin membengkak dan seluar jeans yang dah bertukar menjadi legging, pza pun dengan beraninya cuba naik mesin penimbang, dalam hati.. "Berapa la berat aku ni..Mesti naik punya,kalau tak kenapa jeans ni ketat" Jelas,terang lagi bersuluh, memang sah berat aku dah naik!!! Bahagia sangat ni duduk rumah...
Setelah menyedari berat semakin bertambah, dengan pantasnya,pza mula mencari tips-tips kuruskan badan. Suatu masa dulu, berat pza boleh tutun sampai 5-6 kg kot dalam masa 3-4 bulan macam tu, tapi disebabkan oleh tekanan kerja dan waktu makan yang tak teratur. Habis semua baju seluar longgar..hahahaha! Tapi setelah 3 bulan bertapa, berat badanku bukan kembali kepada asal, malah bertambah dan kian bertambah
Eh, jom lah kita tengok apa tips yang boleh kita gunakan untuk kawal berat badan dari meningkat dengan lebih melampau-lampau. Mak masak kita makan, tapi dalam masa yang sama berat kita pun haruslah dikawal. Bukan apa, nanti nak jalan pun dah semput..haaa,dah susah tu kan
# Tips Pertama
Makan makanan yang seimbang, seperti yang sedia maklum, nasi merupakan makanan riju masyakat Malaysia kan, mak kita pun hari-hari masak nasi bersama lauk-pauk yang sangat sedap. Untuk Mengekalkan berat badan ambil dalam kuantiti seganggam dan makan 2 kali sehari. Kalau nak kurangkan berat badan kuantiti nasi yang diambil haruslah kurang dari segenggam. Selain itu, bagi mereka yang bergerak aktif seharian, kadar pengambilan nasi juga boleh dipertingkatkan. Tapi jangan lebih2..kita bukan hanya makan nasi sahaja dalam sehari.
# Tips Kedua
Kurangkan pengambilan "Junk Food". Haaa,yang ni pza pun selalu buat,makan biskut la, asam kecut la, jeruk..macam-macam lah. Jadi, mulai hari ini, sila elakkan makanan macam tu ye. Kandungan bahan yang ada dalam makanan tu kurnag sesuai untuk tubuh dan membantu dalam proses kegemukkan jugak sebenarnya
#Tips Ketiga
Pengambilan Air Masak dalam kuantiti yang banyak. Seperti yang diketahui, sememangnya air masak membantu dalam pelbagai proses dalaman badan kita terutama bagi membantu peningkatan kadar metabolisme. Kadar pengambilan air juga dapat dilihat berdasarkan nisbah 25kg - 1 liter air. Jika berat anda 50 kg = 2 liter air. Pengambilan air juga dapat membantu dalam melancarkan pergerakan organ badan yang lain
*Sekali lagi google image
#Tips Keempat
Kalau boleh, elakkan pengambilan makanan berat pada waktu tengah malam. Hahaha! maklumlah, duduk rumah ni, bila tidur lambat, perut pun mula la berkeroncong ye. Ok, kalau rasa lapar sangat, ambil la makanan yang berbentuk cereal ke,tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Tapi, pza pernah jugak dengar,kadang-kadang kita bukan lapar,tapi kita haus. Kalau macam tu, cuba minum air dulu, kalau rasa lega, tak perlu la nak ambil makanan kan tengah-tengah malam..
#Tips Kelima
Bersenam, 3 kali seminggu. Haaa, dalam pada menjaga pemakanan, jangan lupa jugak untuk bersenam. Ala, tak semestinya kena keluar rumah untuk bersenam, dalam rumah pun boleh. Buat la erobik sikit, sekurang-kurangnya badan kita lebih cergas taw. Percaya lah, korang akan rasa perbezaan jika buat senaman, badan rasa ringan, otak pun rasa lega jek. Sekali sekala tu, pusing-pusing la keliling taman ke..Nak seribu daya, tak nak seribu dalih laaahhh!!
Sekian sahaja tips untuk mendapatkan berat badan ideal dari gadiskaca. Marilah kita bersama-sama menjaga berat badan agar tidak terus membengkak! Jom mulakan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jiwakaca.blogspot.com/2014/01/cara-memperoleh-berat-badan-ideal.html