Cara Memohon Tanah Kerajaan Kelantan


CARA MEMOHON TANAH KERAJAAN KELANTAN (Dokumen & Kos )


Timbul persoalan bagaimakah cara memohon tanah kerajaan Kelantan?
Sebelum anda berbuat demikian, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu, berikut adalah langkah penting :
Pertama, anda perlu mengenalpasti tanah yang anda ingin mohon. Status tanah tersebut adalah sangat penting mengelakan sebarang masa timbul. Pastikan jenis tanah tersebut sama ada tanah kerajaan status state land, tidak termasuk dalm rezab hutan atau hutan simpan atau rizab lain atau  telah diluluskan kepada pihak lain.
Setiap warga kelahiran anak kelantan hanya layak memohon 3 ekar sahaja tanah kerajaan di seluruh negeri Kelantan. Maksudnya anda hanya layak memohon 3 ekar sahaja untuk permohonan baru tidak kira dimana lokasi tanah anda memohon.
Contohnya, sekiranya anda telah memohon 3 ekar di Tanah Merah,anda tidak boleh lagi memohon tanah lain di tempat lain sebab anda telah mencapai had permohonan iaitu 3 ekar sahaja.
Kedua, anda perlu mendapatkan bantuan juru ukur daripada SO pejabat tanah atau juru ukur luar.Perkara ini sangat penting untuk menentukan dengan jelas sempadan milik tanah di sekeliling tanah , keluasan tanah juga akan diketahui melalui kerja-kerja ukur ini. Selain itu, yang paling penting anda mahu mendapatkan pelan kasar tanah anda untuk tujuan permohonan tanah nanti.
 
Ketiga, anda perlu mengisi Borang Jadual 1 yang boleh dibeli di pejabat tanah daerah anda, dalam borang ini anda perlu mengisi maklumat peribadi, butiran tentang tanah, perlukan salinan dokumen seperti salinan kad pengenalan.
Selepas melengkapkan borang dan dokumen, anda perlu mendapatkan sokongan daripada  penghulu mukim  kawasan anda. Kebiasanya penghulu akan bertanya serba sedikit tentang tanah dan kedudukan tanah  hanya untuk pengetahuannya sahaja.
Selepas mendapat sokongan daripada penghulu mukim, anda perlu mendapat sokongan daripada wakil rakyat atau penyelia DUN.
Borang tadi perlu diserahkan kepada pejabat tanah untuk membuka fail permohonan tanah kerajaan. Disini akan ada diminta bayaran untuk pelan tanah dan bayaran pendahaluan berdasarkan keluasan tanah, jenis tanaman yang terdapat dalam tanah yang dipohon.
Setelah selesai urusan ini, anda akan diberikan resit pembayaran dan anda perlu menyimpan resit itu dan kenalpasti nombor rujukan permohonan anda untuk tujuan semakan.
 
Anda perlu menunggu pihak pejabat memproses permohonan anda, biasanya juru ukur daripada pejabat tanah akan menghubungi anda untuk datang melihat dan menyiasat tanah yang dipohon untuk mereka membuat laporan.
Selepas laporan dibuat, fail permohonan anda akan diangkat kepada jawatankuasa hal ehwal tanah jajahan untuk perakuan dan seterusnya diangkat kepada exco untuk kelulusan.
BAGAIMANA DENGAN JUMLAH BAYARAN ?
Bagi memiliki tanah kerajaan anda dikehendaki membayar premium tanah. Bagi lot getah dan kelapa sawit ialah RM1820. Manakala lot dusun dan kelapa RM1092. Padi pula RM182.
Untuk lebih jelas, berikut adalah jenis premium yang perlu dibayar untuk mendapatkan tanah kerajaan:
a) Biasanya sebanyak 30% daripada nilai pasaran semasa tanah yang dimohon. Ini dirujuk daripada Pekeliling PTG 7/2015.
b) Premium denda juga dikenakan berdasarkan Pekeliling PTG 5/1999
1. 50% premium asas bagi rentahan kurang daripada 5 tahun
100% premium asas bagi rentahan kurang daripada 10 tahun
3. 150% premium asas bagi rentahan kurang daripada 15 tahun c) Premium tambahan sebanyak 25% daripada nilai semasa mungkin dikenakan jika tanah tersebut mempunyai hasil. Pekeliling Info lebih lanjut tentang urusan tanah di Kelantan: https://ptg.kelantan.gov.my/

BAGAIMANA DENGAN TEMPOH MASA ?
Antara aspek penting dalam proses permohonan tanah kerajaan negeri Kelantan adalah tempoh masa untuk semua proses yang diterangkan di atas. Anda perlu faham, proses permohonan tanah kerajaan mengambil masa yang agak lama bergantung kepada pihak pejabat menguruskan permohonan. Mungkin mengambil masa 2 tahun hingga ke 5 tahun untuk selesai dan mendapat geran tanah.
Namun ada beberapa cara untuk memastikan permohonan anda lancar dan diproses dengan cepat. Berikut adalah cara untuk memastikan permohonan anda diproses mengikut masa yang ditetapkan :
1. Pastikan urusan mengisi borang permohonan lengkap dan segala dokumen yang diperlukan disediakan dengan sempurna.
2.Sentiasa menghubungi juru ukur yang memproses fail anda. Hal ini bagi memastikan mereka datang secepat mungkin untuk membuat laporan tanah bagi diangkat kepada jawatankuasa hal ehwal tanah jajahan.
3. Pastikan anda sentiasa peka kepada surat dan mesej yang dihantar kepada anda daripada Pejabat Tanah Jajahan. Hal ini kerana pihak pejabat akan menghubungi anda untuk sebarang urusan seperti menghadiri mesyuarat kepada jawatankuasa hal ehwal tanah jajahan.
4. Sediakan wang yang mencukupi untuk proses permohonan tanah. Lebih baik anda mengikut panduan jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada pihak kerajaan iaitu premium supaya anda lebih bersedia untuk menjelaskan bayaran supaya proses permohonan berjalan lancar dan cepat.
5. Bagi yang bekerja sebagai kakitangan awam negeri dan kakitangan awam. Anda perlu mengisi borang lampiran G untuk meminta izin dan memberi tahu kepada majikan anda tentang maklumat permohonan tanah kerajaan yang anda sedang urus. Proses ini mengambil masa 3-4 bulan untuk mendapat maklum balas daripada jabatan anda.
Panduan Mengisi Lampiran G  : https://kekandamemey.com/panduan-mengisi-lampiran-g.html
The post CARA MEMOHON TANAH KERAJAAN KELANTAN (Dokumen & Kos ) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/cara-memohon-tanah-kerajaan-di-negeri-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Malaysia Menzalimi Orang Melayu Kelantan

Kerajaan Malaysia Menzalimi Orang Melayu Kelantan

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 207 hits
Pada tahun 1909 Kerajaan British dan Kerajaan Siam menandatangani perjanjian Anglo Siamese Treaty untuk memindah Kelantan daripada kuasa Siam kepada kuasa British Ketika itu Kelantan mempunyai autonomy dan kuasa pentadbiran di bawah Sultan ...
Resepi Ikan Rebus Asam Simple Cara Kelantan

Resepi Ikan Rebus Asam Simple Cara Kelantan

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 239 hits
Resepi Ikan Rebus Asam Simple Cara Kelantan Salam semua Kalau korang pernah makan nasi dagang Lauknya mesti kena ada gulai ikan rebus Biasanya kalau gulai ikan nak makan dengan nasi dagang ni guna ikan tongkol lagi sedap Sebelum nak jadikan...
Kerajaan Islam Pas Kelantan Digesa Haramkan Sembur Cat Pada Merpati

Kerajaan Islam Pas Kelantan Digesa Haramkan Sembur Cat Pada Merpati

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 217 hits
FAZLI RADZIOrang ramai kecewa dengan trend mewarnakan merpati dengan cara menyembur cat yang dianggap menzalimi binatang Idea yang kononnya kreatif dipelopori peniaga di Kelantan itu dikatakan membolehkan mereka meraih rezeki berganda lanta...
Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Kakitangan Kerajaan

Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Kakitangan Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 285 hits
proses permohonan Pinjaman Perumahan KerajaanRamai rakan rakan staf di jabatan kerajaan yang Syu bertugas sekarang ini riuh bertanya tentang prosedur atau cara cara pembelian rumah menggunakan LPPSA Terasa seakan akan pesta membeli rumah se...
Cara Pecah Tanah Lot Geran Individu

Cara Pecah Tanah Lot Geran Individu

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 434 hits
CARA PECAH TANAH LOT GERAN INDIVIDU Jika anda mempunyai tanah yang dalam zon perumahan Anda perlulah segera untuk melakukan pecah tanah untuk mengeluarkan lot geran individu Hal ini memudahkan anda membina rumah atau menjual tanah tersebut ...
Penduduk Pekan Awah Rayu Kerajaan Mencari Jalan Selesaikan Masalah Air Lebih 20 Tahun

Penduduk Pekan Awah Rayu Kerajaan Mencari Jalan Selesaikan Masalah Air Lebih 20 Tahun

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 167 hits
MARAN Penduduk dan peniaga di pusat perniagaan Pekan Awah dekat sini merayu kerajaan negeri dan Persekutuan mencari jalan penyelesaian segera masalah bekalan air dihadapi mereka sejak lebih 20 tahun lalu Mereka mendakwa sejak kawasan pernia...
Kerajaan Kini Tak Peduli Dengan Kenaikan Harga Barang Mereka Asyik Berebut Jawatan

Kerajaan Kini Tak Peduli Dengan Kenaikan Harga Barang Mereka Asyik Berebut Jawatan

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 154 hits
Sejak tampuk pemerintahan kerajaan diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dan hari ini kerajaan dibawah pemerintahan Datuk Seri Ismail Sabri dilihat sangat gagal menguruskan kemelut kenaikan harga barang apabila tiada sebarang ...
Orang Fasik Bawa Berita Pejuang Janji Bawa Kerajaan Penyayang Kepada Bangsa Johor

Orang Fasik Bawa Berita Pejuang Janji Bawa Kerajaan Penyayang Kepada Bangsa Johor

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 170 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Tawaran Pejuang ialah sebuah kerajaan penyayang Mukhriz MahathirSiapalah agaknya akan termakan dengan janji janji dan kata kata seperti diatas yang datang dari mulut Mukhriz Mahathir yang mewakili Parti PEJUANG Mukhriz...
Pas Dulu Kata Tak Boleh Baiki Air Teh Tarik Sebab Bukan Kerajaan Sekara

Pas Dulu Kata Tak Boleh Baiki Air Teh Tarik Sebab Bukan Kerajaan Sekara

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 178 hits
Mantan Senator KEADILAN Siti Aishah bertanyakan mengapa PAS sehingga hari ini masih tidak menyelesaikan isu air yang teruk di Kelantan walaupun sudah menjadi kerajaan Beliau juga menangkis suara suara sumbang yang konon kata sekiranya Anwar...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024