Cara Latih Anak Tidak Bersikap Boros




Banyak kebaikan amalan menabung. Budaya menabung membolehkan jumlah yang banyak dikumpul secara sedikit-sedikit. Pepatah ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’ adalah di antara nasihat yang mendidik agar masyarakat menabung hasil pendapatan atau wang yang diperoleh. Jumlah yang sedikit akan menjadi banyak jika amalan menyimpan diteruskan dalam tempoh yang lama.   

Sikap menabung perlu dimulakan sejak awal lagi. Kanak-kanak dan pelajar yang menerima wang daripada ibu bapa patut digalakkan menabung sebahagian wang yang diterima itu.  

Amalan menabung perlu dilakukan biarpun sekadar memasukkan wang dalam tabung sekadar beberapa puluh sen sehari. Perbuatan itu tentu tidak sukar untuk dilakukan yang merupakan jumlah baki perbelanjaan harian.    

Amalan baik yang dimulakan semenjak kecil mudah dibentuk dan menjadi sebati di dalam diri setiap individu. Kebiasaan dilakukan sejak kecil menjadi lambang peribadi yang baik dan mampu berterusan sehingga dewasa. Kata pepatah, ‘meletur buluh biar dari rebungnya’.

Rata-rata pelajar sekarang menerima wang saku dalam jumlah agak besar daripada ibu bapa masing-masing. Sebahagian ibu bapa mampu menyediakan wang lebih memandangkan kedudukan ekonomi keluarga yang baik.  

Jumlah wang yang diterima melebihi jumlah wang yang benar-benar diperlukan, yakni berdasarkan kadar perbelanjaan sederhana. Tidak dinafikan sebanyak mana sekalipun wang dimiliki masih tidak mencukupi jika berbelanja secara boros dan mengikut kehendak hati yang tidak pernah puas dan tiada batasan.

Satu amalan amat keji dan buruk bagi sesiapa berbelanja mengikut hawa nafsu. Syaitan tidak pernah berhenti daripada menggalakkan manusia melakukan perkara yang boleh mendatangkan keburukan. Sesiapa berbelanja boros merupakan mengikut telunjuk syaitan.

Justeru, peluang mendapat wang saku melebihi daripada apa yang diperlukan sepatutnya tidak menjadikan pelajar berbelanja lebih. Wang diperoleh itu wajar ditabung sebagai simpanan. Menabung bukan hanya untuk orang miskin, tetapi orang kaya juga perlu menabung.

Biarpun ibu bapa memiliki banyak harta yang boleh digunakan bila-bila masa tanpa had, bukan alasan untuk berbelanja lebih. Berbelanja boros satu kelemahan diri yang perlu diubati agar tidak terus menguasai diri.  

Didapati ramai pelajar yang berbelanja seperti orang dewasa yang sudah bekerja. Mereka memakai pakaian berjenama mahal, memiliki kenderaan mewah, berbelanja di pusat perniagaan terkenal dan bebas ke sana ke mari dengan menggunakan wang disediakan oleh ibu bapa. 

Pelajar yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa selalu mudah lupa diri. Banyak pelajar terjebak dalam kancah kehidupan tidak sihat kerana kemewahan yang dinikmati tanpa batas. 

Banyak pelajar mengunjungi tempat berpeleseran, gejala dadah, seks bebas dan hidup bebas berpunca memiliki wang yang banyak disediakan oleh ibu bapa.   
Kebanyakan pelajar daripada keluarga kaya raya berbelanja sesuka hati. Malah ada yang berbelanja mewah untuk menunjukkan kedudukan keluarga masing-masing. Sikap ego dan mementingkan diri menguasai diri.  

Ketika ada pelajar berbelanja boros, terdapat rakan mereka yang hidup melarat. Satu amalan amat mulia dan berperikemanusiaan jika membantu rakan dalam kesusahan. Kita berusaha untuk membentuk masyarakat penyayang dan bersatu padu. Tolong menolong menjadi lambang kehidupan masyarakat bertamadun.

Pelajar patut sedar setiap sen yang diterima daripada ibu bapa adalah satu amanah agar digunakan untuk kebaikan. Berbelanja dengan cermat dan berhemah satu amalan orang bijak pandai.  

Beringat semasa senang dapat mengelak bencana dan kesusahan yang tidak dapat diduga pada masa hadapan. Langit tidak selalunya cerah. Seperti roda, ada kalanya di atas dan pada masa lain pula berada di bawah.  

Amalan menabung di kalangan pelajar mampu membentuk masyarakat yang berdisiplin dan bermaruah. Setiap individu perlu bijak menilai keperluan hidup tanpa melepasi batas-batas keperluan sehingga membazir dan merugikan.  

Pelajar yang suka mengamalkan sikap membazir akan menjadi amalan sehingga dewasa. Sebenarnya tidak semua bernasib baik terus mendapat kekayaan daripada ibu bapa. Sebaliknya mereka perlu lebih berdikari dan mencari sendiri wang yang diperlukan.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2021/01/dsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngaji Tetap Ngaji Bekalan Untuk Anak Anak Warganet Puji Cara Didikan Ozlynn Johan

Ngaji Tetap Ngaji Bekalan Untuk Anak Anak Warganet Puji Cara Didikan Ozlynn Johan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 428 hits
Melihat pasangan ini mendidik anak mereka terasa cukup sempurna Di rumah asas ilmu agama menjadi keutamaan buat Johan dan Ozlynn Wati dalam mendidik anak anak mereka Bukan hanya menjadikan amalan berjemaah satu kewajipan bahkan selepas bers...
Naikkan Berat Anak Bukan Dengan Multivitamin Ini Cara Tepat Naikkan Berat Anak

Naikkan Berat Anak Bukan Dengan Multivitamin Ini Cara Tepat Naikkan Berat Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 313 hits
Setiap kali menimbang berat badan anak menjadi kepuasan berganda bagi ibu bapa kerana berjaya menaikkan berat badan anak Namun bila mana anak mengalami penurunan dalam jumlah berat badan ibu bapa mula merasa risau Pengambilan vitamin teruta...
Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 465 hits
Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bukan hanya mereka yang bekerja terlibat bahkan anak anak turut menerima tempias Ini kerana mereka tidak menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah Terbaru Pihak Kementerian Pel...
12 Cara Didik Anak Perkongsian Oleh Pakar Motivasi

12 Cara Didik Anak Perkongsian Oleh Pakar Motivasi

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 339 hits
Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak Tiada istilah cara kau salah cara aku betul Kerana setiap anak mempunyai peel dan sifat
Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri

Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 422 hits
Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri Pisahkan anak tidur sendiri adalah salah satu hukum yang Islam tetapkan untuk menjaga sosialisasi dalam hubungan kekeluargaan Umur yang sepatutnya dipisahkan laling lewat iaitu 7 tahun Tapi alhamdulillah MF ...
Marah Anak Tak Perlu Jerit Nanti Makin Melawan Ada Cara Nak Lembutkan Hatinya

Marah Anak Tak Perlu Jerit Nanti Makin Melawan Ada Cara Nak Lembutkan Hatinya

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 285 hits
Orang cakap mak ayah boleh jaga anak 10 orang tapi anak belum tentu dapat menjaga mak ayah seorang Pernah terfikir tak mak mak zaman dulu mampu menjaga anak yang ramai Kalau nak marah anak pun ada caranya Sebab itu semua anak menjadi
Mainan Anak Banyak Bercampur Cara Ibu Ini Guna Teknik Konmari Lebih Kemas

Mainan Anak Banyak Bercampur Cara Ibu Ini Guna Teknik Konmari Lebih Kemas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 598 hits
Ajar dari kecil anak anak susun barang seperti buku toys dan baju mengikut sistem konmari supaya mereka tahu betapa pentingnya rasa bertanggungjawab ke atas barang sendiri Mama juga kena selalu pesan barang susun ikut kategori Contohnya box...
Tulisan Anak Jadi Lagi Cantik Tip Mudah Latih Anak Pegang Pensil Dengan Betul Cikgu Ni Kongsikan Caranya

Tulisan Anak Jadi Lagi Cantik Tip Mudah Latih Anak Pegang Pensil Dengan Betul Cikgu Ni Kongsikan Caranya

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 383 hits
Biarpun sesi persekolahan 2021 sudah bermula pastinya pengalaman yang dialami oleh kanak kanak yang berada di tadika masih sama seperti berada di rumah Mereka tidak dapat menikmati persekolahan pertama mereka bersama kawan kawan Pun begitu ...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Collaborate And Innovate For Economic Resilience

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

Daiyan Trisha Feat Alfie Zumi Jom Raya Chord

Penerangan Jenis Jenis Tebuan Di Malaysia

Senarai Dan Jenis Tupai Di Malaysia

Diam Dan Jujur Itu Bijak

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn