Tombol pintu ni banyak jenis,dan kekadang kedai hardware barang sama harga lain,jadi pandai-pandailah korang nego harga paling murah.
Kandungan benda-benda yang ada dalam kotak. Make sure cukup sebelum memulakan sebarang kerja pemasangan.
Pemutar skru ni memang dah ada kat rumah, so zero cost.
Aku tak sure apa nama alat ni. Yang dalam gambar ni dah siap ada dalam set tombol yang aku beli tu. Alat ni digunakan untuk buka tombol.. jap lagi kita tengok macamana benda ni digunakan. Kos RM0.
Setengah gelas air ni digunakan untuk menghilangkan dahaga.. mana la tau kot2 penat time buat kerja nanti. Kos RM0 sebab air ni amik kat dalam peti ais je.
Tombol pintu rosak yang telah berjaya dibuka dari pintu.
Pintu yang telah dibuka tombol
Pandangan dari sisi
Skrukan benda tu semolek rasa (Taktau nama apa, aku panggil Penyelak).. make sure center.
Nampak tak lubang kecil tu.. untuk step ni kita perlu fokus pada lubang tersebut.
Dengan menggunakan pin atau alat yang aku tunjuk mula2 tadi, cucuk lubang tersebut sehingga tombol belakang boleh ditarik keluar. Step ni adalah step yang sama digunakan untuk buka tombol lama pada pintu. (Tak diterangkan kat atas tadi)
Bila tombol dah berjaya dileraikan, leraikan lagi 2 bahagian seperti gambar di bawah.
Susun elok-elok supaya tak confius..
Tombol yang dah tinggal tulang tadi tu dimasukkan ke dalam lubang pada pintu. Direction: dari luar bawa ke dalam. Pastikan juga bahagian yang dibulat putih tu dalam kedudukan macam tu. Supaya ianya boleh bersambung dengan penyelak yang kita dah siap pasang dalam step 2 tadi.
Bila dah masuk macam dalam gambar ni.. test pulas tombol luar tu. kalau penyelak tu ikut bergerak masuk dan keluar itu maknanya tombol tersebut dipasang dengan baik.
Gambar sisi: tombol yang telah selamat dipasang.
Kemudian kita concentrate pada bahagian dalam tombol pula.
Masukkan bahagian tombol yang dalam gambar di atas dan skrukan dengan kemas.
Ini rupa dia bila dah diskru.
Selepas itu, masukkan pula bahagian yang dalam gambar ni.
Rapatkan bahagian tersebut sehingga ke pintu. Perlu di laras juga bahagian yang sama pada tombol di sebelah luar.
Kemudian masukkan kepala tombol. Pastikan kedua-dua lubang yang dibulat putih selari supaya kepala tombol tersebut akan melekat dengan baik sama.
Ok siap. Ni adalah gambar dari sisi tombol yang telah selesai dipasang.
Masa untuk ujicuba.. bahagian dalam, make sure punat kunci tu berfungsi.
Bahagian luar.. cek samada boleh buka atau tidak jika tombol berada dalam mode kunci.
Akhir sekali, pastikan tombol boleh dibuka dengan kunci.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |