Cara Melegakan Sakit Leher Dan Bahu Akibat Salah Bantal
Cara melegakan sakit leher dan bahu akibat salah bantal.
Pagi ni bangun tidur, terasa sakit sangat-sangat kat leher dan bahu sebelah kiri. Nak bangun dari tidur tu masha allah, sakitnya rasa!!
Sampaikan waktu tengah tidur pun, rasa tak boleh nak toleh kiri dan kanan. Rasa sakit yang teramat sangat. Tidur pun asyik terjaga-jaga. Kalau kita kalih tidur ke kiri atau mengiring sebelah kanan. Sakit betul!!
Tak tertanggung rasa sakit tu. Sebenarnya dari malam sebelum tu dah terasa sakit leher. Jadi suruhlah anak sapukan minyak dan urut sikit.
Sudahnya pagi tu lagi bertambah sakit leher ni sampai ke bahu kiri. Tak boleh nak cerita sakitnya hahaha. Walau dah makan Panadol Extend 2 biji masih juga tidak melegakan.
Punca sakit leher dan bahu sebelah kiri
Gambar dari Google
Betul ke sakit leher ni disebabkan salah tidur atau salah bantal? Rasa tidur tu macam biasa je tapi bila tiba-tiba je jadi macam ni, terus cek satu-satu puncanya.
Sebenarnya sakit leher atau tengkuk ni oleh disebabkan dari postur kita duduk, berdiri atau mengangkat bebanan. Bila tersalah cara, boleh sebabkan ketidakseimbangan otot dan otot tengkuk menjadi kurang stabil.
Memang pun sebab, Work From Home ni banyak buat kerja di meja makan yang mana tak sesuai dengan cara bekerja di meja pejabat. Kerusi dan meja makan tu tak sesuai untuk duduk terlalu lama.
Susahnya postur badanlah sakit sebab dipaksa untuk bekerja dengan kedudukan yang tak betul.
Lagi satu menghadap smart phone terlalu lama. Menunduk melihat handphone untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan otot menjadi tegang dan kaku. Kan?
Cara melegakan sakit leher dengan senaman regangan
Extensor Stretch
Posisi : duduk/ berdiri
Cara melakukan : tunduk kepala, bawa dagu ke dada. Tahan untuk 30 saat.
Flexor stretch
Posisi : duduk @ Berdiri
Dongak kepala ke arah siling dan tahan untuk 30 saat.
Side Bend
Posisi : duduk @ berdiri
Bawa telinga dekat ke bahu dan tahan untuk 30 saat.
Rotation
Posisi : duduk @ berdiri
Pusingkan kepala perlahan- lahan ke tepi dantahan sampai kiraan 30 saat
Info dari myhealth.gov.my
Perasan tak kalau sakit leher, kita takut nak menggerakkan leher yang sakit. Rela bergerak macam robot dan keraskan posisi leher dan badan untuk elak rasa sakit?
Hahahah sayalah tu. Sebenarnya salah ya tindakan kita tu. Kalau dah sakit leher, sepatutnya kita kena buat regangan macam kaedah di atas. Buat perlahan-lahan dan jangan terlalu memaksa.
Mula-mula memang sakit Ya Rabbi. Tapi selepas beberapa ketika otot mula lembut. Dan boleh menoleh kiri dengan baik.
Alhamdulillah berkesan sangat cara legakan sakit leher ni!! Ni semua suami saya yang tolong. Dia kata kenapa perlu takut untuk sihat? Buat regangan itulah kaedah paling baik untuk legakan sakit leher.
Letakkan icepack dan hotpack
Selain tu, untuk lebih memberi kelegaan pada leher dan bahu yang sakit, boleh balutkan icepack atau hotpack dan letakkan pada tempat yang sakit. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit macam tu.
Hmm memang melegakan. Pernah dengar kaedah bertungku kan? Biasanya bertungku ni orang kata baik untuk wanita selepas bersalin. Tapi sebenarnya bagus juga untuk kita yang tidak berpantang ni.
Memang banyak kebaikan bertungku ni.
Sakit leher kerana stress
Tidak dinafikan stress juga boleh menyebabkan kita terasa sakit di belakang leher. Apa tidaknya, stress dengan anak-anak yang PDPR dan perlu diberikan perhatian lebih. Sedangkan kita juga ada kerja yang perlu disiapkan.
Sebaiknya kita ibu bapa cuba elakkan untuk berasa stress. Kalau kita stress, anak-anak apatah lagi. Diorang juga rindukan suasana sekolah dan rindukan kawan-kawan.
Cuma harapnya kita buat yang terbaik untuk pastikan semua pun rasa bahagia dan belajar dalam suasana harmoni. Dan semoga entri perkongsian cara melegakan sakit leher ini bermanfaat untuk semua.
The post Cara melegakan sakit leher dan bahu akibat salah bantal appeared first on AJUMOHIT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2021/02/cara-legakan-sakit-leher-dan-tengkuk-akibat-salah-bantal.html