Cara Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Homemade Yang Mudah Dan Sedap Macam Di Restoran


As Salam,
Resepi Mudah Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sedapnya Macam Di Restoran-haha.Jangan marah na.Post masak-masak saya kali ini bajet syok sendiri.kiki.Okey, sebenarnya tidaklah saya terlalu perasan sampai angkat bakul sendiri ya, melainkan ia adalah cakap-cakap mereka yang menikmati air tangan saya ni.

Ikan Siakap Tiga Rasa Homemade yang sedapnya macam kat restoran gitu:) 
Terima kasih atas resepi yang dikongsikan oleh Blogger Masakan Kak Azie dari Blog Azie Kitchen. Saya mahu memasak ikan siakap dan terfikir untuk masak resepi ikan siakap tiga rasa.Hidangan ini pula mahu saya bawa ke potluck ke rumah adik saya di Shah Alam.

Hidangan Siakap Tiga Rasa ini memang feveret anak-anak kami sekeluarga bila makan di restoran Tomyam Seafood. Nampak sodap bukan.kiki

Sebenarnya tidaklah sepenuhnya saya ikut resepi yang dikongsikan oleh Kak Azie, sebab ada bahan yang tidak ada di dapur saya, jadi saya hanya gunakan mana-mana bahan yang ada.Yang bestnya pula, keenakan Ikan Siakap Tiga Rasa ini nyata lebih sedap dari di restoran, itu kata anak-anak dan bapak si anak sayalah.Maklumlah, mana ada anak yang tak suka air tangan ibu sendiri kann.heheh

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Sedap Macam di Restoran
Oleh: Azie Kitchen
Dicuba dan Diolah oleh : Cik Matahariku
Saiz Hidangan : 7-8 orang makan
Untuk Ikan:
2 ekor ikan siakap - di potong slice dan dilumur dengan garam dan kunyit
Tepung jagung - dilumur pada ikan
Minyak - untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:
3 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia- ditumbuk
2 batang serai - ketuk

Bahan Sos:
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan -
3 sudu cili kering blend ( saya tambah sebab family suka pedas)
Sedikit minyak bijan - opsyenal ( saya tak letak )

Bahan bahan Lain:
Satu gengam cili padi - dipotong kecil
2 ulas bawang putih-dihiris
1 inci halia - dihiris halus
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu ( saya tak letak )
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu - opsyenal ( saya tak letak )
Kiub nenas dalam tin - opsyenal ( tak letak)
1/2 biji lemon-diperah jusnya.
1 cawan air supaya sos tidak pekat sangat.
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajino-moto secukup rasa

Cara cara Menyediakan Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Pasti Menjadi dan Sedap
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan agak berwarna keemasan, angkat dan toskan minyak.Saya tak suka ikan siakap terlalu garing sehingga menghilangkan kelembutan tekstur ikan.Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, bawang merah, halia, dan serai yang ditumbuk dan dititik tadi.Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan cili kering blend. Saya gantikan masam nenas dengan jus lemon.Perahkan sedikit jus lemon dan kacau sebentar.Akhir sekali, masukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, halia, bawang putih yang dipotong dadu. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
Langkah Demi Langkah Bergambar Menyediakan Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap
Biasanya kalau beli ikan siakap untuk hidangan di rumah, suami saya akan minta pakcik kat pasar tu potong slice siap-siap.Jadi, resepi ikan siakap saya ni taklah rupa sekor ikan siakap sejebon.haha.Orait, ini rupa ikan siakap yang dah dilumur dengan garam dan kunyit.Saya guna serbuk kunyit je.Eh, jangan lupa lumur sekali dengan tepung jagung ya

Ini pula rupa ikan siakap yang dah siap goreng.Saya tak suka ikan siakap yang garing sangat, nanti time makan jadi hilang tekstur ikan yang lembut tu. 
Orait, ini bahan-bahan yang saya guna untuk tumis dan ada juga yang akan dihiris.Walaupun dalam resepi asal semua bahan hanya dihiris, saya olah untuk menjadikan kuah sos ikan siakap tiga rasa ini supaya lebih mantap ( ceh gitu )dengan tumbuk kasar bawang merah 3 ulas, bawang putih 2 ulas, serai dititik dan halia 1/2 inci juga ditumbuk kasar

Ini pula bahan-bahan yang perlu dihiris untuk dimasukkan dalam sos ikan siakap tiga rasa nanti. Biasanya kita akan jumpa hirisan tomato, nenas atau cili benggala dalam hidangan siakap tiga rasa kann, tapi resepi ini saya olah sebab kat dapur saya takde cik tomato, cili benggala dan nenas.Rasa masam untuk hidangan ini saya ganti dengan perahan jus lemon.Gambar sebiji lemon tu bukanlah maksudnya saya perah sebiji jus lemon tu, karang masam mencuka pulak cik abg awok makan.haha.rasa masam ni korang adjust sendiri ya

Masa ni, saya sedang sediakan sos ikan siakap tiga rasa kita. Campuran sos cili, sos tiram, sos tomato, cili kering blend ( sebab family saya suka pedas ), sos ikan dan perahan jus lemon.Masa ni jugak dah boleh sesuaikan rasa dengan garam, gula dan rasa masamnya. Boleh tambah secawan air atau lebih kalau tak mahu kuah pekat sangat

last sekali masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Kacau perlahan dan biarkan seketika.Bila nampak kuah dah sedikit pekat dan terbit minyak, maknanya kuah sos ikan siakap tiga rasa ini sedia untuk dihidang. 
Inilah hasilnya Ikan Siakap Tiga Rasa homemade daripada Cik Matahariku Kitchen ya.hehe
Jemput makan semua:)
Close up sikit.Bagi saya secara personal, sos ikan ini  menjadi sedap kalau dapat rasa serai atau bau serai, daun ketumbar dan juga halia, tambah sedikit rasa masam.pheww.Memang mantap rasanya nanti. Cili kering blend tu saya tambah untuk jadikan sos lebih pedas, barulah ngam kat tekak kami sekeluarga:)
Selamat mencuba olahan resepi Ikan Siakap Tiga Rasa ini kalau korang suka yang lebih pedas.Kalau tak suka pedas, cukup guna sos cili dan potongan cili padi. 
Doakan saya sekeluarga dipermudahkan semua urusan kami dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab dalam keluarga, kerjaya dan juga sesama manusia.aamiin

Sampai jumpa lagi:)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/09/cara-masak-ikan-siakap-tiga-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1135 hits
Bestnya lauk Siakap Masak Kengsom ni Bagi anda yang tercari cari resipi untuk masak untuk keluarga perkongsian dari saudari Sarah Saie ni antara yang terbaik boleh dicuba CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAK KENGSOMBAHAN BAHAN 1 ekor ikan siakap bi...
Cara Masak Sos Spageti Homemade Sedap Tanpa Guna Msg

Cara Masak Sos Spageti Homemade Sedap Tanpa Guna Msg

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 540 hits
Jika anda penggemar hidangan pasta resipi sos spageti homemade perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak in...
Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 439 hits
Sesekali bila malas nak masak lauk pauk dan nak berubah selera dari asyik makan nasi aje idea yang ada dalam kepala saya adalah mee goreng Hidangan yang cukup simple dan mudah nak di masak dan bila bila pun boleh dimakan tak The post appear...
Rasa Anak Emak Anak Bapak Teruja Tengok Dato Norman Dan Yusry Masak Asam Pedas Ikan Jehanak

Rasa Anak Emak Anak Bapak Teruja Tengok Dato Norman Dan Yusry Masak Asam Pedas Ikan Jehanak

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 609 hits
Lucu tengok gelagat Dato Norman dan Yusry Abdul Halim memasak asam pedas ikan jenahak tadi Korang tengok tak siaran di Astro Prima jam 1 petang tadi Kelakar kan tengok dua jejaka hebat dari kumpulan KRU ni memasak Paling kelakar Yusry nak k...
Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Bersama Tulang Ikan Masin Sedap Weyh

Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Bersama Tulang Ikan Masin Sedap Weyh

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 1186 hits
Dua hari lepas lauk masak lemak cili api nenas bersama tulang ikan masin inilah yang jadi hidangan keluarga aku Dah lebih ratusan mungkin dah ribuan kali aku masak lauk ni Kesedapanyan dah tentulah dari masam masam manis nenas di tambah kem...
Jom Buat Bebola Ikan Homemade Sedap Dan Berbaloi

Jom Buat Bebola Ikan Homemade Sedap Dan Berbaloi

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 354 hits
Bebola ikan atau selalunya kita panggil fish ball sangat sedap kalau dimasak sup Boleh juga jadi pelengkap pada hidangan sayur Kalau nak buat sendiri bebola ikan RASA kongsikan resipinya BEBOLA IKAN HOMEMADEBAHAN BAHAN300 gram isi ikan teng...
Cara Masak Nasi Kukus Ala Gerai Mudah Cepat Masak Tak Berkerak

Cara Masak Nasi Kukus Ala Gerai Mudah Cepat Masak Tak Berkerak

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 516 hits
Nasi kukus memang enak Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan Lebih lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai ayam goreng berempah panas serta sambal Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni bolehlah guna teknik serta sukatan...
Perut Lapar Malam Malam Masak Je Murtabak Mi Segera Yang Sedap Mudah Ni

Perut Lapar Malam Malam Masak Je Murtabak Mi Segera Yang Sedap Mudah Ni

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 315 hits
Teringin makan murtabak mi segera Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah senang sesangat rupanya Orang orang bujang mesti suka ni bahan asasnya hanya mi segera telur Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je Kalaua nak tahu macam mana m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut