Cara Link Whatsapp Ke Facebook Page Anda
Saya kongsikan cara anda link kan nombor whatsapp anda ke facebook page. Ada facebook page? Jika belum, segeralah create satu kedai rasmi ada di Facebook kay. Anggaplah ia sebagai kedai online anda. Rugi tiada kedai Facebook sedangkan abam Mark dah bagi kebenaran dan pelbagai kelebihan bila kita gunakan Facebook page sebagai medium bisnes kita.
Free je buat kedai Facebook tu. Tak perlu bayar pun nak create. Why not?
Okay, tahukah anda, anda boleh linkkan nombor whatsapp anda di kedai Facebook page?
Dengan cara ini, customer terus klik button Whatsapp dan bukan button Message. Hilang satu masalah iaitu selalu lewat reply message customer di FB page. (kantoi)
Semua FB Page saya dah pun gunakan button Whatsapp berbanding button Message. Bukan apa, selalunya saya lewat reply chat customer kat FB Page.
Paling mudah, anda terus buat button Whatsap, nanti customer click terus chat dengan anda kat wasap je.
JOMLAH BELAJAR CARA MUDAH LINKKAN NO WASAP ANDA DI FB PAGE
Step By Step Link Nombor Whatsapp ke Facebook Page
Ini paparan FB Page anda kay. Nampak tak button Send Message tu? Okay. Klik
Klik pada Contact You.
Bila klik akan keluar beberapa option. Pilih Whatsapp
Klik pada Send Whatsapp Message. Sudah klik Finish
Masukkan nombor wasap korang.
Country Code of coz MALAYSIA (+60), masukkan no tel wasap dan klik send code. Anda akan dapat CODE NUMBER dekat wasap tu. Bukan sms kay. Sila cek wasap anda segera.
Masukkan code yang anda terima, klik Confirm.
Okay. dah sampai sini. Klik Add Button
almost siap kay
Ini memang dah default la.. Korang tak perlu setting OFF ke apa.
Biarkan ON.
SIAP!. Mudah sahaja kan? Bila tak tahu dan tak cuba itulah seram skit. Insha Allah lepas ni makin ramai customer wasap korang melalui FB Page.
AAMIIN
Alhamdulillah, siap pun satu entri tutorial Facebook Marketing/ Fanpage untuk kalian semua.
Dah siap. Jom kita check apa jadi bila kita setkan Whatsapp kat Facebook Fanpage kedai anda ni.
Saya klik TEST BUTTON. Ini saya guna laptop ye. Bukan handphone. Jadi whatsapp ni paparan website whatsapp la. So customer akan klik Message jika dia nak chat dengan kita.
so Klik Message
Inilah hasilnya. So menjadi dengan mudah. Alhamdulillah.
Jadi u ols, cepat-cepatlah tukar button Send Message kepada Whatsapp kerana potensi closing adalah lebih tinggi di Whatsapp.
Tapi jangan bagitau saya whatsapp pun korang jarang bukak (haruuuu)
Alrite. Jika entri ini bermanfaat, klik share kay. Biar lebih ramai pemilik FB page di luar sana gunakan manfaat fungsi button Whatsapp ini sebaiknya!
Semoga bertemu lagi di entri akan datang.
The post Cara Link Whatsapp Ke Facebook Page Anda appeared first on Akak Emme In The House.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://emmemarina.com/cara-link-nombor-whatsapp-ke-facebook-page-anda/