Cara Cara Untuk Hilangkan Sedu Dengan Cepat
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku sendiri mengalami sedu. Rasanya sudah beberapa bulan atau tahun tak sedu. Agak pelik jugak sebenarnya, sebab selalunya kanak-kanak sahaja yang mengalami sedu ni. Tapi bila diselidik lebih lanjut, oh, rupanya sedu ini boleh je berlaku apda semua peringkat umur
Aku juga dapat tahu kenapa aku mengalami sedu pada waktu tersebut, rupanya aku makan terlalu banyak dan dalam masa yang cepat. Bila dah mengalami sedu ni, nak buat kerja apa pun tak menjadi. Nasib baik ada encik Google, dan setelah aku cuba satu tips yang diberikan, ia menjadi! Alhamdulillah
Jadi kali ini aku nak kongsikan pula fakta-fakta dan juga cara hilangkan sedu dengan cepat untuk anda. Jangan risau, sebab ada banyak cara nak hilangkan sedu ya! Selamat membaca
CARA-CARA UNTUK HILANGKAN SEDU DENGAN CEPATAPA ITU SEDU
Sedu adalah pengecutan otot diafragma (myoclonic jerk) yang mungkin berulang beberapa kali seminit. Sedu adalah tindakan automatik yang melibatkan refleks manusia.Refleks ini menyebabkan pengecutan yang kuat diafragma diikuti kira-kira 0.25 saat kemudian dengan penutupan tali vokal, yang menghasilkan bunyi "hic"
Sedu, secara amnya, pulih dengan sendiri tanpa sebarang rawatan, walaupun banyak petua sering digunakan untuk cuba memendekkan tempohnya. Rawatan perubatan kadang-kadang perlu dalam kes-kes sedu kronik
Walaupun dikaitkan dengan pelbagai penyakit (sesetengahnya serius seperti radang paru-paru atau ketika bahan-bahan berbahaya berkumpul dalam darah misalnya dari kegagalan ginjal), sedu selalunya tidak serius dan tidak mempunyai penyebab yang jelas
BACA JUGA : PENGALAMAN BUAT RAWATAN LASER CO2 DI KLINIK DR CHONG KEPONG
PUNCA SEDU
Penyebab yang paling biasa untuk sedu terjadi lebih kurang dari 48 jam termasuk:Minum minuman berkarbonatMinum terlalu banyak alkoholMakan terlalu cepatMakan terlalu banyakKeghairahan atau tekanan emosiPerubahan suhu mendadakMerokokPenyakit refluksSedu yang berlangsung lebih dari 48 jam mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, yang boleh dikumpulkan ke dalam kategori berikut : Kerosakan saraf atau kerengsaan sarafPenyebab sedu jangka panjang adalah kerosakan kepada atau kerengsaan saraf vagus atau saraf frenik, yang berfungsi mengawal otot diafragma.Faktor-faktor yang boleh menyebabkan kerosakan atau kerengsaan kepada saraf ini termasuk:
Kerosakan saraf vagus atau frenikTumor, sista atau goiter di leher andaRefluks gastroesophagealSakit tenggorok atau laringitisGangguan sistem sarafTumor atau jangkitan dalam sistem saraf pusat anda atau kerosakan kepada sistem saraf pusat anda akibat daripada trauma boleh mengganggu kawalan biasa manusia terhadap refleks sedu. Contohnya termasuk:EncephalitisMeningitisSklerosis berbilangStrokKecederaan otak traumaTumor otakGangguan metabolik dan ubat-ubatanSedu dalam jangka masa panjang boleh terjadi disebabkan:AlkoholAnestesiaKencing manisKetidakseimbangan elektrolitPenyakit buah pinggangSteroidUbat penenangKortikosteroidUbat kemoterapiBACA JUGA : ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA DENGAN VAKSIN?
CARA HILANGKAN SEDU
Teknik pernafasan dan postur yang betul
Perubahan sederhana dalam pernafasan atau postur berupaya untuk merelakskan diafragma anda
Berlatih bernafas dengan teratur. Bernafas dengan perlahan dan teratur. Seeloknya, tarik nafas selama lima saat dan hembus selama lima saat.Tahan nafas anda. Tarik nafas sebanyak yang mungkin dan tahan selama 10 hingga 20 saat. Kemudian, hembus nafas secara perlahan-lahan. Ulangi mengikut keperluan. Biasanya ini adalah tips paling mudah dan terkenal untuk hilangkan sedu.Bernafas ke dalam beg kertas. Letakkan beg kertas di hadapan mulit dan hidung anda. Tarik dan hembus nafas secara perlahan-lahan sehingga beg tersebuk mengembang dan mengecil. Jangan gunakan beg plastik.Peluk lutut anda. Duduklah di tempat yang selesa. Bawa kedua-dua lutut ke dada dan peluknya selama dua minit.Mampatkan dada anda. Condongkan badan anda ke hadapan untuk memampatkan dada anda untuk meletakkan tekanan pada diafragma anda.Lakukan Valsava maneuver. Untuk melakukan gerakan ini, cuba menghembus nafas sambil memicit hidung anda dan menutup mulut anda.
Titik tekanan
Titik tekanan adalah kawasan badan yang sangat sensitif terhadap tekanan. Sekiranya anda memberikan tekanan kepada titik ini dengan tangan anda, ia boleh membantu merelakskan diafragma anda atau merangsang vagus atau saraf frenik anda
Tarik lidah anda. Menarik lidah merangsang saraf dan otot di kerongkong anda. Pegang hujung lidah anda, tarik ke hadapan dengan lembut.Tekan diafragma anda. Diafragma memisahkan perut dan paru-paru. Gunakan tangan anda untuk memberikan tekanan ke kawasan tersebut di hujung bawah tulang belakang anda.Picit hidung semasa menelan air.Picit telapak tangan anda. Gunakan ibu jari anda untuk meletakkan tekanan ke telapak tangan anda yang lain.Urut arteri karotid anda. Setiap orang mempunyai arteri karotid di kedua-dua belah leher. Arteri inilah yang digunakan apabila anda menyentuh leher untuk memeriksan nadi anda. Baring, pusingkan kepala ke kiri dan urut arteri di sebelah kanan dengan gerakan bulatan selama 5 hingga 10 saat.Makanan atau minuman
Makan beberapa makanan atau mengubah cara minum juga boleh membantu merangsang vagus atau saraf frenik anda bagi membantu hilangkan sedu anda
Minum air ais. Minum air ais boleh membantu merangsang saraf vagus.Minum segelas air suam tanpa berhenti bernafas secara perlahan-lahan.Minum air melalui kain atau tuala kertas. Tutup segelas air sejuk dengan tuala kain atau tisu kertas.Hisap kiub ais. Hisap kiub ais selama beberapa minit, kemudian telan apabila ais semakin mengecut menjadi saiz yang kecil.Kumur air ais. Kumur air ais selama 30 saat. Ulang mengikut keperluan.Makan satu sudu madu atau mentega kacang. Biarkan ia larut dalam mulut anda sedikit sebelum menelanMakan gula. Letakkan secubit gula pasir pada lidah anda dan biarkannya selama 5 hingga 10 saat, kemudian telan.Hisap lemon. Sesetengah orang menambah sedikit garam kepada kepingan lemon. Setelah menghisapnya, bilas mulut anda dengan air untuk melindungi gigi anda dari asid sitrik.Letakkan setitik cuka pada lidah anda.AKHIR KATA
Alhamdulillah, semoga dengan info dan cara-cara hilangkan sedu ini akan memberi pengetahuan baru untuk anda. Okay, lupa pula untuk cerita tentang cara yang mana aku ikut untuk hilangkan sedu aku tempoh hari, apa yang aku lakukan adalah bernafas dengan teratur. Hanya beberapa kali sahaja aku buat, terus sedu itu hilang! Memang ajaib sungguh. Apa-apapun terima kasih kerana membaca artikel kali ini
SEMOGA BERMANFAAT
Sumber : Doctoroncall | CeriaSihat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2021/02/cara-hilangkan-sedu-dengan-cepat.html