Cara Jual Bitcoin Di Localbitcoins Sebuah Platform P2p
Diketika ini, mata wang kripto mula popular dikalangan rakyat Malaysia sebagai salah satu alternatif simpanan dan pelaburan. Permintaan dalam urusan transaksi jual beli mata wang tersebut kian meningkat dari hari ke hari. Apabila milikan mata wang kripto kian bertambah, maka ada dikalangan kita akan mula menghadapi masalah untuk menjual balik mata wang kripto. Apakah platform yang terbaik. Jadi memandangkan saya ada pengalaman tentang hal ini, maka saya kongsikan bagaimana cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P.
Apa itu LocalBitcoin?
LocalBitcoins adalah pasaran bitcoin Peer to Peer(P2P) yang berpusat di Helsinki, Finland. Platform ini memudahkan anda untuk berdagang mata wang kripto dengan cepat, selamat dan bebas menggunakan mata wang tempatan termasuklah Ringgit Malaysia (RM).
Menerusi laman web itu, pengguna akan menyiarkan iklan di laman web tentang jualan/pembelian mereka dengan kadar tukaran (rate exchange) dan kaedah pembayaran sama ada menggunakan e-wallet mahupun bank tempatan untuk pembelian atau penjualan Bitcoin. Pengguna lain yang berminat pula akan membalas iklan itu jika mereka setuju dengan kaedah pembayaran dan harga yang ditetapkan.
Memandangkan LocalBitcoins mempunyai reputasi dan mekanisma maklum balas untuk pengguna, semakin hari mereka semakin menjadi pilihan pengguna daripada seluruh dunia. Malahan pada tahun 2019 menurut CEO LocalBitcoins Sebastian Sonntag, mereka mempunyai hampir 913,000 pengguna aktif di platform tersebut dengan peningkatan pendaftaran hampir 6000 orang pengguna baru setiap hari. Jumlah dagangan pula melebihi 1,400–3,000 bitcoin setiap hari.
Mengapa saya pilih Localbitcoins untuk menjual BTC?
Antara salah satu sebab mengapa saya menjual BTC di platform LocalBitcoins adalah kerana kepantasannya dalam menjalani urusan. Memandangkan platform ini mempunyai sistem rating dan dipercayai, kebanyakan penjual/pembeli cuba menjalankan urusniaga dengan menawarkan perkhidmatan yang pantas dan lebih baik.
Saya pula kebiasaannya melihat kepada rate yang ditawarkan disamping medium pembayaran. Kebiasaannya saya pakai Maybank dan saya akan memilih rate tertinggi yang ditawarkan ditawarkan oleh pembeli. Memandangkan kebanyakan pengguna Localbitcoins sangat efisyen, tempoh masa saya menjalani urusan kebiasaannya kurang dari satu jam. Adakalanya 10 minit sahaja.
Selain daripada itu, benda yang saya paling suka dengan Localbitcoins ini adalah fungsi escrow yang sangat membantu saya dalam menjalankan urusan. Kemudiannya platform ini menyediakan fungsi ulasan buat pengguna yang lain. Ini sedikit sebanyak membantu daripada segi mencari seseorang yang berkredibiliti dalam menjalankan urusan.
Daftar dan masukkan BTC ke Localbitcoins
Perkara pertama yang anda perlu lakukan untuk melakukan urusniaga di Localbitcoins adalah dengan mendaftar dahulu di platform ini. Pastikan anda menyiapkan tetapan keselamatan dan pengesahan identiti sekurangnya Tier 1. Kemudian, masukkan Bitcoin (BTC) di dalam e-wallet yang disediakan.
Daftar di Localbitcoins: Klik sini
Jumlah BTC saya yang dipindahkan ke Localbitcoins
Saya pindahkan BTC daripada Ballet Crypto sebanyak 0.00247303btc (RM336.53) ke dalam akaun Localbitcoins. Walaupun tertera jumlah BTC yang ada di Localbitcoins saya, jumlah itu bukanlah jumlah sebenar yang boleh dijual. Ini kerana semasa proses memindahkan wang itu kepada pemilik lain (pembeli BTC anda), akan ada caj transaksi yang akan dikenakan kepada anda.
Bagaimana hendak tahu jumlah BTC yang boleh dijual?
Anda boleh lihat jumlah yang boleh dijual dengan klik pada pautan wallet anda di sebelah kanan atas. Di antaramuka wallet anda, anda akan dapat lihat submenu Send Bitcoins, receive Bitcoins dan transaksi. Pilih menu “send Bitcoin”.
Jumlah maksimum BTC yang boleh dijual
Jumlah yang dihighlight pada gambar diatas menunjukkan jumlah maksimum yang boleh dijual iaitu 0.00243309 (RM329.71) sahaja. Caj yang dikenakan sekitar RM5-RM7 sahaja. Jika anda faham tentang bab ini, maka seterusnya kita akan fokus tentang bagaimana cara untuk menjual BTC di Localbitcoins.
Bagaimana cara jual Bitcoin di Localbitcoins?
Cara jual Bitcoin adalah semudah ABC. Apa yang anda perlu buat adalah dengan pergi ke paparan halaman utama laman web Localbitcoins dan pilih Quick Sell. Masukkan jumlah harga BTC yang anda ingin jual dalam Ringgit Malaysia (RM) dan mulakan pencarian.
Senarai pembeli Bitcoin akan keluar
Sebagai contohnya didalam gambar ini, saya memasukkan jumlah RM273 merujuk kepada harga BTC yang saya ingin jual pada ketika ini. Sebaik sahaja anda menekan butang “Search”, maka senarai pembeli BTC akan keluar. Anda boleh pilih daripada senarai diatas berdasarkan kepada kaedah pembayaran, harga semasa dan jumlah minimum dan maksimum pembelian. Pilih salah seorang daripada mereka dan mula membuat transaksi dan masukkan jumlah anda.
Saya hantar permintaan untuk berdagang
Setelah memilih individu yang diinginkan, saya akan memasukkan jumlah BTC yang ingin dijual kepada pembeli bersama dengan mesej penting. Pastikan dalam mesej tersebut, anda memberi penerangan sedikit tentang jumlah BTC yang ingin dijual, berapa jumlah RM yang anda inginkan, berserta maklumat seperti nama penuh, jenis bank dan nombor akaun. Ini bagi memastikan urusan pemindahan wang dapat dilakukan dengan kadar yang segera.
Contoh ayat
Hello, Mr. xxxx. I would like to sell my BTC in the amount of 0.00xxxx (RMxxx.xx). This is my account details:
Bank: Maybank
Acount No: 1564374344
Name: Ahmad Albab
Selepas menekan butang “Accept terms and send trade request”, jumlah BTC yang anda ingin jual tadi akan dipegang oleh Localbitcoins (escrow) sementara menunggu transaksi berjaya. Jadi anda perlu menunggu maklumbalas daripada pembeli untuk memasukkan duit ke dalam akaun anda.
Status pembelian Bitcoin
Pastikan anda kekal aktif menunggu maklumbalas daripada pembeli di laman Localbitcoins. Ini kerana kebiasaannya pembeli BTC di Localbitcoins sangat aktif (bergantung kepada reputasi) dan mereka mengambil masa sekitar 5 minit – 30 minit sahaja untuk membalasnya. Kebiasaannya balasan itu adalah maklumbalas resit pembayaran ke akaun bank anda.
Bukti pembayaran oleh pembeli
Pembeli perlu memaklumkan Localbitcoins yang mereka telah pun membuat pembayaran. Selepas mesej telah diberikan dan pembayaran telah dibuat, kini tiba masanya untuk anda pula untuk melepaskan BTC yang telah diescrow tadi.
Lepaskan Bitcoin anda
Masukkan kod 2 faktor Authentication (Jika ada)
Selepas anda melepaskan BTC anda untuk diberikan kepada pembeli, urusniaga akan dianggap selesai. Resit transaksi akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak.
Reset urusniaga
Maka selesaikan urusan transaksi anda. Urusniaga diakhiri dengan sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun bank anda dan dimasa yang sama pembeli tadi mendapat sejumlah BTC yang dijanjikan. Mudah bukan?
Laman web rasmi Localbitcoins: Klik sini
Kesimpulan
Terdapat banyak sebenarnya platform yang ada dipasaran yang membenarkan anda untuk menjual BTC yang dimiliki anda. Sebagai contohnya Luno, Sinergy dan Tokenize yang merupakan platform tukaran mata wang kripto yang mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia.
Namun seperti biasa, setiap orang punyai keperluan yang berbeza. Ada orang yang tidak boleh tunggu 3 hari waktu bekerja, ada sesetengah orang mahu mendapatkan kadar tukaran yang berbaloi. Semuanya bergantung kepada keperluan individu. Jika saya? Saya mahukan platform yang pantas dalam menukar BTC-MYR terus masuk ke akaun bank tempatan. Disebabkan oleh itulah saya menggunakan Localbitcoins.
Baca juga: Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline
Baca juga: Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi
Diharapkan artikel ini membantu anda tentang cara jual Bitcoin di platform yang pernah digunakan oleh saya. Mungkin ini alternatif kepada diri anda jika ingin menjual Bitcoin dalam jumlah yang sedikit atau jumlah yang besar tetapi tidak melalui proses polisi Know your customer (KYC) yang terlampau menyulitkan.
Baik jadi itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca. Selamat mencuba.
The post Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P appeared first on Azmir Shah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://azmirshah.com/cara-jual-bitcoin-di-localbitcoins/