Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul | Rakyat Malaysia mahupun rakyat negara mana sekalipun, tak dinafikan ramai orang yang suka membeli belah. Sebilangan orang suka membeli pakaian, barangan kemas dan tak kurang juga yang gemar membeli barang runcit

Golongan yang paling gemar membeli barang runcit ini tidak lain dan tidak bukan adalah di kalangan mereka yang sudah berkeluarga. Baik wanita mahupun lelaki, bila sudah berkeluarga tanggung jawab membeli barangan runcit ini memang akan dibuat kerana ianya satu perkara yang perlu. Seronok sebenarnya pergi ke pasar raya besar dan memilih barangan runcit. Bila lihat barangan yang dijual terus terbayang apa akan dimasak dengan barangan tersebut. 


Walaubagaimanapun, sebelum ke mana-mana pasaraya atau pasar biasa, jangan terus terjah sebaliknya buat dulu senarai akan barangan yang perlu di beli. Ini penting walau nampak seperti satu perkara remeh kerana ianya dapat membantu saat membuat pembelian dengan cara berhemah. 
Dengan bantuan senarai ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkan belanja kerana tidak terpengaruh untuk membeli barangan lain yang tak ada di dalam senarai tersebut. 



Selain buat senarai tersebut, terdapat juga cara-cara lain untuk menjimatkan wang ketika membuat urusan pembelian barangan runcit di Malaysia. Dalam artikel ini, akan di kongsikan beberapa panduan setakat yang tahu sebagai rujukan kalian di luar sana. 
Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan dan dapat membantu menjimatkan lebih banyak wang ini adalah : 
#1 - Perkongsian kereta / perjalanan dengan jiran terdekat sebelah rumah 
Semakin banyak stok yang perlu di beli dalam satu perjalanan, semakin sedikit perjalanan yang perlu dilakukan. Ini menjimatkan petrol, tempat letak kenderaan dan masa. Kaedah ini juga dapat menjauhkan diri dari godaan barangan jualan murah dan sebagainya. 



Jumlah paling bagus untuk melawat pasaraya untuk membuat belian adalah sebulan sekali tetapi boleh juga dipercepatkan kepada dua minggu sekali. Yang pasti janganlah pergi hingga tahap seminggu sekali kerana ia akan hanya menyebabkan perbelanjaan menjadi semakin banyak keluar kerana terpengaruh untuk membeli barangan yang tak penting ketika berada di pasaraya tersebut. 
Untuk berkongsi kereta ini pula, adalah paling baik dengan jiran sebelah rumah yang paling dekat dan rapat. Alang-alang tinggal di kawasan kejiranan sama dengan kedudukan rumah yang hanya di sebalik pagar, apa salahnya keluar beli barang dapur berdua bagi mewakili rumah masing-masing. 
#2 - Perkhidmatan Penghantaran Barang Runcit 
Sekiranya tidak dapat pergi ke kedai secara langsung, terdapat perkhidmatana penghantaran barangan runcit secara terus hingga ke depan pintu rumah. Salah satu servis yang boleh digunakan untuk tujuan grocery delivery ini adalah Pandamart.



PandaMart merupakan salah satu servis penghantaran yang dimiliki oleh Foodpanda. Ini bermakna Foodpanda bukan saja menyediakan servis penghantaran makanan sudah dimasak sedia dimakan tetapi juga turut menyediakan servis penghantaran barangan runcit sehingga ke depan muka pintu rumah. 
Cara untuk buat pesanan sama saja seperti membuat pesanan makanan yakni dengan menggunakan aplikasi Pandamart Foodpanda yang telah disediakan. 
#3 - Kad Kredit Cashback 
Jika kalian merupakan salah seorang yang gemar berbelanja menggunakan kad kredit, pastikan guna kad kredit yang boleh memberi cashback sebanyak 2 hingga 5%. 
#4 - Guna Kalkulator Pada Telefon Bimbit
Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan dua atau lebih pilihan dan perlu mengira harga mana yang lebih berbaloi. Tak salah untuk membandingkan harga dengan mengambil kira kuantiti dan kualitinya. Apa guna bawa telefon bimbit tu, gunakanlah kemudahan kalkulator yang ada supaya tidak tersalah membuat pilihan hingga tahap menyesal setelah pulang ke rumah nanti. 

#5 - Makan Dulu Di Rumah Sebelum Keluar Berbelanja 
Ketika berada di kedai runcit dan pasaraya, kita boleh berasa lapar kerana penat saat membuat pilihan barang. Lebih mendebarkan hati saat terhidu bau makanan segar seperti roti, kopi dan sebagainya. Kadangkala terasa licik juga para pengusaha perniagaan ini kerana boleh membuatkan kita terpesong arah tuju dengan membeli barangan lain yang tak ada di dalam senarai sebenar

#6 - Lihat Brosur Kedai Untuk Tahu Jika Ada Tawaran Harga Yang Baik 
Lihat brosur kedai untuk mencari tawaran harga yang baik ini perlu tapi pastikan tidak terpengaruh dengan semua barangan yang dipaparkan di dalam brosur tersebut. Hanya buat pilihan pada barangan yang benar-benar perlu dan boleh juga jika membuat belian terhadap barangan sering guna dan boleh simpan lama. 
Antara contoh barangan ini seperti cecair pencuci pinggan dan sabun basuh pakaian. Jika kebetulan ada potongan hingga separuh harganya, ada baiknya beli dan simpan sebagai stok di rumah untuk digunakan pada masa akan datang. 
#7 - Pastikan Peti Sejuk Di Rumah Telah Kosong
Membuang makanan yang boleh dimakan merupakan satu pembaziran. Makanlah dulu apa yang ada di dalam peti sejuk. Setelah betul-betul pasti di dalam peti sejuk sudah tidak ada stok makanan, maka bolehlah mula membuat pembelian barangan untuk memenuhkan semula peti sejuk tersebut. 
Nak lagi baik, sebelum keluar membeli barang dapur, bersihkan dulu peti sejuk untuk tahu barangan apa yang masih ada yang sudah habis. Ini juga boleh tahu barang apa yang telah rosak akibat tidak digunakan. Barulah tahu apa yang tak patut dibeli sama sekali. 




Tips Beli Barang Dapur Cari Bijak Untuk Jimatkan Wang 
- Beli ayam dalam bentuk seekor dan bukannya dengan membeli ayam dalam bentuk bahagian tertentu kerana harga untuk itu jauh lebih mahal
- Untuk barang-barang yang mudah rosak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, beli jenis yang mudah rosak seperti strawberi dan sayur-sayuran berdaun ini dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak. 
- Semasa membayar, periksa resit kerana kadangkala harga yang dikira boleh menjadi salah. 
Itulah dia sedikit sebanyak tips tentang cara jimat belanja dengan senarai makanan yang betul. Jika kebetulan barangan runcit sudah habis, bolehlah buat pesanan secara atas talian dan tunggu saja semua barangan di muka pintu tanpa perlu keluar ke mana-mana. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2021/01/cara-jimat-belanja-dengan-senarai-bahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Kongsi Cara Nyahbeku Makanan Dengan Betul Silap Cara Boleh Bahayakan Kesihatan Keluarga

Doktor Kongsi Cara Nyahbeku Makanan Dengan Betul Silap Cara Boleh Bahayakan Kesihatan Keluarga

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 342 hits
Baru baru ini tular sekeping gambar makanan yang siap dimasak oleh si isteri lebih 30 jenis lauk untuk dibekukan Gambar tular tersebut mendapat pelbagai riaksi daripada Netizen Artikel Berkaitan Ada yang berpendapat makanan yang dibekukan d...
Elak Kongsi Sudu Garpu Merasa Makanan Sebelum Suap Pada Anak Doktor Kongsi Cara Cegah Karies Gigi

Elak Kongsi Sudu Garpu Merasa Makanan Sebelum Suap Pada Anak Doktor Kongsi Cara Cegah Karies Gigi

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 404 hits
Karies gigi lebih dikenali sebagai gigi berlubang di kalangan masyarakat kita Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan masyarakat tidak kira kanak kanak atau dewasa Ianya boleh berlaku pada gigi kekal atau gigi susu Bagaimana karies gi...
Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 453 hits
Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bukan hanya mereka yang bekerja terlibat bahkan anak anak turut menerima tempias Ini kerana mereka tidak menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah Terbaru Pihak Kementerian Pel...
Cara Mudah Memanaskan Makanan

Cara Mudah Memanaskan Makanan

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 269 hits
Cara Mudah Memanaskan MakananAssalamualaikum dan salam sejahteraSepanjang kita berada dalam bulan Ramadhan kebiasaannya kita akan membeli 2 set makanan di bazar Satu untuk berbuka dan satu lagi untuk bersahur Akan tetapi apabila tiba waktu ...
5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor Senang Dan Jimat Buat Sendiri

5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor Senang Dan Jimat Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 932 hits
5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor Senang Dan Jimat Buat Sendiri hi there Sekarang ni musim hujan dan kalau musim hujan beginilah antara waktu yang terbaik untuk kita pantau sekiranya terjadi kebocoran bumbung rumah Seperti rumah kami ada ...
Cara Pintar Untuk Beli Lebih Banyak Barang Dengan Jumlah Belanja Yang Kurang

Cara Pintar Untuk Beli Lebih Banyak Barang Dengan Jumlah Belanja Yang Kurang

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 345 hits
Cara Pintar Untuk Beli Lebih Banyak Barang Dengan Jumlah Belanja Yang Kurang Setiap hari rakyat Malaysia membuang 16 688 tan makanan dengan isi rumah menghasilkan jumlah pembaziran makanan terbesar sebanyak 38 Info ini adalah menurut data S...
Cara Masak Kuah Bakso Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan

Cara Masak Kuah Bakso Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 396 hits
Jemu makan nasi dan tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari ni Hidangan Bihun Bakso ni antara yang boleh dicuba Resipinya sangat mudah kerana tidak menggunakan banyak bahan Malah menurut saudari Nur Haziqah resipi kuah bakso ni diperol...
Cara Setup Tetapan Suhu Dan Masa Air Fryer Mengikut Jenis Makanan

Cara Setup Tetapan Suhu Dan Masa Air Fryer Mengikut Jenis Makanan

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 500 hits
Air fryer adalah alat memasak yang fungsi utamanya adalah menggoreng makanan TANPA MINYAK sehingga makanan anda lebih sihat dan bebas minyak Masa guna air fryer ada tak anda hadapi masalah macam ni Tak tahu cara setting air fryer suhu tempo...
Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 279 hits
Hi Korang Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korangKak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita Pernahkah anda rasa pe...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever