Cara Install Dan Menggunakan Openvpn Di Pc Laptop
Assalamualaikum...
Tutorial untuk pertama kali dalam bulan ini admin nak share atau tunjuk ajar cara bagaimana nak menggunakan VPN di PC atau Laptop anda dengan menggunakan Software OpenVPN. Sebenarnya OpenVPN ini bukan sahaja ada pada Windows PC, malah hampir kesemua platform dan OS ia menguasai. Antaranya adalah Windows 7/8/10, MacOS, Linux/Ubuntu/Centos, Android dan IOS. Aplikasi OpenVPN ni telah beroperasi sejak 2001 lagi.
Apa yang admin tahu adalah pengguna Android merupakan user yang paling terbanyak sekali menggunakan OpenVPN ini. Dan mengikut zaman admin dahulu, di Malaysia ia sudah berleluasa sejak 2014 atau 2015 lagi kerana pada zaman itulah lahirnya para-para phreaker yang masing-masing sedang gigih berusaha RnD dan menampilkan kehebatan belang mereka untuk tembus unlimited data, huhu !! Dan kini mereka sudah menjadi otai-otai tetapi masih berbisa dan masih ada yang giat aktif dalam dunia trick sehingga sekarang..
Zaman dahulu dan zaman sekarang memang sangat berbeza kerana zaman dahulu untuk mendapatkan 1 trick unlimited internet memang susah dan kami akan jaga baik-baik trick tersebut untuk mengelakkan macai-macai yang dahagakan duit atau pujian dengan menjual trick dengan harga tertentu dan demi pandapat pujian daripada netizen.. hahah sungguh kelakor. Bayangkan diorang JUAL TRICK !! Kalau jual ID VPN yang dah siap trick ok lah kan, boleh pakai Premium sebulan. Ini hanya jual tutorial dan bug.. hahahaha
Baca Juga: Cara Disable Windows 10 Automatic Updated
Baiklah kita stop dulu kisah zaman persekolahan admin di alam siber dulu kala. Risau kalau cerita dekat sini panjang-panjang sampai terlupa apa niat sebenar isi posting blog kali ni, dalam tajuk tulis nak ajar cara Guna OpenVPN di PC !! Tapi dah masuk cerita macam novel pulak.. huhu
Bismillah, baik tanpa berlengah lagi admin akan bagi step mudah secara bergambar seperti biasa Cara Nak Download, Install, Import .OVPN dan Connect OpenVPN di PC sehingga berjaya !!
Apa yang perlu anda sediakan adalah
1. Software OpenVPN
2. Config OpenVPN (.ovpn)
3. Skill masing-masing (untuk custom config ovpn)
Step 1 : Download dan Install OpenVPN di website official > https://openvpn.net/
Dalam website OpenVPN, anda scroll kebawah dan cari paparan seperti dalam gambar diatas
Bila dah jumpa, Pilih logo Windows untuk x64 bit (support windows 7, 8, 10)
Klik DOWNLOAD dan tunggu sehingga selesai
Untuk PC yang pakai Windows 32 Bits punya boleh download di SINI
Setelah selesai Download, Install software tersebut dan Accept Terms & Conditions
Tunggu sehingga selesai Install
Step 2 : Import config OVPN dalam OpenVPN
Buka OpenVPN yang dah siap download tadi. Kemudian, pilih FILE dan BROWSE untuk import file OVPN
Pastikan anda dah ada config OVPN sebelum import dalam OpenVPN !!
Pilih file atau config OVPN profile jenis TCP atau UDP, pilih mana yang anda rasa sesuai dengan telco anda
Setelah Import, masukkan Username dan Password yang telah anda daftarkan daripada Seller VPN ataupun website yang anda create sendiri. Kemudian klik ADD pada bahagian atas kanan
Kemudian, klik pada config tersebut untuk Turn On VPN. Jika berjaya Connected VPN, akan muncul paparan seperti gambar kedua diatas, menunjukkan Connection Stats dan paparan Bytes In dan Bytes Out serta IP Server yang digunakan
Jika anda mahu cek betul ke dah berjaya Connected VPN di OpenVPN ni ?? Pergi ke website ni https://whatismyipaddress.com/ Tengok sama tak IP ADDRESS dan LOCATION di website tersebut dengan config OVPN yang anda import tadi
DONE !! Mudah bukan nak pakai OpenVPN kat PC ni ?? Tak perlu nak hotspot VPN bagai, hanya Connect terus VPN di PC. Seperti sebelum ni admin dah share Tutorial Hotspot VPN ke PC tanpa Root Device.
Untuk dapatkan config OVPN anda boleh beli pada seller-seller VPN ataupun saya sendiri di Telegram t.me/Trickstermode . Anda juga boleh create file ovpn trial untuk beberapa hari di website tcpvpn.com. So boleh la anda try and error untuk server freemium tersebut.. Selamat ber trick.
#caraInstallOpenVPN #InstallVPNPC #PCopenVPN #caraOVPNpc #vpnPC #ovpnPC #installVPNdiPC #vpnLaptop #configOvpn #CreateOVPN #TutorialUseOpenVPN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hackersmode.blogspot.com/2021/05/cara-install-openvpn-dan-import-ovpn-file-di-PC.html